![]() Anjing pemburu Rajapalayam, anjing pemburu penglihatan India | |||||||||||||||||||||||
Nama lain | Anjing pemburu Rajapalayam | ||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | India | ||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing Rajapalayam,[a] yang juga dikenali sebagai anjing pemburu poligar atau anjing pemburu hantu India, ialah satu baka anjing India Selatan yang berasal dari bandar Rajapalayam di Virudhunagar, Tamil Nadu. Baka ini terkenal kerana keanggunan, kesetiaan, dan kekuasaan perburuan, yang menjadikannya pendamping yang dihargai bagi kerabat diraja dan bangsawan di India Selatan.[2][3][4]
Empat setem kenang-kenangan dikeluarkan pada 9 Januari 2005 oleh India Post untuk empat baka: anjing gembala Himalaya, anjing pemburu Rampur, anjing pemburu Mudhol (nilai muka ₹ 5 setiap baka), dan anjing pemburu Rajapalayam (nilai muka ₹ 15). Anjing pemburu Rajapalayam diketahui hidup sehingga usia 12 tahun.
Sejarah


Anjing pemburu Rajapalayam mempunyai sejarah yang bertarikh kemabli ke abad ke-18, semasa ia dibiakbakakan oleh dinasti Nayaka dari Tamil Nadu. Dengan kesetiaan dan kemahiran perburuannya, baka ini digunakan terutamanya untuk menjaga ladang pertanian, haiwan ternakan, dan estet. Semasa Perang Poligar (1799–1805) dan Perang Karnatik, anjing pemburu Rajapalayam digunakan sebagai anjing perang, yang menyerang kuda angkatan musuh dan melindungi pengendali masing-masing. Tipu Sultan, iaitu pemerintah Mysuru, diketahui mempunyai koleksi ketara anjing ini.[5]
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, anjing pemburu Rajapalayam telah menyaksikan kebangkitan semula permintaan sebagai anjing pengawal, khususnya di kawasan pinggir bandar dengan rumah bebas besar. Peningkatan potongan bekalan elektrik, pemandulan anjing terbiar, dan nasihat polis untuk memelihara anjing peliharaan demi keselamatan telah menyumbang kepada trend ini. Menurut Dr. K. Vairavasamy, Penolong Pakar Bedah Veterinar, Madurai, "Trend telah berubah sekarang apabila permintaan semakin meningkat.". R. Thangathurai, Penolong Profesor di Pusat Latihan dan Penyelidikan Universiti Veterinar di Rajapalayam, menyatakan bahawa baka ini sedang mendapat penerimaan baharu kerana kepatuhannya kepada pemilik dan kegarangan terhadap orang asing.[6]
Penampilan
Anjing pemburu Rajapalayam ialah anjing besar dan berotot, yang biasanya berdiri setinggi 65–75 sentimeter (26–30 in) pada paras kelasa dan berukuran seberat 30–45 kilogram (66–99 lb). Ia merupakan anjing pemburu penglihatan, yang terbina untuk kelajuan dan daya ketahanan, dengan dada dalam dan ekor sedikit melingkar. Struktur muka baka ini berbeza dan menampilkan kepala lebih besar sedikit dan rahang berkuasa, iaitu penyesuaian untuk pemburuan babi hutan.[1]
Warna paling berharga ialah putih metah, kerap dengan tanda-tanda perang samar, hidung merah jambu, dan mata keemasan. Walau bagaimanapun, warna lain, termasuk variasi hitam, perang, dan bertompok, telah diperhatikan. Dari segi sejarah, anak anjing bukan putih kerap ditakai untuk mengekalkan lapis bulu putih khas baka ini.[7]
Lapis bulu anjing Rajapalayam adalah pendek dan halus, yang menjadikannya sangat sesuai untuk iklim panas tetapi kurang toleran terhadap cuaca sejuk. Gaya jalannya anggun dan menyerupai ligasan kuda belima, dan ia terkenal kerana pergerakan gantungan gandanya.[1]
Masa hadapan baka
