| |||||
| Dekad: | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| Lihat juga: | Peristiwa lain 2025 Sejarah Malaysia • Garis masa • Tahun | ||||
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan 2025 di Malaysia |
Rencana ini menyenaraikan tokoh-tokoh dan peristiwa penting dalam hal ehwal awam Malaysia semasa tahun 2025, bersama-sama dengan kelahiran dan kematian tokoh terkenal Malaysia.
Perjawatan
Peringkat Persekutuan
Peringkat Negeri
Johor:
Kedah:
Kelantan:
Perlis:
Perak:
Pahang:
Selangor:
Terengganu:
Negeri Sembilan:
Pulau Pinang:
- Yang di-Pertua Negeri: Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak (sehingga 30 April 2025)
- Tun Ramli Ngah Talib (1 Mei 2025)
- Ketua Menteri: Chow Kon Yeow
Melaka:
Sarawak:
Sabah:
Peristiwa
Januari
- 1 Januari:
- Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melaksanakan bayaran tanpa tunai sepenuhnya bagi semua transaksi pembelian tiket di sektor Lembah Klang, Utara dan Selatan serta Pantai Timur.[1]
- Tun Musa Aman melafazkan sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 dalam istiadat di Istana Seri Kinabalu pada 1 Januari 2025. Pelantikan Musa menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang menamatkan perkhidmatannya selepas empat penggal. Musa menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong pada 17 Disember 2024 untuk tempoh empat tahun hingga 31 Disember 2028.[2]
- 4 pengunjung konsert Pinkfish di Bandar Sunway, Subang maut, dipercayai mengambil ekstasi.[3]
- 2 Januari - Stesen LRT KLCC ditutup sementara waktu dan penumpang hanya dibenarkan keluar daripada stesen itu pada petang Khamis susulan kepulan asap akibat kebakaran di bilik elektronik.[4]
- 3 Januari - Pemain badminton perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menarik diri daripada pembukaan musim Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Terbuka Malaysia yang dijadualkan bermula di Axiata Arena, Bukit Jalil.[5]
- 6 Januari - Bekas Perdana Menteri, Najib Razak berjaya mendapatkan kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah untuk memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum.[6]
- 11 Januari - Setiausaha Bersatu Wilayah dan Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Wilayah Persekutuan, Dr Mahathir Mohd Rais melepaskan kedua-dua jawatan berkenaan selain keahliannya dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta.[7]
- 13 Januari - Kerajaan memfailkan perintah larangan bersuara terhadap kes tambahan Najib.[8]
- 17 Januari - Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Amber Court dan Ion Delemen, Genting Highlands, Bentong pada jam 2.47 pagi, menyebabkan laluan terhalang dan tidak dapat dilalui di kedua-dua arah.[9]
- 18 Januari - Polis menahan tiga lelaki susulan kejadian lelaki orang kurang upaya (OKU) dipukul di tapak jualan pasar tani di Chukai, Kemaman, Terengganu.[10]
- 19 Januari - Kesemua operasi stesen radio di bawah Media Prima Audio mula bersiaran secara rasmi di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur.[11]
- 24 Januari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia melepaskan tembakan ke atas bot yang disyaki menceroboh pantai Tanjung Rhu, Banting, Selangor, menyebabkan seorang pekerja asing warga Indonesia maut dan empat lagi cedera.[12]
- 27 Januari - Pelawak dan pelakon, Along Cham dilepas tanpa dibebas daripada satu pertuduhan memiliki bahan disyaki dadah berbahaya jenis ganja, Disember tahun lalu.[13]
- 29 Januari - Pelampung gelongsor air kaca tiba-tiba terjatuh dan menimpa seorang pengunjung di Sky City, Taman Tema I-City, Shah Alam.[14]
- 31 Januari - Seorang tukang rumah, Izzuddin Md Salim, dihukum penjara lima bulan termasuk denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mengugut dan mempermainkan perasaan pelawak, Harith Iskander serta keluarga.[15]
Februari
- 1 Februari - Pengoperasian Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) akan diperluaskan ke 21 lagi pintu masuk negara, termasuk KLIA, Sabah, Sarawak, Kedah, dan Pelabuhan Klang. Ini akan melibatkan lebih 6,000 pegawai dan anggota, dengan sokongan dari pelbagai agensi seperti Jabatan Imigresen dan JPJ. Perluasan ini bertujuan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di pintu masuk negara. Sebelum ini, projek rintis AKPS telah dilaksanakan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin, dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.
