
Anjing Tierra del Fuego,[a] atau anjing Yahgan,[b] atau anjing Patagonia,[c] ialah sejenis canid pupus. Keleluhurannya ialah perkara perdebatan sains,[1][2] walaupun ia secara tradisional disangkakan dibiakbakakan dan dibelajinakkan daripada culpeo Amerika Selatan, yang juga dikenali sebagai rubah culpeo (Lycalopex culpaeus).[3]
Terdapat sangat sedikit spesimen muzium atau contoh tersisa bagi anjing Tierra del Fuego; satu spesimen di Museo Salesiano Maggiorino Borgatello di Chile[1] dan yang lagi satu di Muzium Rantauan Fagnano di Tierra del Fuego, Argentina.[4]
Taksonomi
Romina Petrigh dan Martín Fugassa menjalankan penyiasatan genetik pada tahun 2013 dengan menggunakan sampel bulu daripada spesimen taksidermi anjing Tierra del Fuego, milik koleksi Muzium Rantauan Fagnano, di Rio Grande. DNA daripada sampel bulu dibandingkan dengan bulu pelbagai canid yang mendiami Patagonia, seperti culpeo (Lycalopex culpaeus), rubah kelabu Amerika Selatan (Lycalopex griseus), dan rubah pampas (Lycalopex gymnocercus), dan dengan bulu anjing bela jinak (Canis lupus familiaris). Analisis ini menunjukkan keserupaan lebih besar antara anjing Tierra del Fuego dengan culpeo (97.57%), berbanding dengan keserupaan dengan anjing bela jinak (88.93%). Hasil keputusan ini disokong oleh analisis filogenetik molekul, yang mencadangkan pembelajinakan atipikal bagi culpeo oleh pemburu-pengumpul yang mendiami Patagonia.[5] Bukti ini digunakan oleh William L. Franklin untuk berhujah, sebahagiannya, bahawa anjing Tierra del Fuego "tidak benar-benar dibelajinakkan dalam erti kata klasik untuk anjing bela jinak, tetapi hanya sebahagiannya sebagai penengah antara bela jinak dengan liar—sangat cenderung kepada liar."[6]
Culpeo sendiri adalah serupa (dari segi rupa bentuk dan pendirian) dengan rubah benar (suku Vulpini), walaupun ia lebih dekat, secara genetik, dengan serigala, koyote, dan jakal (canid benar, suku Canini); oleh itu, ia ditempatkan dalam genus terpisah sesama rubah Amerika Selatan atau zorro.[7]
Dalam semakan keterangan bersejarah dan kesusasteraan sains semasa, oleh Fabián Jaksic dan Sergio Castro pada tahun 2023, mereka berhujah bahawa anjing Tierra del Fuego sebenarnya merupakan dua haiwan berlainan, yang dilabel oleh mereka sebagai anjing Tierra del Fuego dan anjing Patagonia. Dalam analisis mereka, "anjing Patagonia", yang digunakan oleh orang Selkʼnam, orang Aonikenk, dan orang Manekʼenk, ialah baka bela jinak yang diturunkan daripada culpeo, sementara anjing Tierra del Fuego, yang digunakan oleh orang Chono, orang Kawesqar, dan orang Yahgan, diturunkan daripada populasi leluhur anjing bela jinak yang dibawa merentasi Selat Bering.[1]
Yang lain menyatakan kemungkinan bahawa anjing Tierra del Fuegeo dibelajinakkan daripada Dusicyon avus yang kini pupus[2] atau calon hibrid antara anjing bela jinak dengan sama ada culpeo atau Dusicyon avus.[2]
Ciri

Anjing Tierra del Fuego mempunyai telinga tegak, muncung tajam, bulu lurus lebih panjang, dan ekor tebal serta berwarna kuning keperang-perangan atau sepenuhnya putih.[8][9] Imej terselamat menunjukkan bahawa ia bersaiz serupa dengan culpeo liar, yang berukuran seberat 5–13.5 kg (11–30 lb), atau kira-kira sama saiz dengan anjing gembala Shetland. Samuel Kirkland Lothrop melaporkan bahawa ketinggiannya adalah dalam lingkungan 11–20 inci (28–51 cm),[10] sementara Ricardo E. Latcham pula melaporkan bahawa ia sehingga setinggi 60–23.6 cm (23.6–9.3 in).[9] Gauco memanggil rubah ini sebagai "anjing bersurai" kerana keserupaannya dengan serigala bersurai. Lucas Bridges menyifatkan haiwan ini seperti "silangan terbantut antara anjing polis Alsace dengan serigala".[11]
