![]() | |||
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Alex Meret | ||
Tarikh lahir | 22 Mac 1997 | ||
Tempat lahir | Udine, Itali[1] | ||
Ketinggian | 1.93 m (6 ka 4 in)[2] | ||
Posisi permainan | Penjaga gol | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Napoli | ||
Nombor | 1 | ||
Kerjaya remaja | |||
2007–2012 | Donatello Calcio[3] | ||
2012–2015 | Udinese | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2015–2018 | Udinese | 0 | (0) |
2016–2018 | → SPAL (pinjam) | 43 | (0) |
2018– | Napoli | 58 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2012–2013 | Itali B16 | 4 | (0) |
2013–2014 | Itali B17 | 13 | (0) |
2014 | Itali B18 | 2 | (0) |
2014–2016 | Itali B19 | 19 | (0) |
2018– | Itali B21 | 5 | (0) |
2019– | Itali | 2 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20:19, 23 Mei 2021 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 28 Mei 2021 |
Alex Meret (sebutan bahasa Itali: [ˈaleks meˈret]; lahir 22 Mac 1997) merupakan seorang pemain bola sepak Itali yang beraksi di posisi penjaga gol untuk kelab Itali, Napoli dan pasukan kebangsaan Itali.
Meret telah memulakan kariernya pada usia yang muda bersama kelab amatur Donatello Calcio sebelum berpindah ke akademi Udinese pada tahun 2012. Beliau akhirnya diberi peluang melakukan penampilan sulung untuk pasukan senior pada tahun 2015. Beliau seterusnya dipinjam ke SPAL dan membantu pasukannya merangkul kejuaraan Serie B pada tahun 2017. Beliau kemudiannya berpindah ke Napoli pada tahun 2018.
Meret telah mewakili pasukan kebangsaan Itali sejak dari peringkat bawah-16 tahun. Beliau turut mewakili pasukan tanah airnya di peringkat bawah-17, bawah-18, bawah-19 dan bawah-21. Bahkan, beliau turut pernah dipanggil oleh pasukan senior Itali untuk menghadapi beberapa perlawanan antarabangsa.
Kerjaya kelab
Seorang ubi daripada akademi Udinese, Meret telah ditawarkan ke pasukan senior dengan menjadi penjaga gol kedua pasukan di belakang Orestis Karnezis semasa musim 2015–16. Beliau telah melakukan penampilan sulungnya pada 2 Disember 2015 dalam perlawanan Coppa Italia menentang Atalanta.[4]
Pada Julai 2016, Meret telah berpindah ke kelab Serie B, SPAL secara pinjaman.[5] Beliau seterusnya kembali semula ke SPAL untuk tempoh pinjaman kali kedua bagi menghadapi musim 2017–18.[6]
Napoli
Pada 5 Julai 2018, Meret berpindah ke Napoli dan menandatangani kontrak bersama kelab itu sehingga 30 Jun 2023. Rundingan perpindahan yang telah disetujui oleh Udinese dilaporkan bernilai €35 juta.[7][8] Beliau melakukan penampilan sulungnya dalam perlawanan Eropah pada 14 Februari 2019 ketika perlawanan pertama pusingan ke-32 Liga Europa menentang FC Zürich.[9]
Kerjaya antarabangsa
Meret merupakan tonggak utama bagi pasukan bawah-19 Itali yang menjadi naib juara dalam Kejohanan Eropah Bawah-19 2016. Beliau telah diletakkan ke dalam Pasukan Terbaik Kejohanan.[10][11] Pada Mac 2017, selepas mempamerkan aksi yang cemerlang bersama SPAL di Serie B, beliau telah dipanggil oleh pasukan kebangsaan Itali untuk menghadapi kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Albania dan perlawanan persahabatan menentang Belanda.[12] Pada 22 Mac 2018, beliau telah melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 Itali menentang Norway dalam satu perlawanan persahabatan.[13] Beliau telah mewakili pasukan itu ke Kejohanan Eropah Bawah-21 2019[14] sebagai penjaga gol Itali yang utama.