- 10 Februari - Kesemua operasi pejabat TV, pusat kawalan MCR dan studio di bawah rangkaian televisyen Media Prima mula bersiaran di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur.
- 25 Februari - Bekas ibu pejabat Media Prima di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor telah ditutup sepenuhnya selepas 3 dekad beroperasi.[16]
Mac
- 12 Mac - Semua logo rangkaian televisyen Media Prima secara rasmi diturunkan daripada bangunan Sri Pentas.[17]
- 13 Mac - Ibu pejabat Media Prima di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur telah memulakan operasinya secara rasmi sepenuhnya selepas hampir 3 dekad di Sri Pentas.
April
- 1 April - Kebakaran putra height pada syawal kedua selangor tragedi ini berpunca dari paip gas bawah tanah menyebabkan kerosakan harta benda
- 7 April - Kes buli MRSM Nibong Tebal: Polis telah menjalankan siasatan berhubung video tular membabitkan sekumpulan pelajar lelaki sedang membuli seorang pelajar di institusi berkenaan.
- 8 April - Kes buli MRSM Nibong Tebal: Jawatankuasa Disiplin MRSM mengesyorkan 7 pelajar yang terlibat dalam kes buli bakal ditamatkan pengajian daripada maktab itu.
- 14 April - Bekas Perdana Menteri Kelima Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia pada jam 7:10 malam di Institut Jantung Negara (IJN). Jenazah selamat dikebumikan di Makam Pahlawan.
- 16 April - Sebanyak 13 laporan polis telah dibuat terhadap sebuah akhbar berbahasa cina berhubung kesilapan pada ilustrasi Jalur Gemilang yang tertera pada muka hadapan akhbar tersebut.
- 30 April - Harga Nasi Lemak dan Roti Canai telah meningkat selepas 13 tahun.
Mei
Jun
- 3 Jun - Bekas KSU Kementerian Luar, Muhammad Shahrul Ikram Yaakob dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat yang baharu.
- 4 Jun - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menangguhkan prosiding saman sivil yang difailkan Yusoff Rawther. Dalam saman itu Yusoff mendakwa Anwar melakukan serangan seksual ke atasnya. Dalam penghakimannya, hakim Roz Mawar Rozain menyatakan lapan persoalan perlembagaan yang dikemukakan oleh Anwar untuk dirujuk ke Mahkamah Persekutuan tidak memenuhi tahap kelayakan yang diperlukan. Sehubungan itu, hakim memerintahkan agar perbicaraan diteruskan pada 16 Jun ini seperti yang dijadualkan.[18]
- 8 Jun - Seorang lelaki maut akibat direnjat elektrik ketika mengambil buah di Kampung Bambangan, Papar.
- 9 Jun - Sebuah bas terbabas lantas merempuh sebuah kereta di Gerik lalu mengakibatkan kematian 15 orang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
- 11 Jun - Tragedi Bas UPSI: Permit syarikat yang terbabit dalam kemalangan di Gerik akan dibatalkan serta-merta.
- 12 Jun - Seorang pelajar tingkatan lima ditahan selepas disyaki membunuh di Bukit Rambai gara-gara dipaksa belajar.
- 12 Jun - Lori terbabit dalam nahas trak FRU di Teluk Intan pada 13 Mei lalu dikesan membawa bahan muatan salah yang tidak selari kelulusan dibenarkan.
- 12 Jun - Tragedi Bas UPSI: Pemandu bas yang terlibat dalam tragedi nahas yang mengorbankan 15 nyawa pelajar UPSI akan didakwa di mahkamah pada keesokan harinya.
- 15 Jun - Empat orang termasuk tiga kanak-kanak tempatan cedera ringan selepas dilanggar sebuah kereta ketika sedang berjalan kaki di KM 68 Jalan Kea Farm, Brinchang, Cameron Highlands.
- 16 Jun - Sebanyak 8 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Petagas, Putatan.
- 23 Jun - Kesemua 24 individu termasuk 17 rakyat Malaysia dari Iran selamat tiba di KLIA.
- 24 Jun - Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2024 menunjukkan peningkatan.
- 24 Jun - Kemajuan fizikal Lebuhraya Pan Borneo Sabah dalam pakej kerja 20 (Jajaran Lahad Datu) adalah rendah dengan hanya mencapai tahap 1.6%.