Anjing pemburu Rajapalayam pernah berada di ambang kepupusan kerana penurunan minat dan pembiakbakaan silang. Walau bagaimanapun, usaha bersepadu oleh Pemerintah Tamil Nadu dan pertubuhan seperti Kennel Club of India telah membantu untuk memulihkan baka ini. Inisiatif seperti "Projek Selamatkan Rajapalayam" dan penyertaan dalam pertunjukan anjing telah meningkatkan kesedaran dan menggalakkan program pembiakbakaan.[8]
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pemerintah India telah mengambil minat mendalam dalam mempromosikan baka anjing asli. Semasa ucapan 'Mann Ki Baat', Perdana Menteri Narendra Modi menekankan kepentingan baka India, seperti anjing Rajapalayam, anjing pemburu Mudhol, dan anjing Chippiparai, dan menggesa rakyat untuk mengadopsi anjing baka-baka ini. Beliau juga menyebut bahawa Majlis Penyelidikan Pertanian India (ICAR) sedang menjalankan penyelidikan tentang baka asli untuk menyokong pemuliharaan baka-baka tersebut.[9]
Pemerintah Tamil Nadu mengasaskan pusat pembiakan untuk anjing Rajapalayam, anjing Chippiparai, dan anjing Kombai di Saidapet, Chennai, pada tahun 1980. Walau bagaimanapun, pusat itu diarahkan untuk ditutup pada tahun 2016 selepas Lembaga Kebajikan Haiwan India (AWBI) membangkitkan kebimbangan tentang pembiakan dalam dan prevalens tinggi isu kesihatan dalam kalangan anjing tersebut. Begitu juga, pemerintah Karnataka merasmikan Pusat Penyelidikan dan Maklumat Anjing di Mudhol untuk memulihara anjing pemburu Mudhol.[9]
Sungguhpun terdapat usaha ini, pakar telah memberikan amaran terhadap amalan pembiakbakaan melulu. Krithika Srinivasan, seorang pensyarah kanan dalam Geografi Manusia di Universiti Edinburgh, memberikan amaran bahawa pembiakan dapat membawa kepada komplikasi kesihatan, isu genetik, dan masalah tingkah laku akibat campur tangan manusia. Beliau menekankan bahawa baka asli, yang tersesuai dengan persekitaran luar bandar, mungkin bergelut untuk menyesuaikan diri terhadap persekitaran bandar. Theodore Baskaran, seorang ahli pemuliharaan hidupan liar, mencadangkan bahawa pewujudan kesedaran tentang baka asli dan penjagaan baka asli patut menjadi langkah pertama ke arah pemuliharaan. Beliau juga menyokong penggunaan cip mikro untuk mengesan populasi dan kesihatan baka ini.[9]
Pusat Pembiakbakaan Anjing di Chennai telah memainkan peranan penting dalam pemeliharaan anjing pemburu Rajapalayam. Dr. S. S. Senthilkumar, Penolong Pakar Bedah Veterinar di Poliklinik Veterinar Pemerintah di Tallakulam, menyatakan bahawa jabatan itu berminat untuk memberi baka ini pengiktirafan sewajarnya. Walau bagaimanapun, cabaran tetap ada. Pembiakbakaan dalam telah membawa kepada masalah kongenital, sementara pembiakbakaan silang dengan anjing terbiar telah menjejaskan pendirian fizikal baka ini. Dr. R. Uma Rani, Penolong Profesor di Pusat Penyelidikan Veterinar di Thirupparankundram, memberikan amaran, "Pembiakbakaan dalam patut dielakkan untuk mencegah kecacatan kelahiran."[6]
Galeri
-
Anjing Rajapalayam putih tradisional
-
Piawaian pertunjukan anjing Rajapalayam
-
seekor jantan
-
muka hadapan
-
Dua ekor anjing Rajapalayam putih
Lihat juga
Catatan
- ^ Jawi: انجيڠ راجاڤالايم; Tamil: இராஜபாளையம் நாய், rumi: Irājapāḷaiyam nāy; bahasa Inggeris: Rajapalayam dog
Rujukan
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing pemburu Rajapalayam |
- ^ a b c d e Deshpande, Abhijeet Madhukar (2 Ogos 2020). Indian Dogs Pedigree Chart: The List of Indian Pedigree Dogs [Carta Pedigri Anjing India: Senarai Anjing Pedigri India] (dalam bahasa Inggeris). Abhijeet Madhukar Deshpande. m/s. 4.
