Amyza Aznan | |
|---|---|
أميزة أزنان | |
| Kelahiran | Amyza binti Aznan 18 Julai 1976 |
| Pekerjaan | Pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi |
| Tahun aktif | 1995–kini |
Karya | Filemografi |
| Pasangan | Khairil Idzhar Md Nazir (k. 2004) |
| Anak-anak | 3 |
| Ibu | Khadijah Mohd. Iderus |
| Bapa | Aznan Ibrahim |
Amyza binti Aznan (lahir 18 Julai 1976, kadangkala dikreditkan sebagai Amyza Aznan) ialah seorang pelawak dan pelakon wanita Malaysia. Pelakon cantik ini mula menceburkan diri dalam bidang seni lakonan sejak 1995. Antara drama terawal lakonannya yang begitu popular ialah siri komedi Mat Despatch. Amyza meraih perhatian ramai apabila muncul menerajui siri komedi Tiga Dara: Tan Tin Tun bersama pelakon Jasmin Hamid dan Norseha selama 4 tahun pada 2005.
Pada tahun 2011, Amyza mengejutkan penggemar drama bersiri apabila berjaya menghayati watak dramatik dalam drama bersiri Trilogi Cinta di TV1 bersama Rosyam Nor. Drama bersiri ini mencapai rating hingga 1.2 juta penonton.
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada 18 Julai 1976 di Alor Gajah, Melaka. Anak sulung daripada lima beradik kepada pasangan bapanya, Aznan Ibrahim seorang bekas anggota polis dan pekerja Malaysia Airlines Sistem (MAS) sementara ibunya, Khadijah Mohd. Iderus juga seorang pekerja di Malaysia Airlines System (M.A.S). Sejak kecil lagi dia cukup popular baik di sekolah mahupun di kalangan anak-anak jirannya. Ini kerana, mulutnya yang dikatakan suka bercakap dan berceloteh tak henti-henti itu telah membuat ramai yang senang mendampinginya. Kerana kelebihan itu Amyza kini menempa nama sebagai pelakon komedi yang disukai ramai.[1] Ketika berusia 8 tahun, Amyza sekeluarga berpindah ke Kampung Melayu Subang, Selangor dan bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan,memasuki sekolah berasrama di melaka. kebetulan satu sekolah dengan penyanyi Anuar Zain dan pengacara TV Anne Hamid.
Kehidupan peribadi
Amyza pernah menjalinkan hubungan dengan Badrul Izhan Yeop Abdullah, penyanyi kumpulan Indigo pada 1998 hingga mereka putus di tengah jalan pada 2001. Kisah putus cinta mereka mencetuskan kontroversi kerana Bard mengalami kemurungan hingga ditahan di hospital.[2] Pada tahun 2004, Amyza berkahwin dengan pegawai Petronas Khairil Idzhar Md Nazir dan kekal bahagia dan dikurniakan tiga cahayamata Andre Mikhail (lahir 2006), Andrian Adam (2008) dan Ayden Andika (2014).[3] Amyza dan suami menang naib juara pertandingan realiti amal tarian Sehati Berdansa pada tahun 2009.
Filemografi
Anugerah dan pencalonan
- (Finalis) Pelakon TV Sensasi - Anugerah Media Hiburan 2003
- (Finalis) Artis Komedi Wanita Popular (ABPBH) - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008
- Naib Juara Sehati Berdansa Musim Kedua (2008)
- (Finalis) Pelakon Wanita Terbaik (Drama) - Anugerah Skrin 2011 menerusi drama komedi Midah Kuih Bangkit
- (Finalis) - Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Anugerah Skrin 2016 menerusi drama Ku Haramkan Susu Itu
- (Pemenang) - Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Anugerah Skrin 2019 menerusi drama Batik Zakiah
- (Pencalonan) - Artis Pembantu TV Popular - Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (2024)
Jurucakap produk
- Wangian Karisma (2009-2012)
Rujukan
- ^ "Gambar nostalgia Amyza Aznan". MyArtis. 28 Oktober 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2020. Dicapai pada 29 Oktober 2011.
- ^ Niezam Abdullah (30 Disember 2007). "Bad dan Elle harap sinar bahagia". Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Jun 2008. Dicapai pada 11 Julai 2008.
- ^ Zaidi Mohamad (5 November 2014). "Amyza Aznan lahir anak ketiga". Berita Harian. Dicapai pada 11 Julai 2015.
Pautan luar
- Kelahiran 1976
- Orang hidup
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Pelakon wanita Malaysia
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-20
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-21
- Pelawak Malaysia
- Orang dari Melaka
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin








