Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Isteri-isteri Nabi Muhammad |
---|
![]() |
|
Aisyah binti Abi Bakr ( Nama Sebenar : Aisyah binti Abdullah Bin Abi Quhafah ) (lahir 614 - meninggal dunia 678) (Ralat Lua pada baris 478 di Modul:Unicode_data: attempt to index field 'scripts' (a boolean value)., 'Ā'isyaṯ, "yang hidup") adalah isteri ketiga Nabi Muhammad. Dalam sejarah Islam, sebagaimana isteri-isteri baginda yang lain, beliau turut dikenali dengan "Ibu Orang Beriman" (Ummul Mukminin) seperti yang disebut dalam al-Quran (33:6). Beliau telah bertunang dengan Nabi Muhammad SAW ketika remaja dan mengikut tradisi Orang Arab ketika itu, perempuan yg bakal dikahwini boleh hidup berdekatan dengan bakal suaminya tanpa melihatkan diri mereka. Kaedah ini adalah untuk mereka mengenali sosok diri bakal suami mereka tanpa perlu bersemuka. Oleh itu, dengan kebijaksanaan Aisyah RA, beliau telah belajar banyak perkara daripada Nabi Muhammad SAW dengan memerhati beliau bertahun-tahun lamanya sebelum beliau berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW.
Rujuk : Soalan; Adakah benar usia Aisyah RA 6 tahun ketika dinikahi Nabi SAW, dan rumah tangganya dibina pada usianya 9 tahun? Kerana ada beberapa pihak yang menyangkal fakta ini dan mengatakan usia Aisyah RA sebenarnya sudah dewasa 16 tahun…Hujah yang diberi (berdasarkan mesej pesanan ringkas yang diterima):
Hujah Pertama – Bertentangan Dengan Fitrah Manusia
Hujah Kedua – Bertentangan Dengan Akal Yang Waras
Hujah Ketiga – Tiada Contoh Ditemui Di Negeri Arab Atau Di Negeri Panas
Hujah Keempat- Riwayat Ini Bukan Hadis Rasulullah S.A.W.
Hujah Kelima – Riwayat Ini Diriwayatkan Oleh Hisham Selepas Fikirannya Bercelaru
Hujah Keenam – Hanya Perawi Iraq Yang Menukilkan Riwayat Ini
Hujah Ketujuh – Aishah r.ha Masih Ingat Ayat Al-Quran Yang Diturunkan Di Tahun Empat Kerasulan
Hujah Kelapan – Aishah r.ha Masih Ingat Dengan Jelas Peristiwa Hijrah Abu Bakar r.a.. Ke Habshah
Hujah Kesembilan – Aishah r.ha. Mengelap Luka Dan Hingus Usamah Bin Zaid r.a.. Yang Dikatakan Sebaya Dengannya.
Hujah Kesepuluh – Ummul Mu’minin Aisyah r.ha. Turut Serta Di Dalam Peperangan Badar.
Hujah Ke-11 – Aishah r.ha. Menyertai Perang Uhud Sedangkan Kanak-Kanak Lelaki Berumur Empat Belas Tahun Tidak Dibenarkan Menyertai Perang.
Hujah Ke-12 – Aishah r.ha. Lebih Muda 10 Tahun Dari Kakaknya Asma, Da
n Semasa Peristiwa Hijrah Asma r.ha. Berumur 27 Atau 28 Tahun
Hujah Ke-13 – Ahli Sejarah At-Tabari Mengatakan Aishah r.ha. Lahir Di Zaman Jahilliyah (Sebelum Kerasulan)
Hujah Ke-14 – Aishah r.ha. Adalah Antara Orang-Orang Yang Terawal Memeluk Islam
Hujah Ke-15 – Abu Bakar r.a. Bercadang Mengahwinkan Aishah r.ha. Sebelum Berhijrah Ke Habshah
Hujah Ke-16 – Aishah r.ha. Disebut Sebagai Gadis Dan Bukan Kanak-Kanak Semasa Dicadangkan Untuk Bernikah Dengan Rasulullah SAW.
