Bahasa Indonesia | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() Tanda dalam abjad latin yang ditulis dalam bahasa Indonesia, terletak di Yogyakarta, menggalakkan orang ramai untuk mengutamakan penggunaan bahasa Indonesia | |||||||||
Asli kepada | ![]() | ||||||||
Kawasan | Asia:![]() ![]() | ||||||||
Penutur bahasa | 300 juta+ jumlah | ||||||||
Status rasmi | |||||||||
Bahasa rasmi di | ![]()
![]() | ||||||||
Bahasa minoriti dikenali di | ![]()
| ||||||||
Dikawal selia oleh | Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa | ||||||||
Kod bahasa | |||||||||
ISO 639-2 | id | ||||||||
ISO 639-3 | ind | ||||||||
Glottolog | stan1327 | ||||||||
![]() Biru tua: Bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi dan biru muda: Bahasa Indonesia sebagai bahasa minoriti. | |||||||||
![]() |
Bahasa Indonesia ialah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan bagi negara Indonesia. Ia adalah ragam bahasa Melayu yang standard,[2] bahasa Austronesia yang telah digunakan sebagai lingua franca di kepulauan Indonesia berbilang bahasa selama berabad-abad. Bahasa Indonesia menjadi bahasa rasmi mengikut Undang-Undang Dasar Negara Republik Indonesia Tahun 1945 Pasal 36. Ia juga merupakan bahasa penyatuan (atau "pemersatuan") bangsa Indonesia sebagaimana disebut dalam Sumpah Pemuda pada 28 Oktober 1928. Dengan lebih 280 juta penduduk,[3] Indonesia menduduki tempat keempat paling ramai penduduk di dunia. Menurut bancian 2020, lebih 97% orang Indonesia fasih berbahasa Indonesia,[4] menjadikannya bahasa terbesar dengan jumlah penutur di Asia Tenggara dan salah satu bahasa yang paling banyak dituturkan di dunia.
Bahasa Indonesia merupakan penjenamaan semula terhadap bahasa Melayu, yang diangkat sebagai bahasa kebangsaan Indonesia. Hakikatnya, bahasa tersebut ialah bentuk baku daripada bahasa Melayu. Perbendaharaan kata Indonesia telah dipengaruhi oleh pelbagai bahasa serantau ibunda seperti Jawa, Sunda, Minangkabau, Bahasa Bali, Banjar, Bugis, dan bahasa asing seperti Arab, Belanda, Hokkien, Portugis, Sanskrit, dan Inggeris. Banyak perkataan pinjaman telah disesuaikan agar sesuai dengan peraturan fonetik dan tatabahasa bahasa Indonesia, memperkaya bahasa dan mencerminkan warisan linguistik Indonesia yang pelbagai.
Bahasa ini sendiri difahami oleh seluruh warga Indonesia. Walaupun begitu, hanya sebahagian sahaja daripada penduduk Indonesia yang benar-benar menggunakannya sebagai bahasa ibunda kerana dalam perbualan seharian, masyarakat Indonesia lebih suka menggunakan bahasa daerah dan kaum masing-masing sebagai bahasa ibunda seperti bahasa Jawa, Sunda, Betawi, Minangkabau, Melayu tempatan, dan lain-lain. Walau bagaimanapun, kebanyakan pendidikan formal dan hampir semua media massa nasional, tadbir urus, pentadbiran, dan kehakiman serta bentuk komunikasi lain dijalankan dalam bahasa Indonesia.[5]
Di bawah pemerintahan Indonesia dari 1976 hingga 1999, bahasa Indonesia telah ditetapkan sebagai bahasa rasmi Timor Leste. Ia mempunyai status bahasa kerja di bawah perlembagaan negara bersama dengan bahasa Inggeris.[6][7]:{{{1}}}[8] Pada November 2023, bahasa Indonesia telah diiktiraf sebagai salah satu bahasa rasmi Persidangan Agung UNESCO.
