
Penarikan (juga dikenali sebagai drafting atau carting) ialah kegiatan atau sukan anjing yang melibatkan anjing (biasanya baka besar) yang menarik kereta atau gerabak yang berisi dengan bekalan, seperti barangan ladang, peralatan perkhemahan, barangan runcit, atau kayu api, tetapi kadang-kadang menarik orang.
Sejarah
Penarikan melibatkan anjing yang menarik kereta atau gerabak, iaitu tugas yang dahulunya dilakukan untuk membantu petani mengangkut barang.[1][2]:8
Sejarah purba

Penggunaan travois untuk penarikan diamalkan di Amerika Utara,[3] khususnya dalam kalangan orang Indian Dataran.[4] Laluan bersejarah ketara, seperti Lewis and Clark Trail–Travois Road dan Genting Lewis dan Clark di Montana, banyak dilalui oleh pengembara yang menggunakan travois. Penggunaan ulang-alik laluan ini mewujudkan alur dalam dan selari pada rupa bumi — tanda yang kekal terlihat kini.[5] Tinggalan tambahan jejak travois dapat ditemukan di Tapak Bersejarah Kebangsaan Knife River Indian Villages. Bukti arkeologi menunjukkan bahawa travois digunakan sebelum penciptaan roda,[6][7] dengan sesetengah jejak di New Mexico yang bertarikh seawal 22,000 tahun lalu.[8]

Tembikar yang menggambarkan penarikan di Yunani Purba dan di Rom telah ditemukan bertarikh kembali ke abad ke-2 SM.[2]:13 Maharaja Rom Elagabalus diketahui menggunakan anjing tarikan, seperti yang diterangkan oleh sejarawan Lampridius:
[terjemahan] Keempat-empat anjing berkuasanya bukan hanya diberi makan daripada hati angsa, tetapi juga diikat pada pedati untuk dipandu di dalam istananya dan di tanahnya.[2]:14
Eropah moden awal dan Eropah perindustrian
Ahli kemanusiaan Justus Lipsius (1547–1606) menerangkan kesaksian tentang penarikan, dengan menulis:
[terjemahan] Pada masa mudaku, terdapat di Brussel satu baka anjing Inggeris, besar dan kuat, yang digunakan oleh seorang penyamak untuk menarik ratanya yang penuh dengan kulit ke pasar.[2]:15
Dalam kalangan bangsawan Eropah, wahana ini kerap digunakan untuk rekreasi. Wanita di perkarangan berlumba melalui taman. Pada tahun 1608, Louis XIII dilihat memandu pedati kecil yang ditarik oleh dua ekor mastif, melalui Galeri Besar Muzium Louvre.[2]:15


Kereta anjing digunakan dalam sejarah di Belgium dan di Belanda untuk mengirimkan susu, roti, dan barangan lain.[9] Pada tahun 1725, Martin Pegius mencatat dalam buku beliau Fleischerhunde in Belgien ("Anjing Tukang Daging di Belgium") bahawa anjing lazimnya digunakan untuk menarik kereta ke pasar dan dari pasar, kerap tanpa iringan manusia.[2]:15
Penarikan berterusan sepanjang awal abad ke-19 sebagai cara pengangkutan praktikal, khsusunya di kawasan luar bandar. Ia memenuhi pelbagai tujuan, termasuk mengangkut barang, membantu dalam tugas ladang, dan malah membawa penumpang. Di Britain Zaman Victoria, kereta anjing dikaitkan dengan pembuat roti dan, apabila menggunakan kawasan yang dikhaskan untuk pejalan kaki, dianggap sebagai gangguan.[10] Pada tahun 1839, Akta Polis Metropolitan memperkenalkan larangan ke atas penggunaannya di dalam jejari 15 batu dari Charing Cross, dengan memetik kedua-dua kebimbangan tentang kebajikan haiwan dan kebimbangan tentang kesihatan awam. Anjing yang terlalu banyak bekerja dipercayai lebih rentan terhadap penyakit anjing gila dan penurunan ketara laporan kes yang menyusul pada tahun 1841 kelihatannya menyokong pandangan ini. Pada tahun sama, larangan seluruh negara ke atas kereta tarikan anjing digubal di serata United Kingdom.[11]
LVI – Kereta Anjing, dll. dilarang selepas 1 Januari 1840.