Julai
- 10 Julai - Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad menyambut ulang tahun kelahiran ke-100. Negarawan itu sekali gus mencipta rekod sebagai bekas Perdana Menteri Tertua Masih Hidup.[19]
- 13 Julai - Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami keletihan, susulan menghadiri program Picnic & Potluck sempena ulang tahun kelahirannya ke-100 dan isterinya ke-99.[20] Beliau dibenarkan keluar dari IJN pada pukul 4.45 petang.[21]
- 21 Julai - Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menangguhkan prosiding saman sivil yang difailkan oleh bekas pembantu penyelidik beliau, Muhammed Yusoff Rawther, sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung isu kekebalan Perdana Menteri.[22]
- 26 Julai - Himpunan Turun Anwar
Oktober
- 7 Oktober - Aplikasi CelcomDigi secara rasmi dilancarkan.[23]
November
- 27 November - Proton Saga baharu generasi keempat kini dilancarkan menggantikan model generasi ketiga.
Disember
- 31 Disember - Kedua-dua aplikasi lama Celcom Life dan MyDigi telah rasmi ditamatkan sepenuhnya dan digantikan oleh aplikasi terbaharu CelcomDigi.[24]
Peristiwa yang akan dijadualkan
- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan digabung bagi mewujudkan badan penerbangan awam tunggal negara.[25][26]
Hari Kebangsaan
Tema Utama
Malaysia Madani: Rakyat Disantuni
Tema ini menekankan komitmen kerajaan untuk memastikan kebajikan rakyat diutamakan dan pembangunan negara berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan sosial, dan keadilan.
Kematian
Januari
- 14 Januari - Muhd Kamil Ibrahim - ahli akademik, penulis
- 19 Januari - Mohamad Hamsan - ahli politik
- 20 Januari - William Nyallau Badak - ahli politik
- 26 Januari - Jojo Fly - penyanyi
- 27 Januari - Mohamed Taulan Mat Rasul - ahli politik
Februari
- 7 Februari - Roslan Saleh - pelakon
- 19 Februari - Zakaria Ariffin - pelakon, pengarah
- 22 Februari - Ishsam Shahruddin - ahli politik
- 26 Februari - Abu Bakar Ali - ahli politik
Mac
- 5 Mac - Azmi Hussin - kartunis
- 6 Mac - Kamal Salih - ahli politik
- 25 Mac - Rahim Abdullah - legenda bola sepak
April
- 4 April - Abdul Fashah Abdul Aziz (Nico) - penyanyi kumpulan Nico G
- 7 April - Noor Azizah - pelakon veteran
- 13 April - Salleh Kalbi - ahli politik
- 14 April - Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia kelima
- 16 April - Yusnor Ef - penulis lirik
- 22 April - Noor Aishah - wanita pertama Singapura
Mei
- 1 Mei - Norhan Mahmod - pengarah, penyunting filem
- 1 Mei - Nas Ahmad - wartawan veteran
- 5 Mei - Sophia Ibrahim - pelakon veteran
- 5 Mei - Jamilah Endan - ahli politik
- 13 Mei - Rasammah Bhupalan - aktivis sosial
- 20 Mei - Tun Ahmadshah Abdullah - Bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-9 (2003-2010)
- 24 Mei - T. Gopinath Naidu - Bekas pemain bola sepak kebangsaan
- 30 Mei - Khairul Azhar - Pelakon, pelawak
- 30 Mei - Mano Maniam - Pelakon, pengarah, guru drama, pelakon suara, penulis, ahli antropologi kebudayaan
Jun
- 10 Jun - Adinda Amiro - komposer, penerbit
- 13 Jun - Ationg Tituh - ahli politik
- 17 Jun - Sheqal - penyanyi
- 17 Jun - G. Palanivel - ahli politik
- 19 Jun - Zaleha Hamid - penyanyi
- 19 Jun - Mohamed Hatta Shaharom - ahli akademik, penulis, pakar psikiatri
- 24 Jun - Iskandar Spring - gitaris Kumpulan Spring
- 26 Jun - Muhammad Nur Manuty - Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia
- 28 Jun - Kevin Nunis - bekas pemain hoki
Julai
- 1 Julai - Rosli Sako - pelakon
- 11 Julai - Rozana Kamarulzaman - ahli politik
Ogos
- 2 Ogos - Ross Ariffin - komposer
- 8 Ogos - Mat Yasir Ikhsan - ahli politik
- 25 Ogos - Che Zakaria Mohd Salleh - ahli politik
September
- 7 September - Mohammad Razi Kail - ahli politik
- 17 September - Raja Ideris Raja Ahmad - ahli politik
- 24 September - Andy Abdul Ghani A Kadir - Pengarah Animasi Ejen Ali
- 25 September - Datchinamurthy Kataiah - lelaki Malaysia terkenal ditahan di Singapura kerana pengedaran dadah