Hujah Ke-17 – Rasullulah SAW Tidak Tinggal Bersama Aishah r.ha Kerana Masalah Mendapatkan Mahar, Bukan Kerana Umur Aishah Yang Terlalu Muda
Hujah Ke-18 – Hadis Yang Mensyaratkan Mendapat Persetujuan Seorang Gadis Sebelum Dikahwinkan Memerlukan Gadis Tersebut Telah Cukup Umur.
Hujah Ke-19 – Kebolehan Luar biasa Aishah r.ha Mengingati Syair Yang Biasa Disebut Di Zaman Jahiliyah Membuktikan Beliau . Lahir Di Zaman Jahiliyah.
Hujah Ke-20 – Kemahiran Dalam Sastera, Ilmu Salasilah Dan Sejarah Sebelum Islam.
Hujah Ke-21 – Keinginan Mendapatkan Anak Dan Naluri Keibuan Tidak Mungkin Timbul Dari Kanak-Kanak Bawah Umur.
Hujah Ke-22- Aishah r.ha. Sebagai Ibu Angkat Kepada Bashar r.a. Yang Berumur Tujuh Tahun Selepas Perang Uhud.
Hujah Ke-23- Wujudkah Perkahwinan Gadis Bawah Umur Di Tanah Arab Dan Dalam Masyarakat Bertamadun?
Hujah Ke-24 – Kesepakatan (Ijmak) Umat Dalam Amalan.
Ustaz Kamilin;
🔆 JAWAPAN SAYA SECARA BORONG & RINGKAS (semestinya memerlukan perincian yang lebih teliti dan luas):
• Bagi yang mencurigai fakta ini perlu diingati bahawa Aisyah RA sendiri yang menceritakan perihal umurnya ketika berkahwin dengan Nabi SAW iaitu ketika usianya 6 tahun, kemudian membina rumah tangganya ketika usianya 9 tahun, dan wafatnya Nabi SAW ketika usianya 18 tahun…Siapa lebih arif dari empunya kisah yang tiada keraguan pada sanad dan matannya?? Bukan Aisyah RA sahaja yang membuat kenyataan ini, malah pihak lain dari kalangan sahabat lain seperti Ibn Mas’ud RA (al-Tabraniy), Khaulah bin Hakim RA (Ahmad) ada menceritakan perkara yang sama dengan Aisyah RA…
• Kenyataan Aisyah RA ini direkodkan dari sumber paling sahih nilainya iaitu Sahih al-Bukhariy dan Sahih Muslim menerusi jalan-jalan riwayat yang paling kuat selain dari banyak lagi sumber rekod hadith yang panjang untuk disenaraikan…Manakala kenyataan pihak lain pula ada direkodkan dalam sumber-sumber lain seperti Musnad Ahmad, al-Tabraniy…
• Hadith Aisyah RA tersebut diriwayatkan menerusi jalan Hisyam bin ‘Urwah, dari ayahnya, dari Aisyah RA…’Urwah bin al-Zubayr merupakan antara orang yang paling arif dengan Aisyah RA kerana beliau merupakan ahli keluarganya yang terapat iaitu anak saudaranya…Ibunya Asma’ bint Abu Bakr merupakan kakak ‘Aisyah RA…Manakala Hisyam bin ‘Urwah pula merupakan orang yang paling arif dengan hadith bapanya sehinggakan hadith tersebut disebutkan oleh al-Humaydiy dalam Musnadnya sebagai riwayatnya yang paling baik dari ayahnya dari Aisyah RA…
• Dakwaan kononnya salah seorang periwayat hadith Aisyah RA tersebut iaitu Hisyam bin ‘Urwah berseorangan (tafarrud) dalam meriwayatkannya dari ayahnya ‘Urwah bin al-Zubayr , dan tidak diriwayatkan darinya melainkan perawi-perawi 'Iraq yang pada riwayat mereka kritikan adalah tidak benar, malah ramai lagi perawi-perawi berkredibiliti tinggi termasuk dari kalangan ahli Madinah yang meriwayatkannya dari ‘Urwah selain dari Hisyam seperti: al-Zuhriy, begitu juga riwayat ‘Urwah bin al-Zubayr disokong oleh ramai perawi-perawi lain seperti: al-Qasim bin ‘Abd al-Rahman, al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakr, al-Aswad bi Yazid, dan lain-lain...
