
Radang kelenjar minyak atau adenitis sebum ialah penyakit kulit tidak lazim yang terdapat pada sesetengah baka anjing dan lebih jarang pada kucing, arnab, dan kuda.[1] Ini bercirikan gerak balas keradangan terhadap kelenjar sebum (kelenjar yang terdapat pada folikel bulu di dalam dermis kulit) anjing berkenaan, yang dapat membawa kepada pemusnahan kelenjar itu. Ini pertama kali diperihalkan dalam kesusasteraan veterinar pada tahun 1980-an.[2]
Tanda
Terdapat dua ungkapan bagi keadaan ini, salah satu untuk baka berlapis bulu panjang atau ganda dan yang lagi satu untuk baka berlapis bulu pendek, kedua-duanya dengan penampilan berlainan.[3]
- Untuk baka berlapis bulu panjang atau ganda seperti pudel, anjing Akita, dan anjing Samoyed, keadaan ini kerap tampil dengan kelemumur keperak-perakan yang melekat pada lapis bulu, keguguran bulu (tidak patut dikelirukan dengan salin bulu), lapis bulu pudar dan rapuh, dan kemudian pada lesi kulit di sepanjang belakang dan telinga[3] serta kulit menebal dan bau tengik.[4]
- Untuk baka berlapis bulu pendek seperti anjing penuding Hungary, keadaan ini menyebabkan pembengkakan muka, lesi kulit bernodul, kelemumur seni yang tidak melekat pada lapis bulu, dan penampilan "usang" umum pada lapis bulu.[3]
Punca

Tanda adenitis sebum disebabkan oleh proses penyakit meradang yang menjejaskan kelenjar sebum bagi kulit.[5] Punca penyakit meradang ini tidak diketahui.[6] Baka anjing berlainan mungkin mempunyai punca dasar berlainan bagi penyakit ini.[6]
Penyelidikan sedang berlangsung untuk mengetahui sama ada terdapat predisposisi genetik untuk adenitis sebum; pola pewarisan tepat kekal tidak diketahui.[7]
Pada pudel piawai, adenitis sebum paling berkemungkinan merupakan penyakit terwaris resesif autosom, dengan ekspresi boleh ubah.[5]
Diagnosis
Pada umumnya, adenitis sebum kurang didiagnosis pada anjing.[1] Pengesahan diagnosis memerlukan berbilang biopsi tebuk yang dianalisis oleh ahli dermopatologi yang akan mengulas tentang keadaan kelenjar sebum, lalu mendedahkan keradangan granuloma atau piogranuloma yang mengelilingi kelenjar sebum atau malah pemusnahan lengkap bagi kelenjar sebum.[8]
Keadaan lain dengan penampilan serupa termasuk: folikulitis dan demodikosis bakteria, dermatofitosis, endokrinopati, pemfigus foliaseus, dermatosis responsif zink, dermatosis responsif vitamin A, iktiosis, dan kekurangan nutrisi,[9] serta pioderma superfisial, seborea idiopati primer, dan penyakit endokrin lain.[8]
Rawatan
Tiada penawar untuk keadaan ini.[10] Rawatan pada umumnya berlangsung sepanjang hayat[3] dan melibatkan mandi dan rendaman di dalam minyak mineral dan pencucian dengan syampu antibiotik untuk mencuba untuk meredakan gejala dan memperlahankan progresi keadaan.[11] Syampu antiseptik dan syampu antibiotik (kloreksidina atau benzoil peroksida) digunakan untuk menguruskan jangkitan bakteria sekunder lanjut.[9] Untuk sesetengah baka, siklosporina atau kortikosteroid dan ubat imunosupresan mungkin berkesan[3] dan terdapat postulat, melalui sesetengah kajian, bahawa dos besar vitamin A yang diberikan secara lisan mungkin menghasilkan sesetengah penambahbaikan.[3]
Telah ada cadangan bahawa semakin agresif kaedah rawatan topikal digunakan, semakin kurang agresif terapi imunosupresan perlu digunakan. Cadangannya ialah bahawa fenomena ini mungkin disebabkan oleh suap balik berkitar bilamana jangkitan sekunder, apabila tidak dirawat secara agresif dengan terapi topikal, meningkat dan menyumbang kepada keradangan kelenjar sebum lanjut.[9]
Terapi topikal
Ini membentuk bahagian besar dan kritikal dalam perawatan penyakit dan rawatan syampu dapat perlu digunakan sekerap 3 hingga 4 kali seminggu.[9] Syampu antiseborea menanggalkan sisik yang menghalang folikel. Rendaman minyak mineral, bilamana minyak kekal pada haiwan terjejas selama sekurang-kurangnya 2 jam, diperlukan untuk menggantikan lipid epidermis serta memulihkan fungsi rintangan epidermis normal. Minyak kemudiannya ditanggalkan melalui proses banyak mandi. Rawatan minyak ini perlu diulangi sekurang-kurangnya sekali seminggu selama 4 hingga 7 minggu sehingga pertumbuhan bulu baharu diperhatikan.[9] Sebaik pertumbuhan bulu baharu diperhatikan, rawatan topikal dapat dikurangkan kepada setiap 2 hingga 4 minggu.