Istilah bahasa Indonesia terutamanya dikaitkan dengan dialek standard kebangsaan (bahasa baku).[9] Walau bagaimanapun, dalam erti kata yang lebih longgar, ia juga merangkumi pelbagai jenis tempatan yang dituturkan di seluruh kepulauan Indonesia.[2][10] Bahasa Indonesia Baku kebanyakannya terhad kepada situasi formal, wujud dalam hubungan diglosik dengan ragam bahasa Melayu vernakular, yang biasa digunakan untuk komunikasi harian, wujud bersama dengan bahasa daerah yang disebutkan di atas dan dengan bahasa kreol Melayu;[9][11] bahasa Indonesia baku dituturkan dalam pertuturan tidak formal sebagai lingua franca antara dialek Melayu vernakular, bahasa kreol Melayu, dan bahasa daerah.
Sejarah
Bahasa Indonesia, sebuah bahasa Austronesia dari cabang bahasa-bahasa Sunda-Sulawesi, yang digunakan sebagai lingua franca di Nusantara kemungkinan sejak abad-abad awal penanggalan moden.
Aksara pertama dalam bahasa Melayu atau Jawi ditemui di pesisir tenggara Pulau Sumatera, menunjukkan bahawa bahasa ini menyebar ke berbagai-bagai tempat di Nusantara dari wilayah ini, berkat penggunaannya oleh Kerajaan Sriwijaya yang menguasai jalur perdagangan. Istilah Melayu atau sebutan bagi wilayahnya sebagai Malaya sendiri berasal dari Kerajaan Malayu yang bertempat di Sungai Batang Hari, Jambi, di mana diketahui bahasa Melayu yang digunakan di Jambi menggunakan dialek "o" sedangkan di kemudian hari bahasa dan dialek Melayu berkembang secara luas dan menjadi pelbagai.
Istilah Melayu atau Malayu berasal dari Kerajaan Malayu, sebuah kerajaan Hindu-Budha pada abad ke-7 di hulu sungai Batanghari, Jambi di pulau Sumatera, jadi secara geografik semula hanya mengacu kepada wilayah kerajaan tersebut yang merupakan sebahagian dari wilayah pulau Sumatera. Dalam perkembangannya pemakaian istilah Melayu mencakup wilayah geografik yang lebih luas dari wilayah Kerajaan Malayu tersebut, mencakup negeri-negeri di pulau Sumatera sehingga pulau tersebut disebut juga Bumi Melayu seperti disebutkan dalam Kakawin Nagarakretagama.
Ibu negara Kerajaan Melayu semakin mundur ke pedalaman kerana serangan Sriwijaya dan masyarakatnya diaspora keluar Bumi Melayu, belakangan masyarakat penyokongnya yang mundur ke pedalaman berasimilasi ke dalam masyarakat Minangkabau menjadi klan Malayu (kaum Melayu Minangkabau) yang merupakan salah satu puak di Sumatera Barat. Sriwijaya berpengaruh luas hingga ke Filipina membawa penyebaran Bahasa Melayu semakin meluas, tampak dalam prasasti Keping Tembaga Laguna.
Bahasa Melayu kuno yang berkembang di Bumi Melayu tersebut berloghat "o" seperti Melayu Jambi, Minangkabau, Kerinci, Palembang dan Bengkulu. Semenanjung Melaka dalam Nagarakretagama disebut Hujung Medini ertinya Semenanjung Medini.
Dalam perkembangannya orang Melayu penghijrahan ke Semenanjung Malaysia (= Hujung Medini) dan lebih banyak lagi pada masa perkembangan kerajaan-kerajaan Islam yang pusat mandalanya adalah Kesultanan Melaka, istilah Melayu bergeser kepada Semenanjung Melaka (= Semenanjung Malaysia) yang akhirnya disebut Semenanjung Melayu atau Tanah Melayu. Tetapi nyatalah bahawa istilah Melayu itui berasal dari Indonesia. Bahasa Melayu yang berkembang di sekitar daerah Semenanjung Melaka berloghat "e".