• Antara hujah yang digunakan mereka yang mengesyaki hadith ini ialah dakwaan Ibn al-Qattan al-Fasiy yang mengatakan Hisyam bin ‘Urwah berubah serta bercelaru ingatannya pada akhir usianya (mukhtalit)… Dakwaan ini telah disangkal oleh al-Dzahabiy melalui katanya dalam al-Mizan: “Hisyam bin’ Urwah merupakan salah seorang cendekiawan dan imam yang menjadi hujah, akan tetapi pada usia tuanya ingatannya berkurangan, namun tidak pernah ingatannya bercelaru. Tiada nilainya kata Abu al-Hasan bin al-Qattan (al-Fasiy) bahawa beliau dan Suhayl bin Abi Salih berubah dan bercelaru ingatannya. Ya, ingatan lelaki tersebut (Hisyam) memang ada sedikit perubahan, bukan seperti usia mudanya, lalu dia terlupa sedikit hafalannya atau melakukan sedikit kesilapan. So what?? Adakah beliau maksum dari sikap lupa manusia?? Ketika beliau datang ke ‘Iraq pada akhir hayatnya beliau meriwayatkan hadith yang banyak dengan kesilapan kecil sahaja, hal sebegitu berlaku juga kepada Malik (bin Anas), Syu’bah (bin al-Hajjaj), Waki’ (bin al-Jarrah), dan lain-lain dari kalangan yang sangat dipercayai (thiqat)…Hisyam adalah syeikh al-Islam…”.
• Hadith tersebut tidak pernah diingkari oleh para ilmuwan terdahulu, bahkan ilmuwan-ilmuwan hadith yang kepakarannya dalam ilmu ‘Ilal al-Hadith (kecacatan hadith) sendiri termasuk al-Darqutniy yang mengarang karya al-Tatabbu’ dalam mengkritik beberapa hadith Sahihayn pun tidak mengkritik riwayat ini, hinggalah akhir-akhir ini yang timbul mereka yang curiga dengan niat untuk menjatuhkan kredibiliti sumber tertinggi dalam Islam, atau berasa tertekan dengan tohman-tohmahan musuh-musuh Islam sehingga berusaha menegakkan benang yang basah dengan mencabul dua kitab paling sahih selepas al-Qur’an, atau cuba menimpulkan prasangka terhadap Aisyah RA bahawa seolah-olah beliau tidak ingat dengan tarikh perkahwinan dirinya sendiri!
• Anak saudara Aisyah RA: ‘Urwah bin al-Zubay
r perawi hadith ini sendiri yang mendengar langsung darinya tidak pula mengingkari kenyataan makciknya Aisyah RA, bahkan tidak pula dari kalangan isteri-isteri baginda lain atau para sahabat lain dan generasi seterusnya yang menyangkal kenyataan Aisyah RA tersebut!
• Ada yang cuba mengatakan kisah ini bukan hadith Nabi SAW…Tidakkah mereka sedar yang ianya diriwayatkan oleh Aisyah RA sendiri mengenai kehidupan suaminya Muhammad SAW yang disandarkan secara langsung terhadap baginda SAW menerusi sumber-sumber rekod hadith yang sahih, dan baginda SAW pula tidak dinukilkan mengingkari fakta isterinya ini??…Maka hukumnya tentulah marfu’! Apakah ini bukan hadith??
