| Sepah bulan Julat zaman:
| |
|---|---|
| Anguis fragilis | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Animalia |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Reptilia |
| Order: | Squamata |
| Keluarga: | Anguidae |
| Subkeluarga: | Anguinae |
| Genus: | Anguis Linnaeus, 1758[2] |
| Spesies jenis | |
| Anguis fragilis Linnaeus, 1758
| |
| Spesies | |
| |
Sepah bulan[a][3] ialah sejenis cicak tanpa kaki mirip ular dalam genus kecil Anguis, keluarga Anguidae. Genus ini mengandungi lima spesies yang masih wujud, termasuk sepah bulan biasa (A. fragilis), sepah bulan timur (A. colchica), sepah bulan Yunani (A. graeca), sepah bulan Peloponnesos (A. cephalonnica) dan sepah bulan Itali (A. veronensis). Terdapat juga beberapa spesies fosil.
Morfologi
Sungguhpun mirip dan sering disalah anggap sebagai ular, sepah bulan sebenarnya adalah cicak yang sudah kehilangan anggota badannya disebabkan oleh evolusi.
Sepah bulan berbeza dengan ular disebabkan beberapa ciri: kelopak matanya yang tiada pada ular (hanya ada bril); bukaan kecil pada telinga yang juga tiada pada ular; dan lidah yang bertakik di tengah, bukan bercabang seperti lidah ular. Tambahan pula, ular mempunyai bukaan rahang atas yang membolehkannya mengeluarkan lidah dan tiada pada sepah bulan.[4]
Habitat
Sepah bulan hidup di sebarang habitat yang hangat dan terlindung seperti hutan cerang, padang rumput dan kerangas; ia kerap ditemukan di timbunan kompos di kebun, terkadang untuk tujuan kawalan perosak.[5] Ia tersebar di seluruh Eropah dan sebahagian Asia, tetapi terbatas di habitat berhawa sedang dan lembap. Ia bertapa rehat pada bulan Oktober hingga Februari/Mac, secara berkelompok atau menyendiri, malah terkadang berkongsi ruang rehatnya dengan reptilia lain.
Diet
Sepah bulan mempunyai gigi alur yang membolehkan mereka menggigit dan menelan bulat mangsanya yang berupa invertebrat lunak seperti lintah bulan, ulat beluncas, serangga lain, lelabah dan cacing tanah.[6] Siput selalunya dihindari kecuali ketika masih kecil kerana cangkangnya mudah dihancurkan.
Pengelasan
Bahagian ini perlu dikemas kini. (December 2021) |
Subkeluarga Anguinae
- Genus Anguis
- Anguis cephallonica Werner, 1894[7] – sepah bulan Peloponnesos
- Anguis colchica (Nordmann, 1840) – sepah bulan timur
- Anguis fragilis Linnaeus, 1758[8] – sepah bulan biasa
- Anguis graeca Bedriaga, 1881 – sepah bulan Yunani
- Anguis veronensis Pollini, 1818[9] – sepah bulan Itali
- †Anguis rarus Klembara & Rummel, 2017[1]
- †Anguis stammeri Brunner, 1957[1]
- †Anguis polgardiensis Bolkay, 1913[1]
Gvoždík et al. (2013) membezakan lima spesies genetik Anguis: graeca, colchica, fragilis, cinerea, dan cephallonica, tetapi semakan menyeluruh terhadap genus ini masih belum selesai.[10]
Catatan
- ^ Inggeris: slowworm, hazelworm
Rujukan
- ^ a b c d Jozef Klembara; Michael Rummel (2018). "New material of Ophisaurus, Anguis and Pseudopus (Squamata, Anguidae, Anguinae) from the Miocene of the Czech Republic and Germany and systematic revision and palaeobiogeography of the Cenozoic Anguinae". Geological Magazine. 155 (1): 20–44. Bibcode:2018GeoM..155...20K. doi:10.1017/S0016756816000753. S2CID 132414700.
- ^ ITIS.gov
- ^ Wilkinson, Richard James (1932). "sĕpah I". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 441 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^ Duncan, James. "Species of the day: Slow-worm". Sussex Wildlife Trust. Dicapai pada 19 May 2023.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaTrust - ^ "RSPB - Ask an expert". Dicapai pada 30 May 2014.
- ^ iucnredlist.org - Anguis cephalonnica
- ^ Herpetofauna.co.uk
- ^ Renet, Julien; Lucente, Daniela; Delaugerre, Michel; Gerriet, Olivier; Deso, Grégory; Abbattista, Chiara; Cimmaruta, Roberta (2018). "Discovery of an Italian slow worm (Anguis veronensis Pollini, 1818) population on a Western Mediterranean Island confirmed by genetic analysis". Acta Herpetologica. 13 (2): 165–169. doi:10.13128/Acta_Herpetol-23290.
- ^ "Anguis graeca".








