![]() | |||||||||||||||||||||||||
Nama lain | Anjing gembala El Hierro | ||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Sepanyol | ||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
Catatan | disenaraikan dalam kalangan Grupos Étnicos Caninos oleh Real Sociedad Canina de España[2] | ||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing serigala El Hierro[a] atau anjing gembala El Hierro[b] ialah satu baka atau jenis anjing pastoral Sepanyol. Ia terdapat kebanyakannya di pulau El Hierro di Kepulauan Canaria, tetapi juga di Gran Canaria, di La Palma, dan di Tenerife.[1] Ia tidak diiktiraf sebagai baka oleh Real Sociedad Canina de España, tetapi pada tahun 2021 merupakan salah satu daripada tiga baka atau jenis yang tersenarai sebagai grupo étnico canino ("kumpulan etnik anjing"),[2] yang ditakrifkan oleh persatuan itu sebagai populasi anjing rantauan dengan bentuk dan fungsi tekal yang ber-evolusi melalui pemilihan fungsian.[3] Dua lagi baka anjing dalam kumpulan ini ialah podenco orito español dan carea castellano-manchego.[2]
Persatuan itu menerbitkan draf piawaian baka untuk anjing serigala El Hierro pada tahun 2013.[1] Persatuan bakanya ialah Asociación para la Recuperación del Perro Lobo Herreño ("Persatuan untuk Pemulihan Anjing Serigala El Hierro").[2]
Sejarah
Tidak ada kejelasan tentang kepastian atau takat penerbitan anjing moden di Kepulauan Canaria daripada anjing yang sudah hadir di kepulauan itu sebelum ketibaan penakluk Castilla pada permulaan abad kelima belas.[4] Asal usul anjing serigala El Hierro tidak diketahui; terdapat cadangan bahawa ia diterbitkan daripada anjing yang dibawa ke kepulauan itu pada abad kelapan belas atau selepas abad kelapan belas.[1][5]:433 Pada tahun 2013, Real Sociedad Canina de España menyertakannya dalam senarai grupos étnicos caninos ("kumpulan etnik anjing"),[6] yang ditakrifkan oleh persatuan itu sebagai populasi anjing rantauan[3] dengan bentuk dan fungsi tekal yang ber-evolusi melalui pemilihan fungsian; pada tahun sama, persatuan itu menerbitkan draf piawaian baka.[1]
Pada tahun 2021, Parlimen Kepulauan Canaria meluluskan resolusi yang mengisytiharkan baka-baka haiwan peribumi utama kepulauan itu sebagai "warisan budaya, genetik, dan etnografi". Teks resolusi menyertakan empat baka anjing dari kepulauan itu yang diiktiraf di peringkat antarabangsa – anjing gembala Garafía, anjing Fuerteventura, presa Canaria, dan podenco Canaria – tetapi tidak pula anjing serigala El Hierro, tetapi ini telah dibincangkan di Parlimen.[7][8][9]
Anjing serigala El Hierro bukan satu-satunya baka yang pengiktirafan untuknya sedang diusahakan di Kepulauan Canaria; yang lain merupakan podenco enano, juga dari El Hierro, dan ratonero palmero dari La Palma.[4]
Ciri
Anjing serigala El Hierro berpenampilan mirip serigala dan primitif. Ia bersaiz sederhana, dengan ketinggian pada paras kelasa sebanyak sekitar 52–54 cm (20–21 in) dan berat dalam lingkungan 18–22 kg (40–49 lb) menurut draf piawaian baka.[1] Sebuah kajian pada tahun 2009 tentang lima puluh lima individu di El Hierro mendapati purata ketinggian dan purata berat 52.6 cm (20.7 in) dan 21.1 kg (47 lb) masing-masing untuk betina dan 54.7 cm (21.5 in) dan 21.9 kg (48 lb) untuk jantan.[10]:12 Lapis bulunya biasanya berwarna kelabu tetapi mungkin juga berwarna kemerah-merahan, kedua-dua warna dengan topeng pucat di sekeliling mulut dan mata; putih padu atau krim juga diizinkan, warna ini tanpa topeng. Hujung ekornya berwarna hitam.[1]
Kegunaan