- Dan terguballah, bahawa selepas hari pertama Januari berikutnya setiap orang yang di dalam Daerah Polis Metropolitan menggunakan mana-mana anjing untuk tujuan menarik atau membantu untuk menarik mana-mana kereta, pedati, trak, atau kereta sorong akan dikenakan penalti tidak lebih daripada empat puluh syiling untuk kesalahan pertama, dan tidak lebih daripada lima paun untuk kesalahan kedua atau mana-mana kesalahan berikutnya.
— Akta Polis Metropolitan 1839, seksyen 56; dimansuhkan oleh Akta Undang-undang Statut (Pemansuhan) 1973
Perundangan itu bukan tanpa tentangan. Pengkritik, khususnya peniaga kecil yang bergantung pada kereta anjing sebagai cara pengangkutan barangan yang berpatutan, menyuarakan kebimbangan tentang kesan ekonomi daripada larangan itu. Sesetengah pihak malah mencemuh rang undang-undang itu sebagai perkara remeh, dengan mencadangkan bahawa jika anjing dilarang menarik kereta, maka kuda padi Shetland juga patut dilarang mengikut logik sama.[11]
Abad ke-20
Semasa Perang Dunia Pertama, sesetengah unit tentera menggunakan kereta anjing untuk mengangkut bekalan dan peralatan. Tentera Darat Belgium, sebagai contoh, menggunakan anjing besar dan kuat untuk menarik kereta yang membawa mesingan dan peluru, kerana mendapati bahawa ia lebih menjimatkan kos dan mudah dikendalikan berbanding dengan kuda di rupa bumi tertentu.[12][9] Penggunaan kereta anjing mula merosot pada awal abad ke-20 kerana kemajuan kenderaan bermotor dan kebimbangan tentang kebajikan haiwan. Di Britain, sebagai contoh, amalan ini dilarang pada awal tahun 1900-an, yang membawa kepada kesudahan tragis untuk banyak anjing pekerja yang ditinggalkan atau dieutanasia apabila tidak lagi dapat memenuhi tujuannya.[9] Anjing digunakan oleh Tentera Darat Soviet dalam Perang Dunia Kedua untuk menarik kereta yang mengandungi usungan untuk askar tercedera.[13]
Amalan
Kini, penarikan ialah kegiatan rekreasi yang membolehkan anjing terlibat dalam kerja bertujuan, yang dapat memuaskan diri secara mental dan fizikal.[2]:10 Penarikan dapat dilakukan secara kompetitif dan penarikan sebagai sukan juga dikenali sebagai mushing tanah kering dan diamalkan di seluruh dunia, kerap untuk mengekalkan anjing kereta luncur salji musim sejuk dalam bentuk pertandingan semasa luar musim.[14][15][16][17] Mushing, bikejoring, dan skuter anjing kesemuanya merupakan bentuk penarikan.[2]:8
Peralatan

Kereta yang ditarik oleh seekor anjing atau lebih kerap dipanggil "kereta anjing", walaupun tidak patut dikelirukan dengan kereta anjing yang merupakan jenis spesifik kenderaan tarikan kuda yang pada asalnya membawa anjing dalam perburuan.[18][2]:8 Anjing berkenaan menarik kereta dengan menggunakan abah-abah yang dipasang khas yang direka untuk mengagihkan berat.[19]:284
Salah satu keragaman carting ialah sulky driving, iaitu apabila anjing menarik orang di dalam kenderaan yang dipanggil sulky. Sukan ini menawarkan kesempatan senaman dan disiplin untuk baka bertenaga. Banyak baka pekerja lebih gembira apabila diberi kerja atau tugas dan carting/sulky driving dapat menjadi hobi memuaskan untuk anjing dan pemilik.[19]:283
Sulky tersebut direka untuk mempunyai sangat sedikit berat pada belakang anjing berkenaan. Salah satu model yang digunakan secara meluas ialah simpulan belakang, yang melibatkan hanya sebatang aci daripada sulky tersebut yang mempunyai berat negatif[penjelasan lebih lanjut diperlukan] pada abah-abah anjing. Simpulan belakang juga memudahkan pergerakan anjing dengan lingkungan pergerakan bebas berbanding dengan aci pengekang di mana-mana sisi. Ini kerap memudahkan latihan awal untuk sulky, kerana aci tinggi tunggal tidak mengganggu pergerakan anjing.[perlu rujukan]
Baka anjing

