"Allah Selamatkan Kamu" | |
---|---|
Lagu | |
daripada album Rasa Sayang Eh | |
Dilancarkan | 1974 |
Panjang | 1:08 |
Penulis | P. Ramlee |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
"Allah Selamatkan Kamu" ialah lagu nyanyian bersama yang digubah oleh Tan Sri P. Ramlee pada 1962. Ia kemudian dirangkumkan dalam album Rasa Sayang Eh yang telah dilancarkan oleh Kassim Masdor pada 1974.
Lagu ini julung kali digunakan dalam filem Nasib Si Labu Labi pada 1963. Ia dinyanyikan sebanyak beberapa kali sebagai nyanyian untuk Haji Bakhil, para hadirin dan anak-anak yatim. Lagu ini digunakan sekali lagi dalam filem Tiga Abdul pada 1964 sebagai nyanyian sempena ulang tahunnya Ismet Ulam Raja.[1]
Sebagai lagu rakyat
[sunting | sunting sumber]Lagu ini digunakan sebagai lagu ulang tahun dan biasa dinyanyikan bersama-sama dengan lagu Selamat Hari Jadi atau Happy Birthday ketika majlis ulang tahun.[1]
Ia juga digunakan sebagai lagu keraian dalam acara-acara rasmi di Malaysia.
Lirik
[sunting | sunting sumber]Nama orang yang dirai diisikan pada "[NAMA]".
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan [NAMA]
Allah selamatkan kamu.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Wanmalini Ahmad (14 September 2011). "TENTANG HARI JADI……".