Al Ghazali | |
---|---|
Kelahiran | Ahmad Al Ghazali Köhler 1 September 1997 Jakarta, Indonesia |
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 2007—kini |
Parti politik | Gerindra (2023—kini) |
Ibu | Maia Estianty |
Bapa | Ahmad Dhani |
Keluarga |
|
Tandatangan | |
![]() |
Ahmad Al Ghazali Köhler, lebih dikenali sebagai Al Ghazali (lahir di Jakarta, 1 September 1997; umur 27 tahun), merupakan seorang pelakon, DJ dan penyanyi Indonesia keturunan Jerman dan Belanda, Arab, Sunda, Jawa.
Kerjaya
Al memulakan kerjayanya dengan membintangi klip video kumpulan muzik bapanya, The Rock, berjudul "Munajat Cinta" dan "Kamu-kamulah Surgaku". Kedua-duanya dikeluarkan pada tahun 2007.
Bersama dua adik lelakinya, Al membentuk kumpulan muzik Lucky Laki pada tahun 2009.[1] Kumpulan yang dibimbing bapa itu pada mulanya hanya mempunyai tiga ahli, tetapi kemudian ditambah dua lagi ahli. Pada awal kemunculan mereka, Al dan Lucky Laki berjaya meningkat kemasyhuran menerusi single bertajuk "Superman". Single ini dimuatkan dalam album pertama mereka, New Beginning 09.
Al memulakan kerjaya lakonannya pada 2010 dengan membintangi filem skrin besar berjudul Laskar Cilik.
Kehidupan peribadi
Pada 2023, Al dan adiknya, El, memutuskan untuk menyertai Parti Gerindra dan menyatakan sokongan mereka kepada Prabowo Subianto untuk bertanding dalam Pilihan raya umum presiden Indonesia 2024. Beliau juga menyatakan bahawa beliau telah menyokong Prabowo sejak 2014.[2]
Diskografi
Single
- "Kurayu Bidadari" (2014)
- "Cinta Datang dan Pergi" (2015) — bersama Nadira Adnan
- "Lagu Galau" (2015)
- "Amnesia" (2016)
- "Bilang Dulu Pacarmu" (2017)
- "Indonesia Indah" (2019)
- "Kesayanganku" (2020) — bersama Chelsea Shania
- "Aku Bukan Bucin" (2020)
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2010 | Laskar Cilik | Al | Karya sulung |
2014 | Runaway | Musa | |
2015 | LDR | Paul | |
Where is My Romeo? | |||
2018 | 13: The Haunted | Rama | |
2019 | Kembalinya Anak Iblis | ||
2020 | Dignitate | Genta Denalfian | |
Aku Tahu Kapan Kamu Mati | Brama | ||
2021 | The Secret 2: Mystery of Villa 666 | Al | |
2022 | Mengejar Surga | Iqbal |
Siri web
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2021 | Little Mom | Keenan Ganendra | |
2022 | Virgin Mom | Dafa Aditya | |
2023 | Virgin Mom 2 | ||
2024 | Cinta Pertama Ayah | Stefan Indrawan | |
2025 | Scandal 3: The Final & Sexiest | Max |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2014 | Silet Awards 2014 | Idola Baru TerSilet | Menang | |
2016 | Pop Awards 2016 | Male Pop Awards | Tercalon | |
Style Pop Awards | ||||
Sosial Media 2016 | Selebgram Male | |||
Song of The Year | ||||
Bright Awards Indonesia 2016 | Bintang Iklan Pria | Menang | ||
2017 | Infotainment Awards 2017 | Selebriti Pria Paling Memikat | Tercalon |
Rujukan
- ^ "Menyimak Kembali Masa Kecil Tiga Cowok Ganteng Lucky Laki". KapanLagi. 15 Februari 2014. Dicapai pada 29 Mei 2025.
- ^ Anggrainy, Firda Cynthia. "Al Ghazali Dukung Prabowo Capres: Beliau Tokoh Paling Ikhlas Kepada Rakyat". detiknews (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 29 Mei 2025.