Ahyeon | |
---|---|
![]() Ahyeon pada bulan Mac 2025 | |
Kelahiran | Jung Ahyeon 11 April 2007 Chuncheon, Korea Selatan |
Pekerjaan |
|
Kerjaya muzik | |
Alat muzik | Vokal |
Syarikat rakaman | |
Nama Korea | |
Hangul | 정아현 |
Hanja | |
Perumian Semakan | Jeong Ahyeon |
McCune–Reischauer | Chŏng Ahyŏn |
Nama pentas | |
Hangul | 아현 |
Perumian Semakan | Ahyeon |
McCune–Reischauer | Ahyŏn |
Jung Ahyeon (Korea: 정아현; lahir 11 April 2007), dikenali secara profesional sebagai Ahyeon (Korea: 아현), ialah seorang penyanyi, penari, dan penyanyi rap Korea Selatan.[4] Beliau ialah salah seorang ahli kumpulan wanita Korea Selatan, Babymonster, yang debut di bawah YG Entertainment pada 1 April 2024.[5]
Kehidupan awal dan pendidikan
Ahyeon dilahirkan pada 11 April 2007 di Chuncheon, Korea Selatan, dalam keluarga yang mengandungi ibubapanya dan seorang adik lelaki.[6][7][8] Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Seong Lim dan Sekolah Menengah Daeryong, dan kemudian diterima untuk belajar di Sekolah Tinggi Seni Hiburan Hanlim.[8][6]
Kerjaya
Pra-debut
Pada awalnya, Ahyeon diterima ke dalam JYP Entertainment pada 2017 sewaktu berumur 11 tahun, dan kemudian beliau lulus sesi ujibakat pertamanya untuk YG Entertainment.[4] Pada Februari 2018, beliau menyertai YG Entertainment.[4]
Pada 30 Disember 2022, YG Entertainment mengeluarkan sebuah poster yang mengumumkan perancangan untuk mendebut sebuah kumpulan wanita yang baharu.[9]
Pada 1 Januari 2023, nama kumpulan tersebut disahkan sebagai Babymonster melalui sebuah video di YouTube bertajuk "YG Next Movement".[10] Dalam video yang sama, Ahyeon dilihat berlatih, tampak seperti mengesahkan statusnya sebagai ahli kumpulan tersebut.
Pada 16 Januari 2023, Ahyeon diperkenalkan sebagai ahli kedua dalam Babymonster setelah dipilih oleh YG dalam keputusan ketika Last Evaluation.[11]
Pada 15 November 2023, Ahyeon diumumkan terpaksa mengundurkan diri dari Babymonster atas sebab kesihatan, manakala Babymonster akan debut sebagai kumpulan 6 ahli pada 27 November.[12][13] Namun begitu, YG kemudian mengesahkan bahawa Ahyeon akan kekal sebagai ahli kumpulan tersebut, tetapi tidak akan terlibat dalam kegiatan debut disebabkan hal-hal kesihatan.