Terapi imunosupresan
Terapi imunosupresan dan antiradang berguna untuk menghentikan pemusnahan berterusan bagi kelenjar sebum. Seperti penyakit radang lain, kebanyakan haiwan menerima kursus awal untuk menghentikan keradangan dan rawatan dikurangkan kepada dos terendah yang mengekalkan penyakit dalam peredaan.[9] Siklosporina mulut boleh digunakan.[9] Kortikosteroid (cth., prednison) digunakan hanya jika pruritus ialah ciri klinikal besar.[9]
Pensuplemenan diet
Suplemen diet yang lazim digunakan termasuk:
- Asid lemak omega-6 (cth., minyak kesumba atau minyak bunga matahari)
- Asid lemak omega-3 (cth., minyak ikan)
- Vitamin A[9]
Epidemiologi
Walaupun keadaan ini telah dilihat pada lebih daripada 60 baka anjing (termasuk baka silang),[9][12] baka tertentu telah didapati lebih rentan berbanding dengan yang lain terhadap adenitis sebum:
- Anjing Akita dan anjing Akita Amerika[13][8]
- Pudel piawai[13][8]
- Anjing penuding Hungary[13][8]
- Springerspaniel Inggeris[14]
- Cau-cau[15][9]
- Anjing Samoyed[1][8]
- Anjing Weimar[8]
- Anjing Havana[16]
Baka yang juga disebut dalam kesusasteraan sains sebagai baka yang mempunyai sesetengah kerentanan termasuk:
- Anjing gembala Jerman[15]
- Dachshund[1]
- Anjing gembala lama Inggeris[15]
- Lhasa apso[15]
- Bokser[15]
- Collie[15]
- Pudel mainan[15]
- Baka kacuk[3]
Adenitis sebum tidak mempunyai kecenderungan jantina.[1] Adenitis sebum juga berlaku pada kucing,[8] arnab,[3][17] dan kuda.[18]
Rujukan
- ^ a b c d e Craig, J. Mark (Jun 2006). "Clinical refresher: Canine sebaceous adenitis" [Ulang kaji klinikal: Adenitis sebum anjing]. Companion Animal (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 11 (5): 62–68. doi:10.1111/j.2044-3862.2006.tb00066.x. ISSN 2044-3862. S2CID 83933709.
- ^ Spaterna, Andrea; Antognoni, Maria Teresa; Cappuccini, S.; Tesei, Beniamino (Januari 2003). "Sebaceous Adenitis in the Dog: Three Cases" [Adenitis Sebum pada Anjing: Tiga Kes]. Veterinary Research Communications (dalam bahasa Inggeris). Springer Science+Business Media. 27 (Suppl 1): 441–443. doi:10.1023/B:VERC.0000014199.39879.bb. hdl:11581/113091. ISSN 1573-7446. PMID 14535449. S2CID 30352408.
- ^ a b c d e f g h Linek, Monika (2008). "How I treat... Sebaceous adenitis in the dog" [Cara saya merawat... Adenitis sebum pada anjing]. Veterinary Focus (dalam bahasa Inggeris). Arthurs Publications. 18 (1): 12–16. doi:10.1055/s-0034-1381781 (Tidak aktif 29 Julai 2025). ISSN 1048-4914.CS1 maint: DOI inactive as of 2025 (link)
- ^ "What is sebaceous adenitis?" [Apakah adenitis sebum?] (dalam bahasa Inggeris). Universiti Pulau Putera Edward. 30 Oktober 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Jun 2011. Dicapai pada 29 Julai 2025.
- ^ a b Rosser, Edmund J. Jr. (4 Oktober 2013). "Therapy for sebaceous adenitis" [Terapi untuk adenitis sebum]. Dalam Bonagura, John D.; Twedt, David Cameron (penyunting). Kirk's Current Veterinary Therapy [Terapi Veterinar Semasa Kirk] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-15). St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat: Saunders. ISBN 9780323227629. OCLC 868889441.
- ^ a b Paterson, Sue (16 Mac 2009). "Chapter 17: Keratinisation defects" [Bab 17: Kecacatan pengkeratinan]. Manual of Skin Diseases of the Dog and Cat [Buku Panduan Penyakit Kulit Anjing dan Kucing] (dalam bahasa Inggeris). Chichester, West Sussex, United Kingdom: Wiley. m/s. 277–291. ISBN 9781444309324. OCLC 437111803.
