AND, | ||||
---|---|---|---|---|
Album single oleh BoyNextDoor (mul) ![]() ![]() | ||||
Dilancarkan pada | 10 Julai 2024 ![]() | |||
Genre | J-pop, K-pop dan hip hop ![]() | |||
Panjang | 11:33 ![]() | |||
Bahasa | Bahasa Jepun ![]() | |||
Syarikat | KOZ Entertainment ![]() | |||
Pengedar | Universal Music Jepun dan YG PLUS ![]() | |||
Kronologi BoyNextDoor (mul) ![]() ![]() | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata![]() |
And, (digayakan dengan semua huruf besar) ialah album single kedua dan album berbahasa Jepun sulung bagi kumpulan muzik lelaki Korea Selatan, BoyNextDoor. Album ini dilancarkan pada 10 Julai 2024 oleh syarikat KOZ Entertainment. Terdiri daripada empat buah lagu, runut "Earth, Wind & Fire" (Tanah, Angin & Api) dipilih sebagai lagu utama dan ia telah dikeluarkan terlebih dahulu pada 19 Jun 2024 sebagai single prapelancaran.
Latar belakang dan pelancaran
Trilogi "cinta pertama" – Who! (2023), Why.. (2023) dan How? (2024) – memberikan kejayaan komersial kepada BoyNextDoor di Jepun, dengan album mini How? tampil pertama kalinya dengan kedudukan nombor satu di Carta Album Oricon.[1] Pada 6 Mei 2024, syarikat KOZ Entertainment mengumumkan bahawa BoyNextDoor akan membuat penampilan sulung di Jepun dengan album single berjudul And,.[2] Album tersebut terdiri daripada beberapa runut terpilih daripada trilogi tersebut serta sebuah lagu berbahasa Jepun "Good Day" (Hari Baik).[1][3] Versi bahasa Jepun "Earth, Wind & Fire" mendahului album single itu dan dilancarkan pada 19 Jun 2024.[4][5] Album single penuh itu kemudiannya dikeluarkan pada 10 Julai 2024, bersama-sama dengan video muzik alternatif untuk versi bahasa Jepun "Earth, Wind & Fire".[2][5]
Prestasi komersial
Album single And, memasuki Ranking Single Harian untuk carta Oricon pada 10 Julai, menandakan single nombor satu ketiga kumpulan di dalam carta. Album single itu juga telah terjual secara keseluruhannya sebanyak 163,482 salinan dalam masa dua hari, dua kali ganda daripada jumlah jualan album mini How? pada 2024.[6]
Senarai runut
Senarai runut AND, | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Susunan | Masa | |||||
1. | "One and Only" "Satu-satunya" (versi bahasa Jepun) |
|
|
| 2:48 | |||||
2. | "Earth, Wind & Fire" "Tanah, Angin & Api" (versi bahasa Jepun) |
|
|
| 2:59 | |||||
3. | "But Sometimes" "Tapi Kadangkala" (versi bahasa Jepun) |
|
|
| 2:54 | |||||
4. | "Good Day" "Hari Baik" | KENTZ |
| KENTZ | 2:52 | |||||
Jumlah masa: 11:33 |
Rujukan
- ^ a b Son, Jin-ah (6 Mei 2024). "보이넥스트도어, 日 정식 데뷔…7월 10일 첫 싱글 발매[공식]" [BoyNextDoor, kemunculan pertama rasmi di Jepun… Single pertama dikeluarkan pada 10 Julai [Rasmi]]. MK Sports (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2024. Dicapai pada 18 Mei 2024.
- ^ a b Yoon, So-yeon (6 Mei 2024). "BoyNextDoor to make Japanese debut in July" [BoyNextDoor akan membuat debut di Jepun pada Julai]. Korea JoongAng Daily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2024. Dicapai pada 7 Mei 2024.
- ^ Jabatan Editorial Kstyle. "BOYNEXTDOOR、7月10日に待望の日本デビュー決定!初の日本オリジナル曲も" [BOYNEXTDOOR, membuat kemunculan sulung yang lama ditunggu-tunggu di Jepun pada 10 Julai! Lagu asal berbahasa Jepun yang pertama] (dalam bahasa Jepun). Kstyle. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Disember 2024. Dicapai pada 21 Disember 2024.
- ^ Lee, So-yun (20 Jun 2024). "BOYNEXTDOOR, Surprise Live Performance Ahead of Japanese Debut" [BOYNEXTDOOR, Persembahan Langsung Mengejutkan Menjelang Debut Jepun] (dalam bahasa Inggeris). STARNEWS. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Disember 2024. Dicapai pada 21 Disember 2024.
- ^ a b Takuo, Matsumoto (20 Jun 2024). "BOYNEXTDOOR、渋谷で行われたリスニングパーティーに急遽参加!ファンと"新たな幕開け"をお祝い" [BOYNEXTDOOR, menyertai parti mendengar secara tiba-tiba di Shibuya! Meraikan "permulaan baharu" bersama peminat] (dalam bahasa Jepun). Kstyle. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Disember 2024. Dicapai pada 21 Disember 2024.
- ^ Ha, Yu-mi (12 Julai 2024). "BOYNEXTDOOR's Japanese Debut Single 'AND' Tops Daily Oricon Charts" [Single Debut Bahasa Jepun BOYNEXTDOOR 'AND' Teratas di Carta Oricon Harian] (dalam bahasa Inggeris). Hankooki. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Julai 2024. Dicapai pada 16 Julai 2024.