6 Jilake | |
---|---|
Pengarah | Aziz M. Osman |
Penulis | Aziz M. Osman |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Muhamad Nazir Ahmad |
Disunting oleh |
|
Muzik oleh | Trabye |
Syarikat penerbitan |
|
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 134 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM2.5 juta |
6 Jilake ialah sebuah filem aksi komedi sejarah Malaysia 2025 arahan Aziz M. Osman yang turut berkhidmat sebagai penulis skrip. Diterbitkan oleh Eartistic Entertainment dan Primeworks Studios, filem ini dibintangi oleh Amerul Affendi, Bell Ngasri, Saiful Apek, Kazar Saisi dan ramai lagi. Ia ditayangkan pada 24 April 2025.
Sinopsis
Pada abad ke-18, Syarikat Hindia Timur Belanda bertujuan untuk menguasai semua lombong timah di Perak bagi mengatasi kuasa asing lain. Mereka mengupah sekumpulan penjahat yang dikenali sebagai 6 Jilake untuk mengawasi kawasan perlombongan, termasuk Kampung Ketayap. Walau bagaimanapun, kampung itu tetap dilindungi oleh seorang pahlawan bernama Kuping dan menentang penguasaan mereka. 6 Jilake ditugaskan untuk menawan kampung itu, yang dipercayai menyimpan harta karun yang berharga.
Pelakon
- Amerul Affendi sebagai Kuping, musafir datang ke Kampung Ketayap dan pendekar menentang 6 Jilake
- Bell Ngasri sebagai Kasturi, Pemangku Ketua Kampung Ketayap & bekas suami Kaswi, ayah Sira dan bekas menantu Tok Lepat yang menyimpan buruk sangka terhadap Kuping serta bersubahat dengan 6 Jilake
- Saiful Apek sebagai Nagasari, Ketua 6 Jilake dan abang kepada Badak Berendam
- Kazar Saisi sebagai Tok Lepat, Ketua Kampung Ketayap dan bapa Kaswi
- Asmidar sebagai Kaswi, bekas isteri Kasturi dan ibu Sira
- Kamarool Haji Yusoff sebagai Serabai
- Laura Olivia sebagai Sira,Anak Kasturi & Kaswi dan cucu Tok Lepat
- Wan Gegau sebagai Badak Berendam, Adik Nagasari
- Wan Raja sebagai Sepit,Budayawan Dabus yang berperwatakan lembut
- Mamak Puteh sebagai Kelubis
- Jalil Hamid sebagai Orang Kaya Besar, Bapa angkat Kuping
- Soya sebagai Kole Kacang
- Chaoi Power sebagai Pulut Panggang
- Myza Rafika sebagai Tart Nenas
- Pangiran Aduka sebagai Bingkaubi
- Adam John sebagai Vebrugge, Pegawai Belanda yang ingin harta kampung ketayap
- Azrel Ismail sebagai Bacang
- Amy Nur Tinie sebagai Suji
- TJ Isa sebagai Bengkang
- Remy Ishak sebagai Talam
- Maria Farida sebagai Bedah
- Ayda Jebat sebagai Kuntum
- David Teo sebagai Pendulang Cina
- Fauziah Nawi sebagai Mak Naga
- Abon sebagai Penumpang Sampan
- Shashic Iewan sebagai Penumpang Sampan #2
- Amen Khalid sebagai Pengawal
- Aziz M. Osman sebagai Penunjuk arah untuk Nagasari (cameo)