2024-kini
Pada 25 Januari 2024, YG mengumumkan bahawa Ahyeon telah sembuh sepenuhnya dari hal kesihatannya dan akan debut pada April bersama Babymonster dengan album mini mereka, BABYMONS7ER.[14][15] YG kemudian menyatakan bahawa 1 April 2024 menjadi tarikh rasmi debutnya Babymonster.[16][5]
Pada 1 April 2024, setelah 126 hari debut sebagai kumpulan 6 ahli, Babymonster secara rasminya debut sebagai kumpulan 7 ahli dengan kembalinya Ahyeon ke dalam kumpulan tersebut.[17]
Pada 18 November 2024, U-Pick telah mengumumkan bahawa Ahyeon memenangi tempat pertama dalam kategori Rookie Artist (Wanita) dalam keputusan undian "Pilihan Bulan November", yang telah berlangsung pada 15 November di pelantar peminat globalnya, UPICK.[18]
Pada April 2025, Ahyeon bersama ahli-ahli Babymonster yang lain telah meraikan sambutan ulangtahun tahun pertama debut mereka di Jepun sambil masih dalam tempoh konsert jelajah dunia pertama sejak debut.[19]
Endorsmen
Pada Februari 2024, Ahyeon bersama ahli Babymonster yang lain menjadi duta untuk Pepsi di rantau Asia-Pasifik,[20][21] dan sebagai wajah jenama kosmeseutikal milik LG Household & Health Care, CNP Laboratory,[22] untuk bantu mengembangkan bilangan pembeli Generation MZ.[23] Dua bulan kemudian, Ahyeon sebagai Babymonster telah menjadi rakan global Adidas dan menjadi duta melalui koleksi sukannya, Z.N.E.[24][25] Setibanya November, Ahyeon dan ahli Babymonster mengendors kerjasama pertama Adidas bersama Moon Boot, dengan pencipta kandungan dan penulis Algeria-Perancis, Léna Mahfouf.[26]
Pada 2025, Ahyeon dan ahli-ahli Babymonster yang lain dipilih sebagai duta untuk Banila Co.,[27] dan bekerjasama dengan permainan battle royale, PUBG Mobile, untuk ulang tahun ketujuhnya.[28] Mereka juga telah bekerjasama dengan Google untuk kempen "Imagination Studio" di Jepun untuk Google Pixel.[29]
Rujukan
- ^ 热播观察站 (30 Januari 2025). "揭开郑雅贤的魅力面纱:消音下的完美高音,你以为你面对的是什么ACE?_表演_音乐_情感". m.sohu.com (dalam bahasa Cina). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2025. Dicapai pada 19 April 2025.
- ^ "BABYMONSTER Ahyeon雅賢從骨子裡辣出實力來!舞台勁裝出自「這些」品牌,私服穿搭連平底鍋手機殼也被熱搜". ELLE (dalam bahasa Cina). 2024-05-09. Dicapai pada 2025-04-10.
- ^ 廖, 怡婷 (20 Mac 2025). "BABYMONSTER演唱會將巡迴到林口體育館!跟著Ahyeon「7分鐘腹肌運動」練出馬甲線一起嗨跳〈DRIP〉". Yahoo News (dalam bahasa Cina). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2025. Dicapai pada 2025-04-19.
- ^ a b c Ji-won, Choi (2023-02-08). "YG's next big thing: Babymonster members unveiled". The Korea Herald (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-04-10.
- ^ a b "BLACKPINK's 'sister group' BABYMONSTER signals new beginning with Ahyeon's return - The Korea Times". www.koreatimes.co.kr (dalam bahasa Inggeris). 2024-04-01. Dicapai pada 2025-04-10.
- ^ a b Yang, Laelia (15 April 2024). "Who is Ahyeon Baby Monster: Biography, Personal Life, Career and Facts". KnowInsiders (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 April 2025.
- ^ KTO, Korea Tourism Organization. "A Hallyu Star's Hometown Tour in Chuncheon : VISITKOREA :: Hallyu Tourism". A Hallyu Star’s Hometown Tour in Chuncheon (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-04-10.
- ^ a b "Who is Ahyeon? Promising K-pop trainee who left BABYMONSTER, known to resemble BLACKPINK's Jennie". PINKVILLA (dalam bahasa Inggeris). 2023-11-15. Dicapai pada 2025-04-10.
- ^ Shin, Min-hee (December 30, 2022). "YG Entertainment teases a new girl group". Korea JoongAng Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada December 31, 2022. Dicapai pada December 31, 2022.
- ^ Shin, Min-hee (December 30, 2022). "YG Entertainment teases a new girl group". Korea JoongAng Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada December 31, 2022. Dicapai pada December 31, 2022.
- ^ Jeong, Hye-won (March 7, 2023). "YG Baby Monster, Debut Reality Show on the 10th "Contains the Final Member Selection Process"". SpoTV News. Diarkibkan daripada yang asal pada May 8, 2023. Dicapai pada May 8, 2023.
- ^ "YG new group BabyMonster's Ahyeon quits before Nov. 27 debut". koreajoongangdaily.joins.com (dalam bahasa Inggeris). 2023-11-15. Dicapai pada 2025-04-10.
- ^ "YG new group BabyMonster's Ahyeon quits before Nov. 27 debut". koreajoongangdaily.joins.com (dalam bahasa Inggeris). 2023-11-15. Dicapai pada 2025-04-10.