Kesultanan Melayu Melaka dimusnahkan oleh Portugis tahun 1512 sehingga penduduknya diaspora sampai ke kawasan timur kepulauan Nusantara. Bahasa Melayu Purba sendiri didakwa berasal dari pulau Kalimantan, jadi didakwa pemakai bahasa Melayu ini bukan penduduk asli Sumatera tetapi dari pulau Kalimantan. Suku Dayak yang diduga memiliki hubungan dengan suku Melayu kuno di Sumatera misalnya Dayak Salako, Dayak Kanayatn (Kendayan), dan Dayak Iban yang semuanya berloghat "a" seperti bahasa Melayu Baku.
Penduduk asli Sumatera sebelumnya kedatangan pemakai bahasa Melayu tersebut adalah nenek moyang suku Nias dan suku Mentawai. Dalam perkembangannya istilah Melayu kemudian mengalami perluasan makna, sehingga muncul istilah Kepulauan Melayu untuk menamakan kepulauan Nusantara.
Secara sudut pandang sejarah juga dipakai sebagai nama bangsa yang menjadi nenek moyang penduduk kepulauan Nusantara, yang dikenali sebagai rumpun Melayu terdiri Proto Melayu (Melayu Tua/Melayu Polinesia) dan Deutero Melayu (Melayu Muda). Selepas mengalami kurun masa yang panjang sampai dengan kedatangan dan perkembangannya agama Islam, suku Melayu sebagai etnik mengalami penyempitan makna menjadi sebuah etnoreligius (Muslim) yang sebenarnya di dalamnya juga telah mengalami cantuman dari beberapa unsur etnik.
M. Muhar Omtatok, seorang Artis, Budayawan dan Ahli Sejarah menjelaskan sebagai berikut: "Melayu secara puak (etnik, suku), bukan dilihat dari faktor genekologi seperti kebanyakan puak-puak lain. Di Malaysia, tetap mengaku berpuak Melayu walau moyang mereka berpuak Jawa, Mandailing, Bugis, Keling dan lainnya. Beberapa tempat di Sumatera Utara, ada beberapa Komuniti keturunan Batak yang mengaku Orang Kampong - Puak Melayu
Kerajaan Sriwijaya dari abad ke-7 Masihi diketahui memakai bahasa Melayu (sebagai bahasa Melayu Kuno) sebagai bahasa kenegaraan. Lima prasasti kuno yang ditemui di Sumatera bahagian selatan peninggalan kerajaan itu menggunakan bahasa Melayu yang bertaburan kata-kata pinjaman dari bahasa Sanskrit, suatu bahasa Indo-Eropah dari cabang Indo-Iran. Jangkauan penggunaan bahasa ini diketahui cukup luas, kerana ditemui pula dokumen-dokumen dari abad berikutnya di Pulau Jawa[10] dan Pulau Luzon.[11] Kata-kata seperti samudera, isteri, raja, putera, ketua, kahwin, dan kaca masuk pada tempoh hingga abad ke-15 Masihi.
Pada abad ke-15 berkembang bentuk yang dianggap sebagai bahasa Melayu Klasik. Bentuk ini dipakai oleh Kesultanan Melaka, yang perkembangannya kelak disebut sebagai bahasa Melayu Tinggi. Penggunaannya terbatas di kalangan keluarga kerajaan di sekitar Sumatera, Jawa, dan Semenanjung Malaya. Laporan Portugis, misalnya oleh Tome Pires, menyebutkan adanya bahasa yang difahami oleh semua pedagang di wilayah Sumatera dan Jawa. Magellan dilaporkan memiliki budak dari Nusantara yang menjadi jurubahasa di wilayah itu. Ciri paling menonjol dalam ragam sejarah ini adalah mula masuknya kata-kata pinjaman dari bahasa Arab dan bahasa Parsi, sebagai akibat dari penyebaran agama Islam yang mula masuk sejak abad ke-12. Kata-kata bahasa Arab seperti masjid, kalbu, kitab, kerusi, selamat, dan kertas, serta kata-kata Parsi seperti anggur, cambuk, dewan, saudagar, temasya, dan tembakau masuk pada tempoh ini. Proses penyerapan dari bahasa Arab terus berlangsung hingga sekarang.