• Ada juga yang menimbulkan faktor umur Aisyah RA dan perbezaan umurnya dengan kakanya Asma’ sebagai bukti Aisyah sudah besar ketika bernikah dengan Nabi SAW… Aisyah RA lahir 4 atau 5 tahun selepas kenabian sebagaimana yang disebut oleh Ibn Hajar dalam karya biografi sahabat yang paling baik iaitu al-Isabah…Manakala kakaknya Asma’ RA sebagaimana yang disebutkan oleh Abu Nu’aym dalam Mu’jam al-Sahabah dilahirkan 10 tahun sebelum kenabian… Riwayat-riwayat yang mengatakan perbezaan umur mereka berdua ialah 10 tahun tidak lepas dari kritikan yang menjejaskan keabsahannya…Kerana ia datang dari jalan ‘Abd al-Rahman bin Abi al-Zinad yang dinilai lemah oleh ramai para pengkritik hadith sehingga Ahmad menilai hadithnya sebagai bercanggah (mudhtarib al-hadith)…Beliau bersendirian dalam meriwayatkan kisah ini, bahkan beliau bukan dari kalangan mereka yang mendengar langsung dari Aisyah RA, maka sanadnya terputus…Riwayat-riwayat hadith Aisyah RA tentang umurnya bercanggah dengan riwayat Ibn Abi al-Zinad ini yang mana dari segi kuantitinya tertolak riwayat perseorangan beliau…Dalam riwayat Ibn ‘Abd al-Bar beliau menambah perkataan: “lebih kurang” selepas menyebut perbezaan 10 tahun yang menunjukkan beliau tidak pasti akan perbezaan umur sebenar mereka…Andainya riwayat tersebut benar sekalipun, barangkali berdasarkan perselisihan terhadap isu tempoh Nabi SAW menetap di Makkah sebelum berhijrah ke Madinah…
al-Dzhahabiy dalam Siyar mengatakan perbezaan umur mereka berdua dalam belasan tahun (bidh’ dalam bahasa arab menunjukkan bilangan 3-10)…Justeru perbezaan umur mereka berdasarkan riwayat Abu Nu’aym dan Ibn Hajar sekitar 14 atau 15 tahun yang menjadi penanda aras bahawa sememangnya umur Aisyah RA sebelum berhijrah iaitu ketika dinikahi Nabi SAW ialah 6 tahun…Dan umur Aisyah tatkala berhijrah dan seterusnya hidup berumah tangga dengan nabi SAW pada tahun ke-2 hijrah ialah 8 atau 9 tahun…
Fakta ini bertepatan dengan kenyataan Aisyah RA sendiri seperti yang direkodkan oleh al-Bukhari dan Muslim, dan bertepatan dengan fakta bahawa usianya mencecah 18 tahun tatkala kewafatan baginda SAW yang berlaku sekitar 10 tahun selepas mereka berumah tangga…
Begitu juga bertepatan dengan fakta yang menyebut bahawa Aisyah RA wafat ketika berumur 63 tahun iaitu pada tahun 57 hijrah…Maka umurnya sebelum berhijrah ke Madinah sekitar 6 tahun…
• Ada juga yang mengatakan bahawa Aisyah RA merupakan antara yang terawal memeluk Islam sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn Kathir dalam al-Bidayah Wa al-Nihayah…Namun tiada teks seumpama ini yang saya jumpai pada kitab beliau…Yang wujud hanya nama Khadijah RA yang merupakan wanita terawal memeluk Islam…
• Antara bukti “kekanakan” Aisyah RA ketika perkahwinannya sebagaimana yang direkodkan oleh Abu Dawud tatkala di akhir-akhir usia baginda SAW iaitu selepas pulang dari peperangan Tabuk yang berlaku pada tahun ke-9 atau peperangan Khaybar yang berlaku pada tahun ke-7 hijrah baginda SAW mendapati Aisyah RA sedang bermain-main bersama anak-anak patungnya dengan mainan kuda bersayap, lalu mereka bergurau senda hingga Nabi SAW tertawa…Kisah ini bertepatan dengan usia remaja Aisyah ketika itu yang menjangkau belasan tahun (sekitar 14 atau 16 tahun) iaitu beberapa tahun sebelum kewafatan Nabi SAW…
Bahkan menurut riwayat Aisyah RA dalam al-Bukhariy dan Muslim sendiri ketika menceritakan perihal permulaan rumah tangganya dengan Nabi SAW bahawa Um al-Ruman datang pada
nya ketika beliau berusia 9 tahun sedang bermain-main di buaian…Masakan seorang yang berumur lebih 20an atau hampir usia tersebut pada zaman tersebut masih gemar bermain-main dengan anak-anak patung atau buaian??