Anjing yang digunakan untuk penarikan mungkin dipanggil anjing tarikan, anjing penarik, atau anjing kereta. Banyak baka anjing dibiakbakakan untuk penarikan dan terus cemerlang dalam kegiatan ini dan menikmati kegiatan ini kerana kekuatannya, etika kerjanya, dan perangainya, termasuk anjing Newfoundland, anjing gunung Bern, anjing gunung besar Switzerland, anjing Santo Bernard, dan anjing Leonberg,[1] serta anjing Rottweil, anjing lembu Flandre,[20] dan mastif Belgium.[2]:9
Anjing gunung besar Switzerland ialah anjing pekerja besar yang digunakan oleh tukang daging, peniaga lembu, pekerja buruh, dan petani, yang menggunakannya sebagai anjing pengawal, anjing penggiring, dan anjing tarikan.[21][22]
Anjing gunung Bern ialah anjing pekerja besar dengan perangai tenang yang unggul untuk penarikan kereta, seperti yang pernah dilakukan di Switzerland. Baru-baru ini, ia telah digunakan untuk menarik kereta untuk membawa kanak-kanak atau untuk muncul dalam perarakan.[23]
Walaupun banyak baka anjing mempunyai sejarah penarikan, mana-mana anjing sihat dengan perangai elok dapat digunakan asalkan kereta atau gerabak berada dalam kemampuannya.[19]:285[3]
Dalam kebudayaan
Kereta tarikan anjing kerap digambarkan dalam kesusasteraan dan kesenian.[9] Seniman Belanda-Belgium Henriëtte Ronner-Knip (1821–1909) melukis banyak gambar dalam gaya Romantik tentang anjing tarikan yang menarik kereta anjing.[24] Anjing kereta luncur salji digunakan untuk menarik peralatan dan orang dengan cekap di atas salji dan ais dalam ekspedisi tahun 1911 Roald Amundsen ke Kutub Selatan.[25]
-
The Dog Cart ("Kereta Anjing"), minyak pada kanvas, Henriëtte Ronner-Knip
-
A Short Rest ("Rehat Singkat"), minyak pada kayu, Henriëtte Ronner-Knip
-
To the South Pole ("Ke Kutub Selatan"): fotograf anjing kereta luncur salji dalam ekspedisi Kutub Selatan Amundsen, 1911
Lihat juga
Rujukan
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kereta anjing |
- ^ a b Mansourian, Erika (1 Mei 2015). "Breeds Who Enjoy Drafting Just for the Haul of it" [Baka yang Menikmati Penarikan Hanya kerana Penghelaan] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ a b c d e f g h i j de Lavigne, Guillaume (2014). The Draft Dog: Past and Present [Anjing Tarikan: Dahulu dan Kini] (dalam bahasa Inggeris). Lulu.com. ISBN 9781291671285. OCLC 1465084888.
- ^ a b Palika, Liz (April 2003). "A New Spin on an Old Tradition" [Putaran Baharu pada Tradisi Lama]. Dog World (dalam bahasa Inggeris). Jil. 88 no. 4. BowTie. m/s. 47.
- ^ Gadacz, René R. "Travois" [Travois]. The Canadian Encyclopedia (dalam bahasa Inggeris). Anthony Wilson-Smith. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2012. Dicapai pada 7 Jun 2025.
- ^ "Lewis & Clark Trail-Travois Road" (dalam bahasa Inggeris). Perkhidmatan Taman Negara. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Januari 2008. Dicapai pada 7 Jun 2025.
- ^ Bakels, Corrie C. (29 Julai 2009). The Western European Loess Belt: Agrarian History, 5300 BC–AD 1000 [Jalur Loes Eropah Barat: Sejarah Agraria, 5300 SM–1000 M] (dalam bahasa Inggeris). Dordrecht, Belanda: Springer Science+Business Media. doi:10.1007/978-1-4020-9840-6. ISBN 9781402098406. OCLC 437347289.
- ^ "Un Travois pour les dieux. Lac de Chalain 31 e siècle avant J.-C" [Travois untuk para dewa. Tasik Chalain, abad ke-31 SM] (pdf) (dalam bahasa Perancis). Muzium Arkeologi Kebangsaan. Dicapai pada 7 Jun 2025.
- ^ Landymore, Frank (2 Mac 2025). "Scientists Find Evidence of Vehicles From Tens of Thousands of Years Ago" [Saintis Menemukan Bukti Kenderaan dari Puluh Ribuan Tahun Lalu] (dalam bahasa Inggeris). Futurism. Dicapai pada 7 Jun 2025.
- ^ a b c d "DOGCARTS & LIONCARTS" [KERETA ANJING DAN KERETA SINGA] (dalam bahasa Inggeris). Messybeast. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mac 2019. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ Robinson, William (1842). The History of Antiquities of the Parish of Stoke Newington in the County of Middlesex [Sejarah Baharian Paroki Stoke Newington di Kaunti Middlesex] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: J. B. Nichols and Son. m/s. 18. OCLC 29199480.