- 27 September - Chan Fu King - ahli parlimen Teluk Intan
Oktober
- 1 Oktober - Mohamed Hashim bin Mohd Ali - Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia
- 1 Oktober - Hishamuddin Aun - Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times (NSTP)
- 7 Oktober - Rohani Ujang - pelakon
- 8 Oktober - Pannir Selvam Pranthaman - pengedar dadah terkenal
- 10 Oktober - Afzainizam Ismail - penyanyi, komposer
- 15 Oktober - Charlie Numan Salleh - pelakon veteran
- 18 Oktober - Lotter Edin - penyanyi, bekas peserta Akademi Fantasia 4
- 28 Oktober - Mohammad Taslim - ahli politik
November
- 8 November - Abdul Rahman Abdul Kadir - ahli politik
- 11 November - Cikgu E - bekas guru dan usahawan
- 24 November - Abdullah Saamah - guru, ulama
- 25 November - Amirul Azwan - penyanyi
- 25 November - Dharma Harun Al Rashid - pelakon, penyanyi, pengarah, penulis skrip dan penerbit
- 26 November - Muhammad Azriel Fikri Adam - personaliti media sosial
Disember
- 5 Disember - Bung Moktar Radin - Ahli Politik
- 7 Disember - Ismail Muhammad - Ulama, bekas Imam Besar Masjid Negara ke-12
Lihat juga
Rujukan
- ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1318430/ktmb-laksana-bayaran-tanpa-tunai-sepenuhnya-mulai-1-januari-2025
- ^ "Musa Aman sworn in as 11th Sabah Yang di-Pertua Negeri". The Star. 1 January 2025. Dicapai pada 3 January 2025.
- ^ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/4-pengunjung-konsert-pinkfish-maut-dipercayai-ambil-ekstasi-502987
- ^ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/stesen-lrt-klcc-ditutup-akibat-kepulan-asap-bilik-elektronik-502966
- ^ https://www.astroawani.com/berita-sukan/zii-jia-terpaksa-tarik-diri-dari-terbuka-malaysia-minggu-depan-503167
- ^ https://www.kosmo.com.my/2025/01/06/najib-dapat-kebenaran-mulakan-semakan-kehakiman-cabar-titah-adendum/
- ^ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/berita-tempatan-pilihan-sepanjang-hari-ini-504094
- ^ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/titah-adendum-tidak-wajar-ada-perintah-larangan-bersuara-azalina-504481
- ^ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tanah-runtuh-di-jalan-amber-court-dan-ion-delemen-genting-highlands-505025
- ^ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiga-ditahan-disyaki-pukul-oku-langgar-gerai-pasar-tani-505085
- ^ Molek FM mula operasi dari Balai Berita
- ^ "Protesters pelt Malaysian embassy with eggs over Indonesian migrant worker shooting". AP News. 30 January 2025. Dicapai pada 30 January 2025.
- ^ https://www.sinarharian.com.my/article/709494/berita/semasa/along-cham-sujud-syukur-lepas-tanpa-bebas-satu-kes-dadah
- ^ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-siasat-pelampung-gelongsor-timpa-pengunjung-di-taman-tema-icity-506706
- ^ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/saya-guna-ai-ugut-sengaja-nak-mainkan-harith-iskander-506752
- ^ Selepas 3 dekad, Sri Pentas ditutup sepenuhnya di Bandar Utama
- ^ Semua logo rangkaian televisyen MPB di Sri Pentas diturunkan
- ^ Dzulqarnain, Qistina Nadia (2025-06-04). "Permohonan PM tangguh saman Yusoff ditolak mahkamah". Malaysiakini.
- ^ BAKAR, JUANI MUNIR ABU; BAKAR, JUANI MUNIR ABU (2025-07-10). "Selamat hari jadi ke-100 Tun Dr. Mahathir". Utusan Malaysia.
- ^ "Tun M keletihan, sedang berehat di IJN". Astro Awani. 2025-07-13.
- ^ "[TERKINI] Tun M dibenar keluar IJN". Astro Awani. 2025-07-13.
- ^ "Mahkamah setuju tangguh saman bekas pembantu Anwar". Portal Berita. 2025-07-21.
- ^ CelcomDigi Memperkenalkan Aplikasi Baru Untuk Menggantikan Celcom Life Dan MyDigi
- ^ Aplikasi MyDigi & Celcom Life Bakal Ditamatkan 31 Dis
- ^ https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/penggabungan-mavcom-caam-dilaksana-pada-2025
- ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2024/06/13/caam-to-run-independently-from-2025-says-loke/