- ^ "01346-A: Genetic Basis of Sebaceous Adenitis in Dogs" [01346-A: Dasar Genetik bagi Adenitis Sebum pada Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Yayasan Kesihatan Anjing American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2011. Dicapai pada 29 Julai 2025.
- ^ a b c d e f g h Hall, Jan A. (21 Februari 2005). "Congenital and Hereditary Defects in Skin Disease" (dalam bahasa en). Western Veterinary Conference Ke-77.
- ^ a b c d e f g h i j k Angus, John C. (15 Februari 2009). "How I Treat Sebaceous Adenitis" (dalam bahasa en). Western Veterinary Conference Ke-81. Pasadena, California, Amerika Syarikat. http://www.docstoc.com/docs/75732894/Pe-How-treat-Sebaceous-Adenitis. Diperolehi 29 Julai 2025.
- ^ "Sebaceous Adenitis" [Adenitis Sebum] (dalam bahasa Inggeris). The Canine Health Information Center. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2019. Dicapai pada 29 Julai 2025.
- ^ "Sebaceous Adenitis in Dogs" [Adenitis Sebum pada Anjing] (dalam bahasa Inggeris). PetMD. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mei 2011. Dicapai pada 29 Julai 2025.CS1 maint: unfit URL (link)
- ^ Walker, Charlie. "Skin: idiopathic/granulomatous sebaceous adenitis" [Kulit: adenitis sebum idiopati/bergranuloma] (dalam bahasa Inggeris). Vetstream. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mac 2012. Dicapai pada 29 Julai 2025.
- ^ a b c "00577-AT: Sebaceous Adenitis in the Akita" [00577-AT: Adenitis Sebum pada Anjing Akita] (dalam bahasa Inggeris). Yayasan Kesihatan Anjing American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2011. Dicapai pada 29 Julai 2025.
- ^ Hernblad Tevell, Elisabeth; Bergvall, Kerstin; Egenvall, Agneta (25 Mei 2008). "Sebaceous adenitis in Swedish dogs, a retrospective study of 104 cases" [Adenitis sebum pada anjing Sweden, kajian retrospektif tentang 104 kes]. Acta Veterinaria Scandinavica (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 50 (1). doi:10.1186/1751-0147-50-11. ISSN 1751-0147. PMC 2412885. PMID 18501018. S2CID 14811399. Unknown parameter
|article-number=
ignored (bantuan) - ^ a b c d e f g Gross, Thelma Lee; Ihrke, Peter A.; Walder, Emily J.; Affolter, Verena K. (12 September 2015). Skin Diseases of the Dog and Cat: Clinical and Histopathologic Diagnosis [Penyakit Kulit Anjing dan Kucing: Diagnosis Klinikal dan Histopatologi] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Ames, Iowa, Amerika Syarikat: Wiley-Blackwell. m/s. 186–188. ISBN 9780632064526. OCLC 55487436.
- ^ Frazer, Megan M.; Schick, Anthea E.; Lewis, Thomas P. II; Jazic, Edward (6 Januari 2011). "Sebaceous adenitis in Havanese dogs: a retrospective study of the clinical presentation and incidence" [Adenitis sebum pada anjing Havana: kajian retrospektif tentang perbentangan klinikal dan insiden]. Veterinary Dermatology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 22 (3): 267–274. doi:10.1111/j.1365-3164.2010.00942.x. ISSN 1365-3164. PMID 21210878. S2CID 20804363.
- ^ Meredith, Anna; White, Stephen. "Sebaceous adenitis" [Adenitis sebum] (dalam bahasa Inggeris). Vetstream. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Oktober 2013. Dicapai pada 29 Julai 2025.
- ^ Osborne, Christina (Jun 2006). "Sebaceous adenitis in a 7-year-old Arabian gelding = Adénite sébacée chez un cheval Arabe hongre âgé de 7 ans" [Adenitis sebum pada seekor kuda Arab kembiri berusia 7 tahun]. Canadian Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). Canadian Veterinary Medical Association. 47 (6): 583–586. ISSN 0008-5286. PMC 1461412. PMID 16808233. S2CID 19331008.
Bacaan lanjut
- Reichler, Iris Margaret; Hauser, Beat; Schiller, Irene; Dunstan, Robert W.; Credille, Kelly M.; Binder, Heinrich; Glaus, Toni M.; Arnold, Susi (21 Disember 2001). "Sebaceous adenitis in the Akita: clinical observations, histopathology and heredity" [Adenitis sebum pada anjing Akita: pemerhatian klinikal, histopatologi, dan kebakaan]. Veterinary Dermatology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 12 (5): 243–253. doi:10.1046/j.0959-4493.2001.00251.x. ISSN 1365-3164. PMID 11906649. S2CID 44488830.