AKB48
| |
---|---|
![]() | |
![]() AKB48 membuat persembahan di Nokia Theater (kini sebagai Peacock Theater (en)) di Los Angeles, California pada Julai 2010. | |
Maklumat latar belakang | |
Asal | Akihabara, Tokyo, Jepun |
Genre | J-pop |
Tahun aktif | 2005–kini |
Diskografi | Lihat: Diskografi AKB48 ![]() |
Syarikat rakaman |
|
Subkumpulan/subunit bagi | Kumpulan AKB48 ![]() |
Anggota semasa | lihat Senarai anggota |
Bekas anggota | lihat Bekas Anggota Kumpulan |
Pautan berkaitan | |
Tapak sesawang | akb48.co.jp |
Tanda pagar | akb48 ![]() |
Pautan lain | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
AKB48 (dibaca sebagai A.K.B. Forty-Eight) merupakan kumpulan idola remaja wanita Jepun yang diasaskan oleh Yasushi Akimoto dengan konsep “idola yang boleh ditemui” (会いにいけるアイドル, aini ikeru aidoru). Kumpulan ini mempunyai teater tetap di Akihabara, Tokyo, dan mengadakan persembahan setiap hari kecuali ada persembahan luar. Disebabkan permintaan tinggi, tiket persembahan diagihkan melalui sistem loteri.
Sejarah
Sejarah awal
AKB48 ditubuhkan hasil uji bakat anjuran Yasushi Akimoto pada Julai 2005, di mana 24 peserta terpilih menjadi Team A. Seterusnya, Team K dibentuk pada April 2006 dengan 19 anggota, manakala Team B ditubuhkan pada Disember 2006 dengan 18 anggota. Kumpulan ini melancarkan single pertama Sakura no Hanabiratachi pada Februari 2006 yang berjaya menduduki tempat ke-10 carta Oricon. Selepas menandatangani kontrak dengan DefSTAR Records, mereka mengeluarkan single pertama yang rasmi iaitu Aitakatta pada Oktober 2006. Pada tahun berikutnya, single mereka seperti Seifuku ga Jama wo Suru dan Keibetsu Shiteita Aijou mendapat sambutan, manakala pada April 2007 jumlah keseluruhan anggota mencapai 48 orang, selaras dengan nama kumpulan AKB48.
Kecapaian
Pada era peralihan AKB48 ke bawah label King Records bermula dengan single ke-10 Oogoe Diamond pada 22 Oktober 2008. Seterusnya, mereka mengeluarkan 10nen Zakura pada Mac 2009 dan Namida Surprise! pada Jun 2009, masing-masing dalam versi biasa dan teater. Kemuncaknya, pada Oktober 2009, single RIVER menjadi titik kejayaan besar apabila buat pertama kali menduduki tempat pertama carta mingguan Oricon serta mencatat jualan tertinggi bagi kumpulan wanita tahun tersebut.
Sejak itulah AKB48 mencatat pelbagai rekod seperti jualan melebihi 500,000 unit, berada dalam carta mingguan Oricon selama 120 minggu, dan 48 minggu berturut-turut menduduki tempat pertama dalam carta karaoke Oricon. Mereka pernah memenangi Anugerah Rekod Jepun dua kali, iaitu pada 2011 melalui single Flying Get dan pada 2012 melalui Manatsu no Sounds Good!. Selain itu, mereka juga meraih Anugerah Jepun Gold Disc bagi kategori “Single of the Year (Single tahunan terbaik)” (J-Pop) selama 7 tahun berturut-turut bermula 2011, serta “Artis tahunan terbaik” (J-Pop) selama 3 tahun berturut-turut bermula 2012.
Dari segi jualan, AKB48 mencapai 10 juta unit pada 2011, 20 juta pada 2013, 30 juta pada 2014, dan 36 juta lebih pada 2015, menjadikan mereka artis nombor satu dari segi jualan CD single di Jepun. Pada 2016, mereka menjadi artis pertama sejak Oricon mula mengira pada 1968 yang melepasi 40 juta unit, seterusnya 50 juta pada 2018. Menjelang Mac 2020, jumlah jualan single mereka mencecah 56.03 juta unit, manakala album pula 6.64 juta unit. Pada 2023, mereka mengumumkan perpindahan label ke EMI Records di bawah Universal Music dan merilis single ke-61 pada April tahun sama.