• Isu umur Aisyah RA ini hakikatnya langsung tidak bertentangan dengan fitrah mahupun akal yang waras! Bukan suatu yang pelik Nabi SAW berumah tangga dengan Aisyah RA ketika usianya 9 tahun kerana umur wanita yang baligh berbeza antara satu dan lain, antara satu kawasan dengan kawasan yang lain…Dikatakan di lokasi-lokasi yang panas para wanitanya cepat baligh berbeza dengan perempuan yang hidup di lokasi sejuk yang melambatkan proses balighnya…
Makkah negeri kelahiran Aisyah RA merupakan kawasan yang panas…Begitu juga Madinah yang setengah dari satu tahun bercuaca panas…
Kata Aisyah RA sebagaimana yang direkodkan oleh al-Tirmidziy: “Jika seorang perempuan itu telah mencecah usia sembilan maka dia adalah wanita dewasa”…Tidak dinafikan konteks kata-kata Aisyah RA tersebut dibuat berdasarkan persekitarannya yang mana kaum perempuannya cepat mencapai usia baligh…Maka umur 9 tahun yang sudah baligh ketika itu dianggap sebagai dewasa!
Begitu juga dengan kata-kata imam al-Syafi’iy dalam Siyar al-Dzahabiy dan Sunan al-Bayhaqiy yang mendapati ramai wanita-wanita di Yaman yang telah haid (baligh) ketika usia mereka sembilan...Pada halaman lain dalam Sunan al-Bayhaqiy kata al-Syafi’iy lagi: “Aku pernah melihat di negeri San’a’ (Yaman) nenek yang berusia 21 tahun…!”…Negara Yaman tidak terlalu jauh lokasinya dengan Madinah atau Makkah yang berada di kepulauan Arab yang sama…
• Antara bukti perkahwinan Nabi SAW dengan Aisyah RA pada usia yang sangat muda bukan sesuatu yang ganjil pada masyarakat Arab pada zaman tersebut, tidak pernah kedengaran musuh-musuh baginda dari kalangan musyrikin atau kaum Yahudi dan lain-lain disebalik pelbagai tohmahan dan tuduhan terhadap baginda SAW seperti “penyihir”, “pendusta” dan seumpamanya, mengkritik perkahwinan baginda SAW dengan Aisyah RA…Ia merupakan bukti tradisi masyarakat di sana pada zaman tersebut untuk mengkahwini kaum perempuan tatkala mereka sudah mencecah usia baligh walaupun muda, selain beberapa athar yang menunjukkan bahawa sebahagian para sahabat Nabi SAW seperti yang diriwayatkan dari 'Umar RA,'Aliy RA, al-Zubayr RA yang menunjukkan berlakunya perkahwinan pada zaman tersebut pada usia yang sangat muda...Direkodkan oleh: 'Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf, Sa'id bin Mansur dalam Sunannya, Ibn Sa'd dalam al-Tabaqat dan lain-lain…
• Barangkali ada yang mengatakan kecerdasan yang ditunjukkan Aisyah RA dan ingatannya yang luar biasa ketika itu menunjukkan beliau bukan sangat muda saat bernikah…Ini bukan suatu yang boleh dijadikan hujah…Antara hikmah Nabi memilih Aisyah RA sebagaimana yang disebutkan oleh beberapa ilmuwan ialah kebijaksanaan luar biasa yang ditunjukkan Aisyah RA walaupun ketika masih kecil usianya…Hasilnya beliau menjadi antara sahabat yang paling banyak hadithnya dan paling faqih dalam urusan agama sehingga menjadi rujukan ramai para sahabat..!
• Barangkali ada juga yang aneh dengan riwayat-riwayat dari Aisyah RA yang mengisahkan peristiwa-peristiwa yang mana ketika itu beliau masih sangat kecil...Ini bukan sesuatu yang ganjil di kalangan sahabat kerana mereka saling meriwayatkan antara satu sama lain...Dalam suatu kisah yang diriwayatkan oleh al-Bukhariy: 'Umar bin al-Khattab RA saling bergilir hari dengan jirannya dari kalangan al-Ansar untuk mendampingi majlis Nabi SAW mendengar hadith-hadith baginda (disebabkan faktor pekerjaan dan urusan kehidupan harian)...Hari yang giliran 'Umar turun beliau akan memberitahu pada jirannya apa yang didengarinya pada hari tersebut dari Nabi SAW, begitu jualah yang dilakukan oleh jirannya kepada 'Umar RA...
• Apapun segala hujah, persoalan, kecurigaan, syubhat dan seumpamanya tidak boleh dibanding dengan nilai kenyataan tuan punya kisah sendiri: Aisyah RA yang tiada kecurigaan dan syak berkenaan keabsahannya!
