
Aidil Alias Pelakon Lelaki Malaysia.
Aidil Alias | |
---|---|
Kelahiran | Aidil Alias 29 September 1982 |
Warganegara | Malaysia |
Pendidikan | Diploma Science Geomatic UiTM Shah Alam 2004 |
Pekerjaan | Pelakon, Usahawan,Penceramah |
Tahun aktif | 2009 - 2021 |
Ketinggian | 5 ft 8 in (1.73 m) |
Drama pertama di lakonkan pada tahun 2009 iaitu drama Akademik Polis 4 arahan Yusof Kelana. Pada mulanya hanya sebagai pelakon tambahan polis tidak berdialog, tetapi ditukarkan kepada watak Polis berdialog dan mendapat pujian daripada pengarah.
Bermula dari situ, beliau mula mengorak langkah didalam dunia lakonan. Tetapi disebabkan kerjaya hakiki yang padat dalam bidang Sales & Marketing dan menjadi pengedar Sah 4Life Transfer Factor, beliau hanya memilih watak-watak yang sesuai sahaja.
Beliau hanya bercakap bila perlu. Lebih banyak mendengar dan suka mempelajari, displin yang tinggi dan mudah menerima teguran.
Kerjaya berhadapan dengan pelbagai karektor manusia membuatkan beliau mudah untuk membawa pelbagai watak dan berani untuk berhadapan dengan kamera. Disebabkan itu, beliau telah diperkenalkan dan ditawarkan untuk memegang watak-watak pelakon pembantu dan pelakon utama untuk drama, drama bersiri, filem, iklan dan dokumentari.
Pelbagai watak telah dibawa termasuklah watak budak nakal, gangster, ustaz, OKU, pondan, gila, pelajar sekolah dan banyak lagi.
Mula dikenali pada 2012 apabila memegang watak utama sebagai Ustaz Rahim arahan sutradara Mior Hashim Manap dalam drama 12 episod TV AlHijrah , Warkah Cinta adaptasi dari novel nukilan Ustaz Cinta A. Ubaidillah Alias, Warkah Cinta Berbau Syurga bergandingan bersama Imam Muda Nazrul dan Nur Heliza binti Helmi. Selepas mendapat jumlah penonton tertinggi, drama patuh syariah ini menjalankan penggambaran untuk kesinambungannya bertajuk Cinta Dan Wahyu adaptasi dari novel Kala Cinta & Wahyu Bersatu berganding bersama Imam Muda Nazrul dan Amyra Rosli, 12 episod di TV Alhijrah.
Juga dikenali sebagai Ahli Farmasi untuk Iklan Panadol Optizorb pada 2018.
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Produksi | Catatan |
---|---|---|---|---|
2015 | Mama & Macha | Mr K (Pelakon Pembantu) | Dream Pix Media Sdn Bhd | Tidak Dapat Ditayangkan |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Produksi | Catatan/ Watak |
---|---|---|---|---|---|
2009 | Akademi Polis 4 (Musim 4) | Inspector Halim (watak Polis berdialog) | TV9 | Skop Production | Drama Pertama |
2012 | Warkah Cinta (Musim 1) | Rahim (Pelakon Utama) | TV Al-Hijrah | Al-Kahfi Pictures | Drama Islamik Paruh Syariah. Watak pelajar sekolah Tahfiz sehingga menjadi Ustaz |
2013 | Cinta Dan Wahyu (Musim 2) | Rahim (Pelakon Utama) | TV Al-Hijrah | ||
2014 | Ryujin Juwara | Coober (Pelakon Utama - Monster) | TV3 | Double Vision | Drama Adiwira Jepun. Watak Jahat Perosak Bumi. Sarung Costume Monster. |
Projek Memikat Suami | Brotha Noh (Pelakon Pembantu) | Astro Ria | Global Station | Watak Chinese Mualaf dari Australia | |
2015 | Syurga Nur | Ustaz Azim (Pelakon Pembantu) | TV3 Slot Akasia | JS Pictures | Watak Ustaz |
2016 | Awak Sangat Nakal | Tuan Syed Muda (Pelakon Undangan) | Astro Ria | Orangetree Production Sdn. Bhd. | Watak Peguam |
2021 | Penjara Janji | Ahcai (Pelakon Pembantu) | TV3 Slot Samarinda | JS Pictures | Watak taukey Cina tokan dadah. Punca kepada jalan cerita watak utama masuk penjara. |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Produksi | Catatan/ watak |
---|---|---|---|---|---|
2012 | Timah Lambak | Meon (Pelakon Pembantu) | Astro Prima | Nizarman (M) Sdn Bhd | Watak komedi |
2014 | Dari Pintu Neraka | Ustaz Penjara (Pelakon Pembantu) | TV3 | JS Pictures | Watak Ustaz di Penjara |
Pulangnya Tok Misai | Ustaz Rizal (Pelakon Utama) | HyppTV VOD | Viper Studio (Skop Production) | Watak Ustaz lawan saka | |
2015 | Penghuni Lama | Ustaz Azhar (Pelakon Utama) | HyppTV | Viper Studio (Skop Production) | Watak Ustaz lawan hantu |
2016 | Alim Alim Kucing | Zahar (Pelakon Pembantu) | TV1 | FIMTAB SB | Watak baik pekerja kedai |
2017 | Janji Allah | Rosli Posmen (Pelakon Utama) | TV1 | Al-Kahfi Pictures | Watak Posmen kampung yang meminati watak utama. |
TV Commercial
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Produksi | Catatan |
---|---|---|---|---|---|
2018 | Panadol Optizorb | Ahli Farmasi (Pelakon Utama) | Semua stesen TV | Medifacts | Iklan |
Dokudrama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Produksi | Catatan |
---|---|---|---|---|---|
2016 | Pengakuan - Episod Tokan | Ali (Pelakon Utama) | TVi | Lakonan Semula - Kisah Benar |
Shortfilem (Media Sosial)
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran Media | Produksi | Catatan |
---|---|---|---|---|---|
2020 | Penarik Kereta Atau Gangster | Lee (Pelakon Utama) | Facebook, Instagram, Youtube | Icon Production (PPIM) | Viral 2 hari 2 juta view |
AhLong Cari Pasal Di Tempat Awam | AhLong (Pelakon Utama) | Social Experiment | |||
Nabil Tak Nak Susahkan Ayah | Ayah (Pelakon Utama) | Watak ayah yang berhutang Ahlong | |||
Rezeki Terakhir - PERKESO | Kamal (Pelakon Utama) | Video Kesedaran PERKESO gandingan bersama Beto Kusyairy |