Ulang tahun ke-20 (2025)
Pada 2 April 2025, AKB48 melancarkan single ke-65 mereka yang berjudul "Masaka no Confession" (まさかのConfession) yang bermaksud "Pengakuan yang Tidak Sangka".[2] Dalam lagu ini, Azuki Yagi, seorang pelatih generasi ke-18, dipilih sebagai pusat utama atau "center" untuk pertama kalinya. Ini adalah pencapaian besar bagi Yagi yang sebelum ini hanya berperanan sebagai pelatih. Lagu ini juga menggambarkan perasaan cemas dan teruja Yagi yang akhirnya menerima cabaran besar dalam perjalanan kariernya di AKB48. Single ke-66 berjudul "Oh my pumpkin!" dijadualkan akan dikeluarkan pada 13 Ogos 2025 juga buat pertama kalinya anggota dari kumpulan saudara dari luar negara telah dipilih untuk menyertai lagu utama single tersebut.
Teater
Teater AKB48 terletak di tingkat 8 Don Quijote Akihabara (Bangunan Minami) dan menjadi titik permulaan aktiviti kumpulan AKB48. Teater ini menjadi pusat utama aktiviti mereka.
Di tingkat 5 bangunan yang sama, pernah ada AKB48 SHOP yang menjual DVD dan barangan rasmi, namun kedai ini ditutup pada Disember 2015.
Semua persembahan yang diadakan di teater ini dipanggil “kōen” (公演) atau “persembahan teater”, dan ia menjadi fokus utama aktiviti kumpulan. Persembahan terdiri daripada lagu-lagu asal, kebanyakannya lirik ditulis oleh Yasushi Akimoto selaku produser umum. Untuk satu set persembahan, Akimoto akan menilai ribuan demo lagu sebelum memilih lagu yang sesuai.
Selain itu, dari Jun hingga Oktober 2009, AKB48 juga pernah menggunakan Theatre G-Rosso (Tokyo Dome City Attractions) sebagai teater kedua, di mana mereka mengadakan persembahan secara tidak tetap.
Pada 17 Mac 2024, diumumkan bahawa selepas 19 tahun beroperasi, Teater AKB48 akan menjalani kerja pengubahsuaian bermula September 2024. Persembahan terakhir di teater sedia ada dijadualkan pada 1 September 2024.[3] Kerja renovasi dijangka siap pada 7 Disember 2024, iaitu sehari sebelum ulang tahun ke-19 AKB48.[4]
Kumpulan AKB48
AKB48 mempunyai kumpulan saudara (sister group) yang ditubuhkan di dalam negara dan di luar negara.
Nama kumpulan | Nama panjang | Negara | Status | Francais |
---|---|---|---|---|
AKB48 | Akihabara48 | Jepun | Aktif | Kumpulan AKB48 |
SKE48 | Sakae48 | |||
NMB48 | Namba48 | |||
HKT48 | Hakata48 | |||
NGT48 | Niigata48 | |||
STU48 | Setouchi48 | |||
SDN48 | Saturday Night48 | Dibubarkan | ||
JKT48 | Jakarta48 | Indonesia | Aktif | |
SNH48 | Shanghai48 | China | Kumpulan AKB48 (hingga 2016) | |
BNK48 | Bangkok48 | Thailand | Kumpulan AKB48 | |
CGM48 | Chiang Mai48 | |||
MNL48 | Manila48 | Filipina | ||
AKB48 Team SH | Akihabara48 Team Shanghai | China | ||
AKB48 Team TP | Akihabara48 Team Taipei | Taiwan | ||
KLP48 | Kuala Lumpur48 | Malaysia | ||
SGO48 | Saigon48 | Vietnam | Dibubarkan | |
DEL48 | Delhi48 | India | ||
MUB48 | Mumbai48 |
Anggota kumpulan
Kedudukan anggota AKB48 tertakluk kepada perubahan yang kerap disebabkan oleh graduasi, kemasukan, rombakan pasukan, dan pemindahan antara AKB48 dan pelbagai kumpulan kembarnya. Pada 18 Ogos 2025, kumpulan ini terdiri daripada 35 anggota tetap dan lapan anggota pelatih (kenkyuusei).[5] Narumi Kuranoo merupakan "ketua pengurus" bagi semua kumpulan AKB48.