Wallahu a'lam...
وما توفيقي إلا بالله...
#QAUstazKamilin. )
Aisyah telah memainkan peranan penting dalam sejarah awal Islam, ketika Nabi Muhammad hidup dan selepas Nabi Muhammad telah wafat. Beliau juga dianggap oleh orang ramai sebagai isteri kesayangan baginda, beliau juga dianggap sebagai seorang tokoh yang aktif dalam pelbagai acara dan seorang saksi yang penting untuk banyak peristiwa Islam yang awal. Aisyah menyumbang kepada pertumbuhan, pembangunan, dan kefahaman Islam. Beliau memaikan peranan dalam penyampaian riwayat, kisah hidup dan amalan serta doa yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad.
Selepas kewafatan Nabi Muhammad, Aisyah telah sedia terlibat dalam meneruskan mesej baginda. Beliau hidup semasa pemerintahan sekurang-kurangnya empat khalifah pertama. Bapanya menjadi khalifah pertama untuk menggantikan pentadbiran Nabi Muhammad. Khalifah kedua, Umar, kemudian menggantikan Abu Bakar sebagai Khalifah Islam. Selepas kematian Khalifah kedua, Uthman, Aisyah membalas dendam kematiannya dalam peperangan unta. Beliau terlibat dalam pertempuran dengan memberi ucapan, dan menunggang unta beliau di dalamnya.
Perkahwinan
Aisyah ialah satu-satunya isteri Nabi Muhammad yang dikahwini baginda dengan status anak dara atau gadis. Upacara pernikahan itu dilakukan oleh ayahanda Aisyah sendiri, Abu Bakar, dengan mas kahwin sebanyak 400 dirham.
Usia Ketika Perkahwinan
Terdapat perselisihan tentang umur sebenar Aisyah ketika menikahi Muhammad. Ada pandangan yang menyebutkan bahawa umur Aisyah ketika menjadi isteri Rasulullah ialah sekurang-kurangnya 14 tahun dan bukan 6 tahun.
Imam Bukhari menyatakan bahawa umur Aisyah sewaktu perang Uhud Peperangan Uhud berlaku pada 15 Shawal, tahun 3 Hijrah bersamaan bulan Mac tahun 625 Masihi. Imam Bukhari menyatakan di dalam kitabnya:
Diriwayatkan oleh Anas: Pada hari perang Uhud, aku melihat Siti Aisyah (ra) dan Ummu Sulaim, mereka menyinsing kain untuk memudahkan mereka bergerak. Rasulullah Ralat Lua pada baris 478 di Modul:Unicode_data: attempt to index field 'scripts' (a boolean value). mengenakan syarat yang ketat bagi mereka yang hendak mengikut peperangan Badar, Uhud dan Khandaq. Mereka mesti berumur 15 tahun ke atas. Sesiapa yang berumur bawah dari 15 tahun, tidak dibenarkan mengikuti peperangan Badar, Uhud dan Khandaq.[1]
Walau bagaimanapun, diriwayatkan oleh Bukhari lagi didalam kitabnya:
Ibnu Umar (r.a.) mengatakan bahawa Rasulullah Ralat Lua pada baris 478 di Modul:Unicode_data: attempt to index field 'scripts' (a boolean value). tidak membenarkan saya untuk mengikuti peperangan Uhud kerana ketika itu umur saya 14 tahun. Tetapi di waktu peperangan Khandaq, Rasulullah membenarkan saya ikut berperang sebab umur saya sudah 15 tahun.[2]
Mengikut sejarah, Aisyah ikut serta dalam peperangan Badar dan Uhud. Ini bermakna umur beliau adalah 15 tahun ke atas pada waktu itu. Berdasarkan riwayat dari Imam Bukhari ini jelas menunjukkan;
- Aisyah mengikuti peperangan Uhud dan umur beliau sudah menjangkau 15 tahun pada waktu itu.
- Jika umur Aisyah pada 625 Masihi (3 Hijrah) ialah 15 tahun maka Siti Aisyah dilahirkan pada 610.