Pada Jun 2021, beliau telah dimasukkan ke dalam skuad Itali untuk UEFA Euro 2020.[15]
Statistik kerjaya
Kelab
Kelab | Musim | Liga | Piala | Eropah | Jumlah | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
![]() |
2015–16 | 0 | 0 | 2 | 0 | — | 2 | 0 | |
![]() |
2016–17 | 30 | 0 | 2 | 0 | — | 32 | 0 | |
2017–18 | 13 | 0 | 0 | 0 | 13 | 0 | |||
Jumlah | 43 | 0 | 2 | 0 | — | 45 | 0 | ||
![]() |
2018–19 | 14 | 0 | 1 | 0 | 6 | 0 | 21 | 0 |
2019–20 | 3 | 0 | 0 | 0 | 1 | 0 | 4 | 0 | |
Jumlah | 17 | 0 | 1 | 0 | 7 | 0 | 25 | 0 | |
Jumlah kerjaya | 60 | 0 | 5 | 0 | 7 | 0 | 72 | 0 |
Pencapaian
Kelab
- S.P.A.L
Individu
- Penjaga Gol Terbaik Primavera Girone B: 2014–15
- Penjaga Gol Terbaik Serie B: 2016–17
- Pasukan Terbaik Kejohanan Eropah Bawah-19: 2016
Catatan
- ^ "La Juventus segue da vicino Alex Meret: sarà lui l'erede di Buffon?" (dalam bahasa Italian). Eurosport. Dicapai pada 10 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "player summary:alex meret" (dalam bahasa English). Worldfootball. Dicapai pada 10 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Alex Meret(In Italian)". calcionapoli24. Dicapai pada 6 March 2017.
- ^ "Udinese vs. Atalanta - 2 December 2015 - Soccerway". soccerway.com. Dicapai pada 2015-06-01.
- ^ "Spal, è fatta con il portiere Meret. Confermato il jolly Spighi". Il Resto del Carlino (dalam bahasa Itali). 2016-07-06. Dicapai pada 2025-04-19.
- ^ "Calciomercato SPAL, ufficiale il ritorno di Meret: in prestito dall'Udinese | Goal.com Italia". www.goal.com (dalam bahasa Itali). 2017-08-01. Dicapai pada 2025-04-19.
- ^ "Napoli sign Fabian Ruiz from Real Betis and Alex Meret from Udinese". ESPN.com (dalam bahasa Inggeris). 2018-07-05. Dicapai pada 2025-04-19.
- ^ "Meret arrives for Napoli". Football Italia. Dicapai pada 5 July 2018.
- ^ "EL: Napoli dominate in Zurich | Football Italia". www.football-italia.net. Dicapai pada 2025-04-19.
- ^ "France cruise past Italy to win European Under-19 final". ESPN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-04-19.
- ^ "The UEFA technical team Team of the Tournament". UEFA.com. Dicapai pada 29 June 2018.
- ^ "Italy: New faces for Albania and Holland". Football Italia. 18 March 2017. Dicapai pada 29 June 2018.
- ^ Piksel.com. "Nohu". FIGC - Federazione Italiana Giuoco Calcio (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-04-19.
- ^ FIGC (2019-06-06). "Parte l'avventura europea: Di Biagio ufficializza la lista dei 23 Azzurrini". Federazione Italiana Giuoco Calcio (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-04-19.
- ^ "Mancini names uncapped striker Raspadori in final Italy Euro 2020 squad". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-04-19.
- ^ "Alex Meret » Club matches". worldfootball.net. Dicapai pada 29 June 2018.
- ^ "A. Meret". Soccerway. Dicapai pada 15 February 2019.
- ^ "SPAL promoted to Serie A". Football Italia (dalam bahasa Inggeris). 13 May 2017. Dicapai pada 25 March 2018.
Pautan luar
- Lega Serie A Profile(Itali)
- FIGC Profile (Itali)