Ia diterangkan oleh pemandu arah Perancis Louis-Ferdinand Martial , yang mengetuai ekspedisi saintifik tahun 1883 ke Cape Horn, sebagai makhluk yang "hodoh, dengan bulu panjang kuning keperang-perangan dan muncung tajam, ia kelihatan agak seperti rubah".[12]
Selaras dengan penentuan sempadan oleh Jaksic dan Castro kepada dua haiwan berasingan, pemerhatian orang Eropah memerihalkan seekor anjing lebih kecil berwarna lebih cerah yang digunakan dalam pemburuan tuco-tuco dan seekor anjing lebih besar berwarna lebih gelap yang digunakan dalam pemburuan guanako.[9]
Tingkah laku
Walaupun taburan anjing Tierra del Fuego sepadan dengan taburan orang Yahgan, haiwan individu mungkin tidak melindungi manusia pemiliknya. Julius Popper, iaitu salah seorang dalang utama genosid terhadap penduduk asli tempatan, menulis bahawa: "Saya tidak pernah melihatnya, tidak kira berapa besar bilangannya, mengambil sikap agresif atau mempertahankan tuannya apabila ini berada dalam bahaya".[13][14][15]
Kegunaan

Walaupun Julius Popper tidak memerhatikan anjing ini semasa digunakan dalam perburuan,[13][14] Antonio Coiazzi dapat mencatatkan penggunaannya dalam perburuan dan ini telah disokong oleh penyelidikan kemudian.[16][17][9] Darwin mengulas dalam karya tahun 1839 beliau The Voyage of the Beagle bahawa beliau telah diberitahu oleh seorang anak asli bahawa anjing ini menangkap berang-berang untuk mereka.[18] Ini kemudian disokong oleh laporan Martial.[12]
Semua sumber bersetuju bahawa anjing ini juga menyediakan sumber kehangatan di tempat perlindungan kerana anjing ini mengatur diri untuk tidur dengan rapat di sekeliling orang Selkʼnam.[13][14][16][8][19] Ini diperhatikan oleh Julius Popper yang menyatakan: "Anjing-anjing itu menempatkan diri dalam satu kelompok di sekeliling orang Onas kecil, lalu menghasilkan bentuk sejenis pembungkus .... Pendapat saya ialah anjing Tierra del Fuego hanya berguna untuk melengkapkan pakaian tidak sempurna orang peribumi, atau lebih baik, sebagai perabot pemanas orang Ona".[13][14]
Pembasmian

Pada tahun 1919, ketika mubaligh Silesia Martin Gusinde melawat orang Yahgan tempatan, beliau menyedari bahawa, pada pengetahuan beliau, kesemua anjing tersebut kelihatan hilang. Beliau segera menyatakan ini sebagai perkara aneh, terutamanya memandangkan hubungan antara anjing dengan orang tempatan didokumenkan dengan baik oleh mubaligh dan penjelajah asing menjelang masa ini. Sesungguhnya, kerjasama menyaling ini membolehkan rantau ini menjadi satu-satunya kubu kuat bagi kanin bela jinak luar biasa ini yang pernah wujud. Apabila bercakap dengan orang tempatan dan bertanya tentang hal yang telah berlaku kepada haiwan berkenaan, beliau diberitahu bahawa keseluruhan populasi kanin ini yang diketahui telah dibasmi dan terdapat dakwaan bahawa ia "berbahaya kepada manusia dan lembu".[20] Rupa-rupanya, sifat "garang" haiwan ini didakwa disaksikan oleh Thomas Bridges pada tahun 1880-an, yang, dalam tulisan beliau, mendakwa bahawa anjing ini menyerang kambing misi beliau, sambil memberikan segelintir perincian spesifik.[21][6]
Sebagai sebahagian daripada kempen genosid Selknam, anjing tersebut diburu oleh peladang ranco dan pengayau Eropah kerana penggunaannya dalam perburuan dan pembuatan rumah dalam kalangan orang Selkʼnam.[22] Ini ialah punca utama kepupusannya.[22]
Lihat juga
Catatan
- ^ Jawi: انجيڠ سييرا ديل فوءيݢو; Sepanyol: perro fueguino; bahasa Inggeris: Fuegian dog
- ^ Jawi: انجيڠ ياݢن; Sepanyol: perro yagán; bahasa Inggeris: Yahgan dog
- ^ Jawi: انجيڠ ڤاتاݢونيا; Sepanyol: perro patagónico; bahasa Inggeris: Patagonian dog
Rujukan
- ^ a b c Jaksic Andrade & Castro Morales (2023).
