BPR '97 merupakan album studio kelima kumpulan rock terkenal Malaysia iaitu Bumiputra Rockers (BPR) yang dikeluarkan pada tahun 1996 & merupakan album studio terakhir BPR di bawah label Life Rekod. Album ini juga merupakan satu-satunya album BPR yang menampilkan Aliff sebagai vokalis baharu menggantikan Joey yang telah meninggalkan BPR sejak tahun 1992 disebabkan masalah pada peti suaranya.