- Aisyah kahwin dengan Nabi Muhammad pada tahun 623 bersamaan 1 Hijrah bermakna umur beliau adalah 14 tahun
Seterusnya, para ulama membandingkan usia Aisyah dengan kakaknya, Asma binti Abu Bakar. Menurut Ibu Hajar Al-Asqalani, Asma hidup sehinga 100 tahun dan wafat pada tahun ke-73 atau 74 Hijrah.[3] Ibnu Kathir pula mengatakan didalam kitabnya bahawa Asma wafat dalam tahun 73 Hijrah ketika berusia 100 tahun sedangkan usia Asma pula adalah 10 tahun lebih tua daripada Aisyah.[4]
Oleh itu, mengikut pengiraan pendapat ini pula, jika pernikahan berlaku pada tahun pertama Hijrah, Siti Aisyah berkahwin dengan Nabi Muhammad pada umur 18 tahun.
Walau bagaimanapun, kebanyakan ulama mengambil Hadith berikut yang menunjukkan pernikahan Aisyah berlaku lebih awal sebelum itu lagi.
Aisyah (semoga Allah memberkatinya) melaporkan bahawa Rasulullah menikahinya ketika ia berusia tujuh tahun, dan baginda (Muhammad) membawanya ke rumahnya sebagai pengantin ketika ia berusia sembilan tahun, dan anak patungnya dibawanya, dan ketika ia (Muhammad) wafat, beliau (Aishah) berusia lapan belas tahun.[5]
— Hadis Sahih Muslim
Diriwayatkan oleh Aisyah: Rasul mengahwiniku apabila saya berumur enam tahun. Kami pergi ke Madinah dan menetap dirumah Harith Kharzraj. Lalu saya jatuh sakit dan rambut keguguran. Kemudian rambut saya tumbuh (kembali) dan ibuku, Ummu Rumman, datang kepadaku ketika saya sedang bermain ayunan bersama rakan perempuanku. Beliau memanggilku, dan saya mahu kepadanya, tidak mengetahui apa yang dia mahu buat pada saya. Beliau menangkap saya dengan tangannya dan membuat saya berdiri di hadapan pintu rumah. Saya menjadi sesak nafas, dan apabila pernafasan saya menjadi baik, beliau mengambil air dan menyapu pada wajah dan kepala saya dengannya (air). Lalu membawa saya masuk ke dalam rumah. Dalam rumah saya melihat beberapa wanita Ansar dan berkata, "Harapan terbaik dan Allah memberkati dan selamat berjaya." Lalu dia (ibu) mempertanggungjawabkan saya kepada mereka dan menyiapkanku (untuk perkahwinan). Tidak dijangka Rasulullah datang kepadaku pada petangnya dan ibuku membawaku kepadanya (baginda Rasul), dan pada masa itu saya perempuan berumur sembilan tahun.[6]
— Hadis Sahih Bukhari
Dinyatakan 'Aisyah: "Aku biasa bermain dengan boneka-boneka (anak patung) di depan Nabi, dan kawan-kawan perempuanku juga biasa bermain bersamaku. Jika Rasulullah biasanya masuk ke dalam (tempat tinggalku) mereka lalu bersembunyi, tapi Nabi lalu memanggil mereka untuk bergabung dan bermain bersamaku.[7]
— Hadis Sahih Bukhari
Periwayatan Hadith
Aisyah adalah isteri Nabi Muhammad yang banyak terlibat dalam periwayatan Hadith. Beliau menjadi sumber rujukan dengan dikatakan meriwayatkan 2210 hadith dan daripada jumlah ini 316 disebut dalam kedua-dua Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.
Rujukan
- ^ Kitabu'l-jihad wa'l-siyar, Arabic, Bab Ghazwi'l-nisa' wa qitalihinna ma`a'lrijal
- ^ Kitabu'l-maghazi, Bab ghazwati'l-khandaq wa hiya'l-ahza'b
- ^ Taqribu'l-tehzib, Ibn Hajar Al-Asqalani, Pg 654.
- ^ Al-Bidayah wa'l-nihayah, Ibn Kathir, Vol 8, Pg 372
- ^ Hadis Sahih Muslim Buku 008, Nombor 3327
- ^ Hadis Sahih Bukhari Jilid 5, Buku 58, Nombor 234
- ^ Hadis Sahih Bukhari Jilid 8, Buku 73, Nombor 151