Anggota tetap
Nama | Tarikh lahir (umur) | Tempat lahir | Generasi | Nota |
---|---|---|---|---|
Saho Iwatate (岩立沙穂) | 4 Oktober 1994 | Kanagawa | 13 | |
Seina Fukuoka (福岡聖菜) | 1 Ogos 2000 | Kanagawa | 15 | |
Mion Mukaichi (向井地美音) | 29 Januari 1998 | Saitama | 15 | Bekas Ketua Pengurus Kumpulan-kumpulan AKB48. |
Yui Oguri (小栗有以) | 26 Disember 2001 | Tokyo | Team 8 (2014) | |
Narumi Kuranoo (倉野尾成美) | 8 November 2000 | Kumamoto | Team 8 (2014) | Ketua Pengurus Kumpulan-kumpulan AKB48. Kapten kumpulan. |
Hiyuka Sakagawa (坂川陽香) | 7 Oktober 2006 | Fukui | Team 8 (2019) | |
Miu Shitao (下尾みう) | 3 April 2001 | Yamaguchi | Team 8 (2014) | |
Ayane Takahashi (髙橋彩音) | 30 Disember 1997 | Saitama | Team 8 (2014) | |
Remi Tokunaga (徳永羚海) | 1 Oktober 2006 | Tottori | Team 8 (2019) | |
Serika Nagano (永野芹佳) | 27 Mac 2001 | Osaka | Team 8 (2014) | |
Haruna Hashimoto (橋本陽菜) | 25 Mei 2000 | Toyama | Team 8 (2014) | |
Erii Chiba (千葉恵里) | 27 Oktober 2003 | Kanagawa | Draf Gen. 2 | |
Kurumi Suzuki (鈴木くるみ) | 2 September 2004 | Tokyo | 16 | |
Manaka Taguchi (田口愛佳) | 12 Disember 2003 | Kanagawa | 16 | |
Ayami Nagamoto (長友彩海) | 2 November 2000 | Kanagawa | 16 | |
Orin Muto (武藤小麟) | 22 Julai 2000 | Tokyo | 16 | |
Mizuki Yamauchi (山内瑞葵) | 1 Disember 2001 | Tokyo | 16 | |
Maho Omori (大盛真歩) | 5 Disember 1999 | Ibaraki | Draf Gen. 3 | |
Yuki Ota (太田有紀) | 27 Mac 2004 | Kanagawa | 17 | |
Airi Sato (橋本恵理子) | 24 Jun 2004 | Chiba | 17 | |
Eriko Hashimoto (橋本恵理子) | 16 April 2006 | Osaka | 17 | |
Nozomi Hatakeyama (畠山希美) | 25 Januari 2008 | Saitama | 17 | |
Yuki Hirata (平田侑希) | 3 September 2002 | Saitama | 17 | |
Moka Hotai (布袋百椛) | 1 Disember 2004 | Hyogo | 17 | |
Mayu Masai (正鋳真優) | 1 Mac 2005 | Saitama | 17 | |
Miyu Mizushima (水島美結) | 12 November 2003 | Hokkaido | 17 | |
Sora Yamazaki (山﨑空) | 13 Mei 2004 | Tokyo | 17 | |
Yuna Akiyama (秋山由奈) | 12 Disember 2005 | Chiba | 18 | Sertai pada 9 April 2023. Sebagai anggota tetap pada 2 April 2025. |
Sae Arai (新井彩永) | 5 Oktober 2005 | Tokyo | 18 | Sertai pada 9 April 2023. Sebagai anggota tetap pada 2 April 2025. |
Kazumi Kudō (工藤華純) | 15 Jun 2005 | Oita | 18 | Sertai pada 9 April 2023. Sebagai anggota tetap pada 2 April 2025. |
Hinano Kubo (久保姫菜乃) | 2 Februari 2006 | Nagano | 18 | Sertai pada 9 April 2023. Sebagai anggota tetap pada 2 April 2025. |
Yumemi Sako (迫由芽実) | 5 Februari 2006 | Saitama | 18 | Sertai pada 9 April 2023. Sebagai anggota tetap pada 2 April 2025. |
Kohina Narita (成田香姫奈) | 3 Mac 2004 | Hokkaido | 18 | Sertai pada 9 April 2023. Sebagai anggota tetap pada 2 April 2025. |
Azuki Yagi (八木愛月) | 22 Mac 2005 | Tokyo | 18 | Sertai pada 9 April 2023. Sebagai anggota tetap pada 2 April 2025. |
Yui Yamaguchi (山口結愛) | 8 Mac 2009 | Nagasaki | 18 | Sertai pada 9 April 2023. Sebagai anggota tetap pada 2 April 2025. |
Anggota pelatih (Kenkyuusei)
Nama | Tarikh lahir (umur) | Tempat lahir | Generasi | Nota |
---|---|---|---|---|
Momoka Ito (伊藤百花) | 6 Disember 2003 | Saitama | 19 | |
Kairi Okumoto (奥本カイリ) | 27 Januari 2007 | Hokkaido | 19 | |
Yui Kawamura (川村結衣) | 18 Jun 2006 | Tokyo | 19 | |
Sari Shiratori (白鳥沙怜) | 10 September 2010 | Tokyo | 19 | |
Mei Hanada (花田藍衣) | 5 Jun 2005 | Kanagawa | 19 | |
Sagi Oga (大賀彩姫) | 16 Mei 2006 | Fukushima | 20 | Sertai pada 20 Disember 2024. |
Saki Kondo (近藤沙樹) | 23 Februari 2012 | Aichi | 20 | Sertai pada 20 Disember 2024 Anggota termuda |
Hinata Maruyama (丸山ひなた) | 11 Julai 2008 | Niigata | 20 | Sertai pada 20 Disember 2024. |
Unit
Sub-Unit
- No Sleeves (ノースリーブス)
- Watarirouka Hashiritai 7 (渡り廊下走り隊 7)
- French Kiss
- Not yet
- DiVA
- Tentoumu Chu! (てんとうむChu!)
