Alexander McDonnell (1798–1835), kadangkala dieja MacDonnell,[a] ialah seorang ahli catur Ireland yang bertanding dalam enam siri perlawanan dengan pemain catur dunia dari Perancis Louis-Charles Mahé de La Bourdonnais, mengalahkannya dalam 2 dari 6 perlawanan pada tahun 1834.[1]
Kerjaya dan awal mula mengenal catur
Alexander McDonnell lahir dari keluarga kaya di Belfast pada 1798. Ketika itu Ireland telah dikuasai England. Ayahnya ialah seorang ahli bedah, berbeza dari sang ayah, dia memilih untuk menjadi pedagang dan bekerja di Kepulauan Karibia. Di tempat ini dia dikenalkan pada catur dan dengan cepat dapat mendominasi permainan teman-temannya.
Pada 1823, dia kembali ke London dan berguru pada William Lewis, seorang ahli catur England. Hanya dalam beberapa bulan, McDonnel telah mengingat dan mempelajari semua gerakan dan gaya permainan dari gurunya. McDonnel kemudian menantang Lewis, tetapi dia menolaknya.
Sekitar 1825–1826, Captain Evans dari Inggeris menantangnya bermain dalam perlawanan terkenal sebelum McDonnel kembali ke Karibia. Pada perlawanan itu McDonnell dikalahkan dengan langkah yang diberi nama Evans Gambit (1.e4 e5 2.Nf3 Nc6 3.Bc4 Bc5 4.b4).
Kejohanan 1834
Louis-Charles Mahé de La Bourdonnais, seorang bangsawan Perancis sebelumnya telah mempermalukan William Lewis dan ahli catur lainnya dari England. Dia mentakrifkan dirinya sebagai pemain catur terbaik di dunia. Pada bulan Jun hingga Oktober 1834, McDonnel menghadapi La Bourdonnais dalam enam perlawanan besar. Delapan puluh lima pusingan di Westminster Chess Club, London.
Pada permainan pertama di perlawanan ketiga, McDonnell membuat variasi dari King's Gambit (1.e4 e5 2.f4 exf4 3.Nf3 g5 4.Bc4 g4 5.Nc3) yang dinamakan McDonnell Gambit. Kejohanan berakhir dengan seri kerana McDonnel yang tiba-tiba jatuh sakit semasa permainan awal round kelima.
Kematian
McDonnell telah lama menderita penyakit ginjal. Pada 15 September 1835, dia maut di London sementara La Bourdonnais menunggunya sehat kembali untuk meneruskan kejohanan. Pada 1840, La Bourdonnais maut di London meninggalkan banyak hutang. George Walker, seorang pemain catur menguburnya di dekat makam McDonnel di Kensal Green Cemetery.
Nota
- ^ The spelling M'Donnell, found in some old sources, is in fact a typographic variant of McDonnell.
Rujukan
- ^ Bazzle (ChrisBazzle), Chris (2022-12-29). "Alexander McDonnell vs Louis-Charles Mahé de La Bourdonnais, 1834: Masterpiece from the Maestro". Chess.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-06-17.