Abqaree Fawwaz bin Abekan (lahir 28 Mac 1985) ialah seorang ahli politik, pemimpin belia, dan aktivis masyarakat berasal dari Sabah. Beliau kini berkhidmat sebagai Presiden Majlis Belia Sabah (MBS) sejak tahun 2022.[1]
Latar Belakang
Abqaree dilahirkan pada 28 Mac 1985 di Ohio, Amerika Syarikat. Beliau mendapat pendidikan awal dalam bidang kejuruteraan awam dan pengurusan. Beliau memiliki Diploma Kejuruteraan Awam dari Kolej Poly-Tech MARA (2008), Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembinaan dari UiTM (2012), serta Executive Master dalam Sains Politik & Pengurusan dari Universiti Sains Malaysia (2023). Pada tahun 2023, beliau melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Malaysia Sabah.
Kerjaya
Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas Menteri Belia dan Sukan Malaysia (2021–2022), Pegawai Khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2021), dan Pegawai Khas Ahli Parlimen Sepanggar (2014–2018).
Politik
Abqaree memulakan penglibatan politik melalui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai Ahli Majlis Tertinggi (2020–2023), Exco Armada Pusat (2020–2023) dan Ketua Armada Bahagian Sepanggar (2019–2023).
Sejak 2023, beliau menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) dan dilantik sebagai Exco Pemuda Pusat serta Ketua Pemuda Bahagian Darau.[2][3]
NGO
Selain politik, beliau aktif memimpin badan-badan belia dan NGO, antaranya:
- Majlis Belia Sabah – Presiden (2022–kini), Timbalan Presiden (2019–2021).[4]
- Majlis Belia Malaysia – Naib Presiden (2024–kini).
- Persatuan Belia Inspirasi Kinabalu (PBIK) – Presiden (2018–2020), kini Penasihat.
- Gabungan Persatuan Belia Pantai Barat Selatan – Pengerusi (2020–2022).
- Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah – Pesuruhjaya Ibu Pejabat (2022–2024).
Anugerah
Abqaree menerima beberapa anugerah kebesaran dan pengiktirafan termasuk:
- Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) (2024)
- Pingat Jasa Terpuji St. John Ambulans Malaysia (2023)
- Ahli Mangku Negara (AMN) (2021)
- Ahli Darjah Kinabalu (ADK) (2021)[5]
- Anugerah Perdana Belia Negara (Sabah) – Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (2015)
Rujukan
- ^ "Pengenalan – Majlis Belia Sabah". Majlis Belia Sabah. Dicapai pada 17 September 2025.
- ^ "Teliti semula had umur belia: MBS". New Sabah News. 11 Julai 2025. Dicapai pada 17 September 2025.
- ^ "Belia Sabah perlu ruang lebih luas, MBS mahu had umur dilanjut ke 40 tahun". Sabah Media. 12 Julai 2025. Dicapai pada 17 September 2025.
- ^ "Enakmen Pembangunan Belia cerminan identiti belia Sabah: MBS". New Sabah News. 18 Mei 2025. Dicapai pada 17 September 2025.
- ^ "Senarai nama penerima pingat darjah kebesaran sempena Hari Jadi Rasmi ke-68 TYT Sabah". Sabah News. Dicapai pada 17 September 2025.