- Valentine Kiss
Bekas Sub-unit
- Team Dragon from AKB48
- Team Z
- Mini Skirt (ミニスカート)
- Honegumi from AKB48 (ほね組 from AKB48)
- ICE from AKB48
- Crayon Friends from AKB48 (クレヨンフレンズ from AKB48)
- Chocolove from AKB48
- Himawari-gumi (ひまわり組)
- Okashina Sisters (お菓子なシスターズ)
- AKBIdoling!!!
- Natto Angel (ナットウエンジェル)
- Queen & Elizabeth
Diskografi
Filemografi
Anugerah
Tahun | Majlis | Anugerah | Dicalonkan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2011 | Anugerah Rakaman Jepun ke-53 | Grand Prix | "Flying Get" | Menang |
Anugerah Muzik Billboard Japan[6] | Artis pada tahun ini | Menang | ||
Artis pop terbaik | Menang | |||
Hot 100 of the Year | "Everyday, Kachuusha"[7] | Menang | ||
Hot 100 Single Sales of the Year | "Everyday, Kachuusha"[7] | Menang | ||
2012 | Anugerah Muzik Asia Mnet ke-14 | Artis Jepun Terbaik di Asia | "UZA" | Menang |
Anugerah Muzik Billboard Japan[8] | Artis pop terbaik | Menang | ||
Artis pada tahun ini | Menang | |||
Hot 100 of the Year | "Manatsu no Sounds Good!" | Menang | ||
Hot 100 Single Sales of the Year | "Manatsu no Sounds Good!" | Menang | ||
Anugerah Rakaman Jepun ke-54 | Grand Prix | "Manatsu no Sounds Good!" | Menang | |
2013 | Anugerah Muzik Billboard Japan | Artis pada tahun ini | Menang | |
Artis pop terbaik | Menang | |||
Hot 100 of the Year | "Koi Suru Fortune Cookie" | Menang | ||
Hot 100 Single Sales of the Year | "Sayonara Crawl" | Menang | ||
Anugerah Rakaman Jepun ke-55 | Grand Prix | "Koi Suru Fortune Cookie" | Tercalon |
Rujukan
- ^ "Galaxy Records Sells AKB48's Tsugi no Ashiato Album in Philippines". animenewsnetwork.com. Anime News Network. 6 November 2015. Text "language: English" ignored (bantuan)
- ^ "AKB48 65thシングルのタイトル決定!!アーティスト写真も公開!(Tajuk single ke-65 AKB48 ditetapkan!! Gambar artis terlibat didedahkan)". Blog rasmi AKB48 di Ameblo (dalam bahasa Jepun). 9 Februari 2025. Dicapai pada 9 Februari 2025.
- ^ "AKB48劇場、今秋リニューアルへ 工事中は全国で「出張公演」". asahi.com. March 17, 2024. Dicapai pada 2024-03-17.
- ^ "AKB48、新劇場がついにお披露目「ここからだ」再出発誓う 高橋みなみも変貌ぶりに衝撃「想像を超えてきた」" [AKB48's new theater finally unveiled, "This is where it all begins" - Takahashi Minami also shocked by the transformation, "It's beyond my imagination"]. ORICON NEWS. 2024-12-08. Dicapai pada 2024-12-09.
- ^ "AKB48公式サイト|メンバー情報 (Laman sesawang AKB48 - Senarai anggota)". AKB48 Official Website (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2 April 2025.
- ^ "AKB48, Avril Lavigne Win Big at Billboard Japan Music Awards". Billboard. 2012-03-06. Dicapai pada 2012-04-01.
- ^ a b "Billboard JAPAN Music Awards 2011 Special TV Program[ビルボードジャパン ミュージックアワード2011 特別番組] | TVO テレビ大阪" (dalam bahasa Japanese). Television Osaka Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-28. Dicapai pada 2012-07-27.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "AKB48がアーティスト・オブ・ザ・イヤー含む4冠を2年連続で達成│Daily News│Billboard JAPAN" (dalam bahasa Bahasa Jepun). Billboard Japan. 2012-12-15. Dicapai pada 2012-12-15.CS1 maint: unrecognized language (link)
Pautan Luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan AKB48 |
- Laman sesawang rasmi
- AKB48 Official Blog 〜 from 1830m(blog rasmi)
- AKB48 Google+ Blog akrib - Ameba Blog
- AKB48 - Universal Music Japan
- AKB48 - King Records