Seperti anjing pastoral lain, ia digunakan secara tradisional untuk membantu gembala dengan pergerakan dan pengurusan kawanan ternakan dan mencurigai orang asing tetapi setia kepada tuannya.[1] Dengan kelenyapan cara hidup pastoral, ia semakin dibela sebagai anjing pendamping.[10]:14
Catatan
Rujukan
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing serigala El Hierro |
- ^ a b c d e f g h i j k "PATRÓN RACIAL DEL LOBITO HERREÑO (Perro de Pastor Herreño)" [PIAWAIAN BAKA ANJING SERIGALA EL HIERRO (Anjing Gembala El Hierro)] (PDF) (dalam bahasa Sepanyol). Real Sociedad Canina de España. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 17 Julai 2013. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ a b c d e "Grupos Étnicos Caninos" [Kelompok Etnik Anjing] (dalam bahasa Sepanyol). Real Sociedad Canina de España. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Ogos 2021. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ a b "REGLAMENTO DE GRUPOS ÉTNICOS CANINOS" [PERATURAN KELOMPOK ETNIK ANJING] (pdf) (dalam bahasa Sepanyol). Real Sociedad Canina de España. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 6 Ogos 2021. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ a b E. D. (30 Mei 2021). "Tierra de canes" [Negeri anjing] (dalam bahasa Sepanyol). Tenerife, Sepanyol: El Día. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ Martel Suárez, Nicolás Alfonso; Betancor Hernández, Eva del Carmen; Fregel Lorenzo, Rosa Irene; Pestano Brito, José Juan (6 Februari 2013). "Genetic characterization, at the mitochondrial and nuclear DNA levels, of five Canary Island dog breeds" [Pencirian genetik, di tingkat DNA mitokondrion dan di tingkat DNA nukleus, bagi lima baka anjing Pulau Canaria]. Animal Genetics (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 44 (4): 432–441. doi:10.1111/age.12024. ISSN 1365-2052. PMID 23384391. S2CID 25716224.
- ^ "Grupos Étnicos Caninos" [Kelompok Etnik Anjing] (dalam bahasa Sepanyol). Madrid, Sepanyol: Real Sociedad Canina de España. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Julai 2013. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ Iglesias Machado, Salvador (4 Mei 2021). "Resolución aprobada: 10L/PNLP-0231 Sobre razas autóctonas" [Resolusi lulusan: 10L/PNLP-0231 Mengenai baka-baka autokton.] (PDF). Boletín Oficial del Parlamento de Canarias (dalam bahasa Sepanyol) (204): 1–2.
- ^ "10L/PNLP-0231 Proposición no de ley, de los Grupos Parlamentarios Socialista Canario, Nacionalista Canario (CC-PNC-AHI), Popular, Nueva Canarias (NC), Sí Podemos Canarias, Agrupación Socialista Gomera (ASG) y Mixto, sobre razas autóctonas" [10L/PNLP-0231 Usul bukan undang-undang, daripada Kumpulan Parlimen Parti Sosialis Canaria, Parti Nasionalis Canaria (CC-PNC-AHI), Parti Rakyat Canaria, Parti Canaria Baru (NC), Sí Podemos Canarias, Kumpulan Sosialis Gomera, dan Kumpulan Campuran, mengenai baka-baka autokton.] (PDF). Diario de Sesiones del Parlamento de Canarias (dalam bahasa Sepanyol) (73): 38–44. 14 April 2021.
- ^ "Piden declarar las razas caninas autóctonas Patrimonio Cultural e Histórico de España" [Baka anjing autokton diminta diisytiharkan Warisan Budaya dan Sejarah Sepanyol] (dalam bahasa Sepanyol). Diario Veterinario. 31 Mei 2021. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ a b Morales de la Nuez, Antonio José; Hernández Martínez, Leticia; Castro Navarro, Noemí; Capote Álvarez, Juan Francisco; Argüello Henríquez, Anastasio (November 2009). "Estudio morfométrico del Lobo Herreño" [Kajian morfometri anjing serigala El Hierro]. Pequeños Rumiantes (dalam bahasa Sepanyol). Sociedad Española de Ovinotecnia y Caprinotecnia. 10 (3): 12–14. ISSN 1888-4865. S2CID 180143505.