Kedatangan pedagang Portugis, diikuti oleh Belanda, Sepanyol, dan Inggeris meningkatkan maklumat dan mengubah kebiasaan masyarakat pengguna bahasa Melayu. Bahasa Portugis banyak memperkaya kata-kata untuk kebiasaan Eropah dalam kehidupan seharian, seperti gereja, sepatu, sabun, meja, bola, dan jendela. Bahasa Belanda terutamanya banyak memberi pengayaan di bidang pentadbiran, kegiatan rasmi (misalnya dalam upacara dan ketenteraan), dan teknologi hingga awal abad ke-20. Kata-kata seperti asbak, polis, peti sejuk, ekzos, dan setem adalah pinjaman dari bahasa ini.
Bahasa yang dipakai imigran dari Cina juga lambat laun dipakai oleh penutur bahasa Melayu, akibat kontak di antara mereka yang mulai intensif di bawah penjajahan Belanda. Sudah dapat diduga, kata-kata Cina yang masuk biasanya berkaitan dengan perniagaan dan keperluan sehari-hari, seperti pisau, tauge, tauhu, loteng, teko, tauke, dan cukong.
Jan Huyghen van Linschoten pada abad ke-17 dan Alfred Russel Wallace pada abad ke-19 menyatakan bahwa bahasa orang Melayu/Melaka dianggap sebagai bahasa yang paling penting di "dunia timur".[12] Luasnya penggunaan bahasa Melayu ini melahirkan berbagai-bagai varian tempatan dan duniawi. Bahasa perdagangan menggunakan bahasa Melayu di berbagai-bagai pelabuhan Nusantara bercampur dengan bahasa Portugis, bahasa Cina, mahupun bahasa setempat. Terjadi proses pidginisasi di beberapa kota pelabuhan di kawasan timur Nusantara, misalnya di Manado, Ambon, dan Kupang. Orang-orang Cina di Semarang dan Surabaya juga menggunakan varian bahasa Melayu pidgin. Terdapat pula bahasa Melayu Cina di Batavia. Varian yang terakhir ini malah dipakai sebagai bahasa pengantar bagi beberapa surat khabar pertama berbahasa Melayu (sejak akhir abad ke-19).[13] Varian-varian tempatan ini secara umum dinamakan bahasa Melayu Pasar oleh para peneliti bahasa.
Terobosan penting terjadi ketika pada pertengahan abad ke-19 Raja Ali Haji dari istana Riau-Johor (pecahan Kesultanan Melaka) menulis kamus ekabahasa untuk bahasa Melayu. Sejak saat itu dapat dikatakan bahawa bahasa ini adalah bahasa yang sepenuhnya, sama tinggi dengan bahasa-bahasa antarabangsa pada masa itu, kerana ia mempunyai peraturan dan dokumentasi perkataan yang bermakna dengan jelas.
Hingga akhir abad ke-19 dapat dikatakan terdapat paling sedikit dua kelompok bahasa Melayu yang dikenali masyarakat Nusantara: bahasa Melayu Pasar yang bahasa sehari-hari dan tidak baku serta bahasa Melayu Tinggi yang terbatas pemakaiannya tetapi memiliki standard. Bahasa ini dapat dikatakan sebagai lingua franca, tetapi kebanyakan berstatus sebagai bahasa kedua atau ketiga. Kata-kata pinjaman.
Bahasa perdagangan
Penyebutan pertama istilah "Bahasa Melayu" terjadi pada tempoh 683-686. Sebutan ini dapat dilihat di Muzium Jakarta pada terjemahan inskripsi yang ditemui di Palembang dan Bangka.
Inskripsi ini ditulis dengan huruf Sanskrit atas perintah Raja Sriwijaya. Kerajaan kelautannya berkembang luas. Pada masa itu, daerah perdagangan Selat Melaka, yang merupakan pintu antara China dan India, sudah terbentuk sebuah bahasa yang serupa dengan Bahasa Melayu.