- ^ Raja, Kanuparthy Naga; Singh, Pramod Kumar; Mishra, Anil Kumar; Ganguly, Indrajit; Devendran, Palaniappan; Kathirvel, S. (April 2017). "Phenotypic characterization of Rajapalayam dog of Southern India" [Pencirian fenotip anjing Rajapalayam dari India Selatan]. Indian Journal of Animal Sciences (dalam bahasa Inggeris). Majlis Penyelidikan Pertanian India. 87 (4): 447–451. doi:10.56093/ijans.v87i4.69526 (Tidak aktif 26 April 2025). ISSN 2394-3327. S2CID 54763176.CS1 maint: DOI inactive as of April 2025 (link)
- ^ Raja, Kanuparthy Naga; Saravanan, Ramasamy; Devendran, Palaniappan; Singh, Pramod Kumar; Mishra, Anil Kumar; Ganguly, Indrajit (6 September 2017). "Cytogenetic Profile of Rajapalayam Dog Breed of Southern India" [Profil Sitogenetik Baka Anjing Rajapalayam dari India Selatan]. Indian Journal of Animal Research (dalam bahasa Inggeris). Pusat Komunikasi Penyelidikan Pertanian. 52 (9): 1243–1247. doi:10.18805/ijar.v0iOF.9132 (Tidak aktif 26 April 2025). ISSN 0976-0555. S2CID 55592140.CS1 maint: DOI inactive as of April 2025 (link)
- ^ Rajeshwari, Yajaman Bajjappa; Satyanarayan, K.; Prasanna, S. B. (9 Jun 2009). Handbook on Care and Management of Laboratory and Pet Animals [Buku Panduan tentang Penjagaan dan Pengurusan Haiwan Makmal dan Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris). New Delhi, India: New India Publishing Agency. m/s. 13. ISBN 9788189422981. OCLC 294942433.
- ^ "Royal Rajapalayam" [Anjing Rajapalayam Diraja] (dalam bahasa Inggeris). The Times of India. 6 Oktober 2019. Dicapai pada 26 April 2025.
- ^ a b Mallady, Shastry V. (15 Februari 2013). "Rajapalayam hound reinstated in homes" [Anjing pemburu Rajapalayam dikembalikan semula di rumah] (dalam bahasa Inggeris). The Hindu. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mac 2025. Dicapai pada 26 April 2025.
- ^ Lovly, John (11 Mei 2015). Dogs: The List of 90 Selected Dog Breed [Anjing: Senarai 90 Baka Anjing Terpilih] (dalam bahasa Inggeris). Osmora Incorporated. m/s. 78. ISBN 9782765913443.
- ^ "INDIA - CIRCA 2005: stamp printed by India, shows dog Rajapalayam, circa 2005" [INDIA - SEKITAR 2005: setem dicetak oleh India, menunjukkan anjing Rajapalayam, sekitar 2005] (dalam bahasa Inggeris). 123RF. Dicapai pada 26 April 2025.
- ^ a b c Kaveri, Megha (5 September 2020). "PM Modi's push for native Indian dog breeds: Experts demand govt effort and caution" [Desakan PM Modi untuk baka anjing asli India: Pakar tuntut usaha dan waspada pemerintah] (dalam bahasa Inggeris). The News Minute. Dicapai pada 26 April 2025.