- ^ a b c Jaksic Andrade dll. (2024), m/s. 9.
- ^ Petrigh & Fugassa (2013), m/s. 14.
- ^ Petrigh & Fugassa (2013), m/s. 14–15.
- ^ Petrigh & Fugassa (2013), m/s. 16.
- ^ a b Franklin (2022).
- ^ Lindblad-Toh dll. (2005).
- ^ a b Spears (2007), m/s. 73.
- ^ a b c d Alonso Marchante (2019), m/s. 75.
- ^ Lothrop (1928), m/s. 33.
- ^ Bridges (2007), m/s. 97.
- ^ a b Martial (2005), m/s. 225.
- ^ a b c d Popper (1887).
- ^ a b c d Popper.
- ^ Zamaloa (2000).
- ^ a b Coiazzi (1997).
- ^ Chébez (1983).
- ^ Darwin (1909), m/s. 219.
- ^ Lothrop (1928), m/s. 59–60.
- ^ Gusinde (1920), m/s. 157.
- ^ Orquera & Piana (1999), m/s. 178–180.
- ^ a b Gigoux (2020), m/s. 13.
Karya kutipan
- Alonso Marchante, José Luis (2019). "Cazadores del viento" [Pemburu anjing]. Selk'nam: genocidio y resistencia [Selk'nam: Genosid dan Ketahanan] (dalam bahasa Sepanyol) (ed. ke-2). Santiago, Chile: Catalonia. ISBN 9789563247497. OCLC 1318753415.
- Bridges, Esteban Lucas (24 Disember 2007). Uttermost Part of the Earth: A History of Tierra del Fuego and the Fuegians [Bahagian Terhujung Bumi: Sejarah Tierra del Fuego dan Orang Tierra del Fuego] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Rookery Press. ISBN 9781585679560. OCLC 149010371.
- Chébez, Juan Carlos (1983). "Aves del Archipiélago Fueguino" [Burung di Kepulauan Tierra del Fuego]. Nuestras Aves (dalam bahasa Sepanyol). Aves Argentinas (2): 8–9. doi:10.56178/na.vi2.95. ISSN 3008-8305. S2CID 265301548 Check
|s2cid=
value (bantuan). - Coiazzi, Antonio (1997). Los indios del Archipiélago Fueguino [Orang Indian Kepulauan Tierra del Fuego] (dalam bahasa Sepanyol). Punta Arenas, Chile: Editorial Atelí. OCLC 49015332.
- Darwin, Charles Robert (1909). "Tierra del Fuego" [Tierra del Fuego]. The Voyage of the Beagle [Pelayaran Beagle] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: P. F. Collier & Son. OCLC 10667803.
- Franklin, William L. (16 Julai 2022). "Guanaco colonisation of Tierra del Fuego Island from mainland Patagonia: Walked, swam, or by canoe?" [Kolonisasi Pulau Tierra del Fuego oleh guanako dari tanah besar Patagonia: Berjalan, berenang, atau dengan kano?]. Geo: Geography and Environment (dalam bahasa Inggeris). Royal Geographical Society. 9 (2): e00110. Bibcode:2022GeoGE...9E.110F. doi:10.1002/geo2.110. ISSN 2054-4049. S2CID 250635602 Check
|s2cid=
value (bantuan). - Gigoux, Carlos (8 Disember 2020). "Condemned to Disappear: Indigenous Genocide in Tierra del Fuego" [Dikutuk untuk Lenyap: Genosid Peribumi di Tierra del Fuego]. Journal of Genocide Research (dalam bahasa Inggeris). Routledge. 24 (1): 1–22. doi:10.1080/14623528.2020.1853359. ISSN 1469-9494. S2CID 230565181.