Kebanyakan perbendaharaan bahasa Melayu ini berhubungan dengan perdagangan dan tatabahasanya serupa dengan "Melayu Pasar". Dari sinilah kemudian Bahasa Melayu dipiawaikan.
Melayu Klasik
Dari era bahasa Melayu Kuno, muncullah era bahasa Melayu Klasik. Dokumentasi yang ada tidak dapat menjelaskan dengan terperinci hubungan antara kedua-duanya. Namun yang pasti, bahasa Melayu Kuno berasal daripada kebudayaan Buddha serta Melayu klasik, dan akhirnya menjadi bahasa yang digunakan dalam kebudayaan Islam.
Seiring dengan perkembangan agama Islam yang dimulakan dari Aceh pada abad ke-14, bahasa Melayu klasik lebih berkembang dan mendominasi sehingga tahap kenyataan "Masuk Melayu" bererti "masuk agama Islam".
Bahasa Indonesia
Bahasa Melayu di Indonesia kemudian digunakan sebagai lingua franca (bahasa pergaulan). Pada waktu itu, belum banyak yang menggunakannya sebagai bahasa ibunda. Biasanya, bahasa daerah masih digunakan (yang jumlahnya biasa sampai sebanyak 360).
Awal penciptaan Bahasa Indonesia sebagai jati diri bangsa bermula dari Sumpah Pemuda, iaitu pada 28 Oktober 1928. Pada Kongres Nasional kedua di Jakarta. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa nasional atas usulan Muhammad Yamin, seorang politikus, sasterawan, dan ahli sejarah. Dalam pidatonya pada Kongres Nasional kedua di Jakarta, Yamin mengatakan, "Jika mengacu pada masa depan bahasa-bahasa yang ada di Indonesia dan kesusasteraannya, hanya ada dua bahasa yang boleh diharapkan menjadi bahasa persatuan iaitu bahasa Jawa dan Melayu. Tapi dari dua bahasa itu, bahasa Melayulah yang lambat laun akan menjadi bahasa pergaulan atau bahasa persatuan."[15]
Bahasa Melayu Riau dijadikan sebagai bahasa persatuan Republik Indonesia dengan beberapa pertimbangan:
- Bahasa Jawa jauh lebih sukar dipelajari dibandingkan bahasa Melayu. Ada bahasa halus, biasa, dan kasar, yang mana dipergunakan untuk orang yang berbeza dari segi usia, derajat, ataupun pangkat. Bila kurang memahami budaya Jawa, boleh menimbulkan kesan negatif yang lebih besar.
- Bahasa Melayu Riau yang dipilih, dan bukan misalnya Bahasa Melayu Pontianak, atau Banjarmasin, atau Samarinda, ataupun Kutai, dengan pertimbangan pertama suku / puak Melayu berasal dari Riau, Sultan Melaka yang terakhir pun lari ke Riau setelah Melaka direbut Portugis. Kedua, sebagai lingua franca, Bahasa Melayu Riau yang paling sedikit terkena pengaruh misalnya dari bahasa Cina Hokkien, Tio Ciu, Ke, ataupun dari bahasa lainnya.
- Pengguna bahasa Melayu bukan hanya di Republik Indonesia. Pada tahun 1945, penutur bahasa Melayu yang berasal selain dari Republik Indonesia masih dijajah Inggeris. Malaysia, Brunei, dan Singapura masih dijajah oleh pihak Inggeris. Pada ketika itu, dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa persatuan, diharapkan di negara-negara seperti di Malaysia, Brunei, dan Singapura boleh menguatkan lagi semangat patriotik dan nasionalisme di antara negara-negara berjiran di sekitar wilayah Asia Tenggara.
Bahasa Indonesia di Arena Antarabangsa
Pada akhir tahun 2010, Pengerusi Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia secara terbuka menyatakan bahawa bahasa Indonesia menjadi salah satu bahasa rasmi ASEAN. Setahun yang lalu, delegasi Dewan Rakyat juga telah menyatakan cadangan yang serupa. Indonesia juga telah secara rasmi mencadangkan suatu pindaan undang-undang ASEAN Inter Parliamentary Assembly (AIPA) untuk bahasa Indonesia untuk dimasukkan ke dalam bahasa kerja AIPA, tentu saja selain bahasa Inggeris.