- ^ "BABYMONSTER's Ahyeon to rejoin group activities following debut absence - The Korea Times". www.koreatimes.co.kr (dalam bahasa Inggeris). 2024-01-25. Dicapai pada 2025-04-10.
- ^ Yoo, Hong (2024-01-25). "Babymonster to return as septet next month with new single". The Korea Herald (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-04-10.
- ^ Yoo, Hong (2024-03-18). "YG founder Yang Hyun-suk unveils track list of Babymonster's upcoming EP". The Korea Herald (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-04-10.
- ^ "'We always expected to debut as seven': Ahyeon triumphantly returns to BabyMonster". koreajoongangdaily.joins.com (dalam bahasa Inggeris). 2024-04-01. Dicapai pada 2025-04-10.
- ^ "방탄소년단 뷔·에스파 카리나, 유픽 '11월 이달의 픽' 1위 차지..넘사벽 인기". 브레이크뉴스 (dalam bahasa Korea). 2024-11-18. Dicapai pada 2025-04-10.
- ^ "베이비몬스터, 데뷔 첫 日 투어 오사카 공연 성료..막강한 현지 인기". 브레이크뉴스 (dalam bahasa Korea). 2025-04-05. Dicapai pada 2025-04-10.
- ^ "Pepsi names BabyMonster as new APAC ambassadors". Marketing-Interactive (dalam bahasa Inggeris). 2024-03-01. Dicapai pada 2025-04-10.
- ^ เป๊ปซี่ ปรับลุคใหญ่ในรอบ 15 ปี เปลี่ยนโลโก้ ยุค 90 ให้ทันสมัย ดึง Baby Monster เป็นพรีเซนเตอร์ [Pepsi Makes Big Changes to its Look Since 15 Years, Changing its 90s Logo to a Modern One, Bringing BabyMonster as its Presenter]. Thairath Money (dalam bahasa Thai). February 20, 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada February 20, 2024. Dicapai pada March 23, 2024.
- ^ CNP의 새로운 얼굴! 베이비몬스터 [The New Face of CNP! BabyMonster]. The Korea Times (dalam bahasa Korea). February 28, 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada February 28, 2024. Dicapai pada March 23, 2024.
- ^ Kim, Jin-hee (February 2, 2024). LG생활건강, CNP 모델로 걸그룹 베이비몬스터 발탁 [LG Household & Health Care Selects Girl Group Babymonster as CNP's Model]. News1 (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada November 12, 2024. Dicapai pada November 12, 2024.
- ^ Kim, Moon-young (September 25, 2024). 데뷔와 동시에 앰배서더? 베이비몬스터는 세상을 뒤집는 중! [Ambassador Upon Debut? Babymonster is Turning the World Upside Down!]. Cosmopolitan Korea (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada September 29, 2024. Dicapai pada September 28, 2024.
- ^ "Adidas New Z.N.E. Collection Inspires Connection Between Sports and Pop Culture". Hypebeast. September 18, 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada October 3, 2024. Dicapai pada November 12, 2024.
- ^ Delgado, Sara (November 8, 2024). "K-pop Rookies Babymonster Star in Moon Boot x adidas's Campaign". Teen Vogue. Diarkibkan daripada yang asal pada November 12, 2024. Dicapai pada November 12, 2024.
- ^ Jung, Young-won (February 11, 2025). 베이비몬스터, 바닐라코 앰버서더 발탁..색조 캠페인 [Babymonster Selected as Banila Co's Ambassador and its Hue Campaign]. Singles List (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada February 11, 2025. Dicapai pada February 10, 2025.
- ^ Xu, Davide (March 24, 2025). "PUBG Mobile teams up with K-pop group Babymonster". Esports Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada March 27, 2025. Dicapai pada March 25, 2025.
- ^ BabymonsterがGoogle Pixelとコラボ、渋谷Tsutayaで魅力を体験 [Babymonster Collaborates with Google Pixel, Experience its Charm at Shibuya Tsutaya]. Natalie. March 26, 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada March 26, 2025. Dicapai pada March 25, 2025.