AW139 | |
---|---|
| |
Peranan | Helikopter SAR/utiliti sederhana |
Pengeluar | AgustaWestland Leonardo |
Mula digunakan | 2003 |
Status | Aktif |
Dikeluarkan | 2001–kini |
AgustaWestland AW139, kini dikenali sebagai Leonardo AW139, adalah sebuah helikopter sederhana, berenjin kembar yang boleh memuatkan 15 penumpang yang dikeluarkan oleh pengeluar helikopter daripada Itali AgustaWestland, kini sebagaian daripada firma Leonardo. Ia dipasarkan dengan beberapa peranan berbeza, termasuk pengangkutan VIP/korporat, ketenteraan, pengangkutan luar pantai, pemadaman kebakaran, penguatkuasaan undang-undang, cari dan selamat, perkhidmatan perubatan kecemasan, bantuan bencana dan rondaan maritim.[1]
AW139 telah direka secara usahasama oleh firma Agusta dari Itali dan Bell Helicopters dari Amerika Syarikat. Ia dipasarkan sebagai Agusta-Bell AB139, tapi kemudian didesignasi semula sebagai AW139 selepas Bell mengundur diri dari projek ini. Selain kemudahan pengeluaran AgustaWestland di Itali dan Amerika Syarikat, syarikat-syarikat lain yang terlibat dalam projek ini adalah PZL-Świdnik dari Poland, yang mana telah mengeluarkan beratus-ratus kerangka AW139, dan HeliVert, sebuah firma usahasama antara AgustaWestland dan Russian Helicopters, yang mana telah membina produksi pengeluaran di Rusia. AW139 telah membuat penerbangan sulungnya pada 3 Februari 2001, dan mula menghasilkan pendapatan pada tahun 2003 dan membuktikan kejayaan komersialnya.
Kebanyakan pelanggan AW139 merupakan sektor awam. Armada besar dipelopori oleh CHC Helicopter, Gulf Helicopters, dan Weststar Aviation. Prestasinya menjadikan ia popular di antara pengguna yang menyediakan sokongan kepada industri minyak dan gas luar pantai. Model untuk kegunaan ketenteraan iaitu AW139M, telah dibangunkan oleh AgustaWestland. Pada mulanya, ia telah dibeli oleh Tentera Udara Itali. Para pengguna tentera lain termasuk Tentera Udara Amerika Syarikat, yang mengoperasikan model MH-139 Grey Wolf. Firma perniagaan dari Jepun, Mitsui Bussan Aerospace telah mendapatkan perjanjian pengedaran ekslusif untuk AW139 di Jepun. Lebih daripada 1,200 buah helikopter ini telah dikeluarkan menjelang bulan Julai 2024.[2] The AW139 has been developed into the AW149, an enlarged medium-lift military orientated rotorcraft.[3]
Spesifikasi (AW139)


Data dari AgustaWestland,[4] EASA,[5] Gajetti and Maggiore[6]
Ciri-ciri umum
- Krew: 1 atau 2
- Kapasiti: sehingga 15 penumpang, bergantung pada konfigurasi
- Panjang: 16.66 m (54 ka 8 in)
- Lebar: 2.26 m (10 ka 0 in)
- Tinggi: 4.98 m (16 ka 4 in)
- Berat kasar: 6,400 kg (14,110 lb) ; 7,000 kg (15,000 lb) untuk 7 t versi
- Kapasiti bahan api: 1568 liter (414 USgal)
- Janakuasa: 2 × enjin turbin aci Pratt & Whitney Canada PT6C-67C , 1,142 kW (1,531 hp) setiap enjin
- Diameter rotor utama: 13.80 m (45 ka 3 in)
Prestasi
- Halaju maksimum: 310 km/j (193 mph, 167 kn)
- Halaju kruis: 306 km/j (191 mph, 165 kn)
- Jarak: 1,061 km (659 bt, 573 nmi)
- Endurance: 5 hours 13 minutes
- Had khidmat: 6,096 m (20,000 ka)
- Kadar mendaki: 10.9 m/s (2,140 ft/min)
Lihat juga
Video luar | |
---|---|
![]() | |
![]() | |
![]() |
Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Senarai berkaitan
Rujukan
Petikan
- ^ "US Corporate Operator Signs Contract For Two AW139 Helicopters." Diarkibkan April 7, 2014, di Wayback Machine AgustaWestland, 18 June 2014.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamajul2024 sales
- ^ Lake, Jon (18 November 2019). "AW149 Proves Worth After Early Setbacks". AIN Online. Dicapai pada 6 October 2020.
- ^ "AW139 Technical Data". AgustaWestland. Dicapai pada 24 September 2015.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaEASA
- ^ Gajetti and Maggiore 2013, pp. 35–37.
Bibliografi
- Gajetti, Marco and Paolo Maggiore. "Route Profitability for Helicopters." Società Editrice Esculapio, 2013. ISBN 88-7488-609-8.
- Hoyle, Craig. "World Air Forces Directory". Flight International, Vol. 182, No. 5370, 11–17 December 2012. pp. 40–64. ISSN 0015-3710.
- Jackson, Paul. Jane's All The World's Aircraft 2003–2004. Coulsdon, UK: Jane's Defence Data, 2003. ISBN 0-7106-2537-5.
- Niccoli, Riccardo. "The Bell Agusta AB 139". Air International, September 2001, Vol 61 No 3. Templat:Issn. pp. 158–163.
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan AgustaWestland AW139 |