Pegawai Kementerian Luar Negeri Indonesia berkata terdapat sekitar 45 negara di dunia yang mengajar bahasa Indonesia di sekolah luar negeri, seperti Australia, Amerika Syarikat, Kanada dan Vietnam. Di Australia, bahasa Indonesia menjadi bahasa popular keempat di mana kira-kira 500 sekolah diajar bahasa Indonesia. Di Vietnam, sejak akhir tahun 2007, Kerajaan Tempatan Ho Chi Minh secara rasmi mengumumkan bahasa Indonesia untuk menjadi bahasa kedua. Jadilah Vietnam sebagai ahli ASEAN yang pertama untuk menubuhkan bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi kedua di negara ini. Bahasa Indonesia di Vietnam sejajar dengan Bahasa Inggeris, Perancis dan Jepun, sebagai bahasa keutamaan kedua.
Indonesia akan menjadi komoditi politik asing untuk mencari dan memperkuat kedudukan Indonesia di arena antarabangsa. Tidak salah, malah menunjukkan "kecemerlangan" bahasa Indonesia.
Bahasa Indonesia yang sudah dipilih ini kemudian dipiawaikan lagi dengan tatabahasa, dan kamus piawai juga diciptakan. Hal ini dilakukan pada zaman Penjajahan Jepun.
Penyempurnaan ejaan
Pada awalnya, Bahasa Indonesia ditulis dengan tulisan Latin-Romawi mengikuti ejaan Belanda. Selepas tahun 1972, Ejaan Yang Disempurnakan (EYD) dicadangkan. Dengan EYD, ejaan dua bahasa serumpun, iaitu Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu Malaysia semakin distandardkan.
Perubahan:
Sebelum 1972 | Sejak 1972 | |
---|---|---|
Indonesia | Malaysia | |
tj | ch | c |
dj | j | j |
ch | kh | kh |
nj | ny | ny |
sj | sh | sy |
j | y | y |
oe* | u | u |
Pengaruh terhadap perbendaharaan kata
Terdapat empat tempoh yang penting terhadap hubungan kebudayaan Indonesia dengan dunia luar yang meninggalkan jejak pada perbendaharaan kata Bahasa Indonesia.
Hindu (abad ke-6 hingga abad ke-15)
Sejumlah besar kata berasal daripada bahasa Sanskerta Indo-Eropah. Contoh: pura, kepala, mantra, cinta, kaca.
Islam (sejak abad ke-13)
Dalam tempoh ini diambillah sejumlah besar kata-kata daripada bahasa Arab dan bahasa Parsi. Contoh: masjid, kalbu, kitab, kursi, doa, khusus, maaf, selamat, senin, selasa, rabu, kamis, jumat, sabtu.
Kolonial
Pada tempoh ini, terdapat beberapa bahasa yang diambil, di antaranya:
- bahasa Portugis: gereja, sepatu, sabun, meja, jendela
- bahasa Belanda: asbak, kantor, polisi, kualitas.
Selepas penjajahan dan sejak kemerdekaan, banyak kata yang diambil berasal dari bahasa Inggeris. Contoh: konsumen, isu. Dan lalu ada juga Neo-Sanskerta, iaitu neologisme yang didasarkan pada bahasa Sanskerta. Contoh: dasawarsa, lokakarya, tunasusila.
Selain daripada itu, bahasa Indonesia juga meminjam perbendaharaan katanya dari bahasa Cina. Contoh: pisau, tauge, tahu, loteng, teko, tauke).
Ciri-ciri lain daripada Bahasa Indonesia sezaman adalah kesukaannya menggunakan akronim dan singkatan.