- Gusinde, Martin (1920). "Segundo viaje a la Tierra del Fuego" [Perjalanan kedua ke Tierra del Fuego]. Publicaciones del Museo de Etnología y Antropología de Chile (dalam bahasa Sepanyol). Santiago, Chile: Imprenta Universitaria. 2: 133–163.
- Jaksic Andrade, Fabián Miguel; Castro Morales, Sergio Antonio (26 Julai 2023). "The identity of Fuegian and Patagonian "dogs" among indigenous peoples in southernmost South America" [Identiti "anjing" Tierra del Fuego dan "anjing" Patagonia dalam kalangan orang peribumi di Amerika Selatan paling selatan]. Revista Chilena de Historia Natural (dalam bahasa Inggeris). Sociedad de Biología de Chile. 96 (1). Bibcode:2023RvCHN..96....5J. doi:10.1186/s40693-023-00119-z. ISSN 0717-6317. S2CID 260137550 Check
|s2cid=
value (bantuan). Unknown parameter|article-number=
ignored (bantuan) - Jaksic Andrade, Fabián Miguel; Zurita Redón, Carlos Nicolás Felipe; Briceño Urzúa, Cristóbal; Jiménez, Jaime Enrique (17 Januari 2024). "The rare Fuegian fox (Lycalopex culpaeus) from the Tierra del Fuego Archipelago: history of discovery, geographic distribution, and socio-ecological aspects" [Rubah Tierra del Fuego (Lycalopex culpaeus) yang jarang dari Kepulauan Tierra del Fuego: sejarah penemuan, taburan geografi, dan aspek-aspek sosioekologi]. Revista Chilena de Historia Natural (dalam bahasa Inggeris). Sociedad de Biología de Chile. 97 (1). Bibcode:2024RvCHN..97....1J. doi:10.1186/s40693-024-00124-w. ISSN 0717-6317. S2CID 267000958 Check
|s2cid=
value (bantuan). Unknown parameter|article-number=
ignored (bantuan) - Lindblad-Toh, Kerstin; Wade, Claire Margaret; Mikkelsen, Tarjei S.; Karlsson, Elinor Kathryn; Jaffe, David B.; Kamal, Michael; Clamp, Michele; Chang, Jean L.; Kulbokas, Edward J. III; Zody, Michael C.; Mauceli, Evan; Xie, Xiaohui; Breen, Matthew; Wayne, Robert Keith; Ostrander, Elaine Ann; Ponting, Christopher Paul; Galibert, Francis; Smith, Douglas R.; de Jong, Pieter J.; Kirkness, Ewen F.; Alvarez, Pablo; Biagi, Tara; Brockman, William; Butler, Jonathan; Chin, Chee-Wye; Cook, April; Cuff, James Andrew; Daly, Mark Joseph; DeCaprio, David; Gnerre, Sante; Grabherr, Manfred G.; Kellis, Manolis; Kleber, Michael; Bardeleben, Carolyne; Goodstadt, Leo; Heger, Andreas; Hitte, Christophe; Kim, Lisa V.; Koepfli, Klaus-Peter; Parker, Heidi G.; Pollinger, John P.; Searle, Stephen M. J.; Sutter, Nathan B.; Thomas, Rachael; Webber, Caleb; Lander, Eric Steven (8 Disember 2005). "Genome sequence, comparative analysis and haplotype structure of the domestic dog" [Jujukan genom, analisis perbandingan, dan struktur haplotip anjing bela jinak]. Nature (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 438 (7069): 803–819. Bibcode:2005Natur.438..803L. doi:10.1038/nature04338. ISSN 1476-4687. PMID 16341006. S2CID 4338513.
- Lothrop, Samuel Kirkland (1928). The Indians of Tierra del Fuego [Orang Indian Tierra del Fuego] (dalam bahasa Inggeris). 10. Museum of the American Indian. OCLC 1815983.
- Martial, Louis-Ferdinand (2005). Misión al Cabo de Hornos: la expedición científica a la Romanche julio de 1882 a setiembre 1883 [Misi ke Cape Horn: Ekspedisi Sains di Romanche Julai 1882 hingga September 1883] (dalam bahasa Sepanyol). Ushuaia, Argentina: Zagier & Urruty Publications.