- ^ a b Koszary, Adam (14 Oktober 2014). "Dog Carts: Travel in style" [Kereta Anjing: Berjalan dengan gaya] (dalam bahasa Inggeris). Museum of English Rural Life. Dicapai pada 7 Jun 2025.
- ^ "Dogs in WWI" [Anjing dalam Perang Dunia Pertama] (dalam bahasa Inggeris). National World War I Museum and Memorial. Dicapai pada 7 Jun 2025.
Dogs played an important military role for most European armies during World War I, serving in a variety of tasks. Dogs hauled machine gun and supply carts. They also served as messengers, often delivering their missives under a hail of fire.
- ^ Sella, Amnon (19 Ogos 2005). The Value of Human Life in Soviet Warfare [Nilai Nyawa Manusia dalam Peperangan Soviet] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Routledge. ISBN 9781134974641. OCLC 61362572.
- ^ Waldbaum, Laura (Mac 2011). Carting with Your Dog: Positive Draft Training for Fun and Competition [Carting dengan Anjing Anda: Pelatihan Penarikan Positif untuk Keseronokan dan Pertandingan] (dalam bahasa Inggeris). Wenatchee, Washington, Amerika Syarikat: Dogwise Publishing. ISBN 9781617810329. OCLC 1006418241.
- ^ Leigh, Penny (24 April 2015). "More Sports for All Dogs: Drafting & Carting" [Lebih Sukan untuk Semua Anjing: Drafting dan Carting] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 7 Jun 2025.
- ^ "Dog carting enthusiasts keen to pull in new fans" [Penggemar carting anjing berminat tarik peminat baharu] (dalam bahasa Inggeris). The New Zealand Herald. 4 September 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Februari 2019. Dicapai pada 7 Jun 2025.
- ^ Falson, Sarah (30 Jun 2017). "Bernese Mountain Dogs are growing in popularity, around the Hawkesbury and beyond" [Anjing gunung Bern semakin popular, di sekeliling Hawkesbury dan selanjutnya] (dalam bahasa Inggeris). Hawkesbury Gazette. Dicapai pada 7 Jun 2025.
- ^ Smith, Donald John (1988). A Dictionary of Horse-drawn Vehicles [Kamus Kenderaan Tarikan Kuda] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: J. A. Allen. m/s. 66. ISBN 9780851314686. OCLC 60067034. OL 11597864M.
- ^ a b c Miller, Cynthia D. (1999). Canine Adventures: Fun Things to Do with Your Dog [Pengembaraan Anjing: Perkara Menyeronokkan untuk Dilakukan dengan Anjing Anda] (dalam bahasa Inggeris). Yuba City, California, Amerika Syarikat: Animalia Publishing Company. ISBN 9780964941304. OCLC 40272774.
- ^ Mehus-Roe, Kristin (21 Januari 2009). Canine Sports & Games: Great Ways to Get Your Dog Fit and Have Fun Together! [Sukan dan Permainan Anjing: Cara Hebat untuk Mencergaskan Anjing Anda dan Berseronok Bersama-sama!] (dalam bahasa Inggeris). North Adams, Massachusetts, Amerika Syarikat: Storey Publishing. m/s. 232–237. ISBN 9781603426459. OCLC 680286219.
- ^ "Great Swiss Mountain Dog" [Anjing Gunung Besar Switzerland] (dalam bahasa Inggeris). Muzium Sejarah Semula Jadi Bern. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2009. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ Moustaki, Nikki (5 Jun 2012). Greater Swiss Mountain Dog: Special Limited Edition: A Comprehensive Owner's Guide [Anjing Gunung Besar Switzerland: Edisi Terhad Khas: Panduan Komprehensif Pemilik] (dalam bahasa Inggeris). Freehold, New Jersey, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. m/s. 5. ISBN 9781593787226. OCLC 798535482.
- ^ Young-Knox, Sara (2 Disember 2012). "Conway celebrates with jolly holiday parade" [Conway raya dengan perarakan percutian riang] (dalam bahasa Inggeris). New Hampshire Union Leader. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Disember 2013. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ "Henriette Ronner-Knip - Artworks" [Henriette Ronner-Knip - Karya seni] (dalam bahasa Inggeris). Athenaeum, Bury St Edmunds. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 November 2017. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ Huntford, Roland (1985). The Last Place on Earth [Tempat Terakhir di Bumi] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Pan Books. m/s. 90, 248. ISBN 9780330288163. OCLC 12976972.