Pengelasan
Indonesia termasuk orang-orang daripada subkumpulan Melayu-Polinesia Timur yang bertutur dalam Bahasa Melayu-Polinesia Timur, iaitu suatu cabang bahasa Austronesia. Menurut tapak Ethnologue, bahasa Indonesia diasaskan daripada bahasa Melayu loghat Riau yang ditutur di timur laut Sumatera.
Taburan geografi
Bahasa Indonesia dituturkan di seluruh Indonesia, walaupun lebih banyak digunakan di kawasan bandar seperti ibu negara Jakarta yang menggunakan Bahasa Indonesia serta loghat Jakarta.
Penggunaan bahasa di daerah biasanya lebih formal, dan sering kali terselip loghat-loghat di daerah bahasa Indonesia itu dituturkan. Untuk berkomunikasi dengan orang sedaerah, bahasa daerah kekadang digunakan sebagai ganti untuk bahasa Indonesia.
Taraf rasmi
Bahasa Indonesia ialah bahasa rasmi Republik Indonesia.
Bunyi
Bahasa Indonesia mempunyai enam vokal: a, e, i, o, u, dan e pepet ("eē"), dan tiga diftong (ai, au, oi). Konsonannya terdiri daripada p, b, t, d, k, g, v, j, h, ng, ny, m, n, s, w, l, dan y. Disamping itu, terdapat juga konsonan lain yang hanya muncul dalam kata pinjaman, iaitu: f, v, sy, z, dan kh.
Pengejaan bahasa Indonesia hampir sama dengan bahasa Itali. Sebagai contoh, "t" dibunyikan lebih maju daripada bahasa Inggeris (bunyinya kira-kira antara huruf "t" dan "th"). Vokalnya juga hampir sama.
Tatabahasa
Dibandingkan dengan bahasa-bahasa Eropah, bahasa Indonesia tidak banyak menggunakan kata yang membezakan jantina. Sebagai contoh, kata ganti seperti "dia" tidak khusus menunjukkan apakah orang yang disebut itu lelaki atau perempuan. Hal yang sama juga ditemui pada kata seperti "adik" dan "pacar" sebagai contohnya. Untuk menentukan jantina, sepatah kata sifat harus ditambahkan, umpamanya "adik laki-laki".
Ada juga kata yang membezakan jantina, umpamanya "putri" dan "putra". Kata-kata seperti ini biasanya dipinjam daripada bahasa lain (pada kes di atas, kedua-dua kata itu dipinjam daripada bahasa Sanskerta melalui loghat Jawa kuno.
Kata gandaan digunakan untuk mengubah sepatah kata nama menjadi bentuk jamak, tetapi hanya jika jumlah benda itu tidak nyata daripada konteksnya. Sebagai contoh, "seribu orang" digunakan, dan bukannya "seribu orang-orang". Kata gandaan juga mempunyai banyak kegunaan yang lain, tidak terbatas pada kata nama.
Bahasa Indonesia menggunakan dua jenis kata ganti orang pertama jamak, iaitu "kami" dan "kita". "Kami" adalah kata ganti eksklusif yang bererti tidak termasuk orang yang dilawan bercakap, sedangkan "kita" adalah kata ganti perangkum yang bererti orang yang bercakap serta sekalian yang hadir, iaitu termasuk orang yang dilawan bercakap.
Susunan kata dasar adalah Subjek - Predikat - Objek (SPO), walaupun susunan kata yang lain juga mungkin. Berbeza dengan bahasa Inggeris, kata kerja tidak dipengaruh oleh bilangan subjek dan objek. Bahasa Indonesia juga tidak menggunakan kala. Waktu dinyatakan dengan menambahkan kata keterangan seperti "kemarin" atau "besok", atau penunjuk lain seperti "sudah" atau "belum".
Dengan tatabahasa yang cukup sederhana, bahasa Indonesia mempunyai kerumitannya sendiri, iaitu pada penggunaan imbuhan yang mungkin akan cukup membingungkan bagi orang yang pertama kali belajar bahasa Indonesia.