- Orquera, Luis Abel; Piana, Ernesto Luis (1999). La vida material y social de los yámana [Kehidupan Kebendaan dan Sosial Orang Yámana] (dalam bahasa Sepanyol). Buenos Aires, Argentina: Eudeba. ISBN 9789502309538. OCLC 42860063.
- Petrigh, Romina Sandra; Fugassa, Martín Horacio (9 Ogos 2013). "Molecular identification of a Fuegian dog belonging to the Fagnano Regional Museum ethnographic collection, Tierra del Fuego" [Pengenalpastian molekul bagi seekor anjing Tierra del Fuego yang dimiliki oleh koleksi etnografi Muzium Rantauan Fagnano, Tierra del Fuego]. Quaternary International (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 317: 14–18. Bibcode:2013QuInt.317...14P. doi:10.1016/j.quaint.2013.07.030. hdl:11336/25319. ISSN 1873-4553. S2CID 128411775.
- Popper, Julius (1887). "Exploración de la Tierra del Fuego" (dalam bahasa es). Expedición Popper. Ecuador: Instituto Geográfico Militar.
- Popper, Julius. Atlanta – Proyecto para la creación de un pueblo marítimo en Tierra del Fuego y otros escritos [Atlanta – Projek untuk pewujudan pekan maritim di Tierra del Fuego dan tulisan lain] (dalam bahasa Sepanyol). Buenos Aires, Argentina: Editorial Eudeba.
- Spears, John Randolph (25 Jun 2007). The Gold Diggings of Cape Horn: A Study of Life in Tierra del Fuego and Patagonia [Penggalian Emas di Cape Horn: Kajian Hidupan di Tierra del Fuego dan di Patagonia] (dalam bahasa Inggeris). Kessinger Publishing. ISBN 9780548347249. OCLC 1511439351.
- Zamaloa, María del Carmen (2000). "Palinoflora y ambiente en el Terciario del nordeste de Tierra del Fuego, Argentina. = Palynoflora and paleoenvironment in the Tertiary, northeast of Tierra del Fuego, Argentina" [Palinoflora dan persekitaran pada kala Tertier di timur laut Tierra del Fuego, Argentina. = Palinoflora dan paleopersekitaran pada kala Tertier, timur laut Tierra del Fuego, Argentina.]. Revista del Museo Argentino de Ciencias Naturales (dalam bahasa Sepanyol). Muzium Sains Semula Jadi Argentina Bernardino Rivadavia. 2 (1): 43–51. doi:10.22179/revmacn.2.123. ISSN 1853-0400. S2CID 89582284.
Bacaan lanjut
- Mayorga Zúñiga, Marcelo Paolo; Barrios López, Natasha Soledad; González Lagos, César Alejandro; Castro Morales, Sergio Antonio; Jaksic Andrade, Fabián Miguel (19 Julai 2024). "The iconographic evolution of Patagonian and Fuegian canids" [Evolusi ikonografi bagi canid Patagonia dan canid Tierra del Fuego]. Revista Chilena de Historia Natural (dalam bahasa Inggeris). Sociedad de Biología de Chile. 97 (1). Bibcode:2024RvCHN..97....6M. doi:10.1186/s40693-024-00129-5. ISSN 0717-6317. S2CID 271269366 Check
|s2cid=
value (bantuan). Unknown parameter|article-number=
ignored (bantuan) - Silva Rochefort, Benjamín; Root-Bernstein, Meredith (8 Julai 2021). "History of canids in Chile and impacts on prey adaptations" [Sejarah canid di Chile dan impak terhadap penyesuaian mangsa]. Ecology and Evolution (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 11 (15): 9892–9903. Bibcode:2021EcoEv..11.9892S. doi:10.1002/ece3.7642. ISSN 2045-7758. PMC 8328442 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 34367547. S2CID 234333509.
- Baka anjing
- Baka anjing berasal dari Argentina
- Baka anjing berasal dari Chile
- Baka anjing berasal daripada Peribumi Amerika
- Baka anjing pupus
- Canid pupus
- Fauna di Tierra del Fuego
- Genosid orang peribumi di Amerika Selatan
- Kepupusan mamalia sejak 1500
- Mamalia di Argentina
- Mamalia di Chile
- Mamalia di Patagonia
- Rubah Amerika Selatan
- Rubah bela jinak
- Spesies dipupuskan dengan usaha penghapusan sengaja