Lihat juga
- Bahasa Melayu Malaysia
- Bahasa Melayu
- Perbezaan antara Bahasa Melayu Piawai dan Bahasa Indonesia
- Perbezaan sebutan Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia
Pautan luar
![]() |
Wikipedia Bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas |
![]() |
Cari Bahasa Indonesia dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
- (Inggeris) Wikibuku - Belajar Bahasa Indonesia
- (Indonesia) Kamus Besar Bahasa Indonesia dalam jaringan
- (Indonesia) Tentang Bahasa Indonesia Diarkibkan 2007-10-12 di Wayback Machine
- (Inggeris) Belajar Bahasa Indonesia Diarkibkan 2010-04-07 di Wayback Machine
- (Inggeris) Learning Indonesian on the Internet
- (Inggeris) Indonesia WWW Virtual Library
- (Indonesia) Kamus dalam talian Indonesia-Inggeris dan Inggeris-Indonesia
- (Indonesia) Kamus dalam Indonesia-Inggeris-Indonesia
- (Indonesia) Kamus Indonesia-Inggeris dan Inggeris-Indonesia (muat turun) Diarkibkan 2013-03-08 di Wayback Machine
- (Inggeris) Atrinia.Com - Kamus on the Fly Indonesia-Inggeris-Jepun Diarkibkan 2019-12-20 di Wayback Machine
- (Inggeris) Kamus dalam talian Indonesia-Berbagai Bahasa dan Berbagai Bahasa-Indonesia
- (Inggeris) Belajar bahasa Indonesia dalam talian
- ^ "Recognition of Bahasa Indonesia as an official language of the General Conference of UNESCO". UNESCO General Conference. UNESCO (42). 2023. Dicapai pada 2023-11-20.
- ^ a b Uri Tadmor (2008). "Grammatical borrowing in Indonesian". Dalam Yaron Matras; Jeanette Sakel (penyunting). Grammatical Borrowing in Cross-Linguistic Perspective (dalam bahasa Inggeris). Walter de Gruyter. m/s. 301. ISBN 978-3-11-019919-2.
- ^ "Mendagri Tito Karnavian: Peran Dukcapil Sangat Penting bagi Bangsa Indonesia" [Indonesia's full-year population in 2023]. Ministry of Home Affairs (Indonesia) (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 June 2024. Dicapai pada 23 June 2024.
- ^ "Hasil Long Form Sensus Penduduk 2020". Statistics Indonesia (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 27 August 2024.
- ^ George Quinn. "The Indonesian Language". www.hawaii.edu. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 December 2010. Dicapai pada 17 January 2022.
- ^ "East Timor Languages". www.easttimorgovernment.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2016. Dicapai pada 21 March 2016.
- ^ Berlie, Jean A. (1 October 2017). "A Socio-Historical Essay: Traditions, Indonesia, Independence, and Elections". East Timor's Independence, Indonesia and ASEAN. Springer. ISBN 9783319626307.
- ^ Ramos-Horta, J. (20 April 2012). "Timor Leste, Tetum, Portuguese, Bahasa Indonesia or English?". The Jakarta Post (dalam bahasa Inggeris).
- ^ a b Sneddon, James (2003). "Diglossia in Indonesian". Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde. 159 (4): 519–549. doi:10.1163/22134379-90003741. ISSN 0006-2294. JSTOR 27868068.
- ^ Uri Tadmor (2009). "Malay-Indonesian". Dalam Bernard Comrie (penyunting). The World's Major Languages (dalam bahasa Inggeris). Routledge. m/s. 791. ISBN 9781134261567.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamapolicy
- Rencana bahasa dengan nombor penutur tidak bertarikh
- Halaman artikel bahasa dengan sampel teks
- Halaman artikel bahasa dengan sampel suara
- Rencana dengan kod Glottolog tanpa nama
- Bahasa dengan kod ISO 639-2 code
- Rencana bahasa tanpa medan rujukan
- Bahasa Indonesia
- Bahasa Melayu
- Bahasa di Indonesia
- Bahasa di Timor Leste
- Bahasa Austronesia
- Bahasa-bahasa Melayu
- Bahasa Melayu-Polinesia