Latar Belakang
Sebuah perbandaran yang serba lengkap, Bandar Saujana Putra atau dikenali sebagai BSP terletak di lokasi yang berdekatan dengan bandar-bandar utama seperti Rimbayu dan Banting. Bandar Saujana Putra adalah merupakan model kehidupan masyarakat dengan rumah-rumah yang berkualiti dengan harga berpatutan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk sekolah, kedai, balai polis, taman-taman, masjid dan hospital. Sebelum ini, BSP merupakan sebuah lombong dan juga tanah hutan berpaya. Tempat ini diasaskan pada tahun 2003 oleh LBS Bina Berhad dan pendudukan BSP bermula pada tahun 2006. Nama sebelum bagi Bandar Saujana Putra adalah Mukim Tanjong Duabelas dan ia terletak di bawah pentadbiran Zon 7 Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).
Bandar Saujana Putra
BSP | |
|---|---|
Perbandaran | |
| Transkripsi lain | |
| • Tulisan Jawi | باندر ساوجان ڤوترا |
| • Bahasa Cina | 绍嘉娜太子城 (Shào Jiā Nà Tài Zǐ Chéng) |
| • Bahasa Tamil | சௌஜனா புத்ரா நகரம் (Caujaṉā putrā nakaram) |
| • Bahasa Benggali | সৌজানা পুত্র শহর (Saujānā putra śahara) |
Jalan di kawasan Bandar Saujana Putra | |
| Koordinat: 2.946984°N 101.579676°E | |
| Negara | |
| Negeri | |
| Daerah | |
| Mukim | Tanjong Duabelas (I) |
| Ditubuhkan | 2003 |
| Diasaskan oleh | LBS Bina Berhad |
| Pentadbiran | |
| • Ditadbir oleh | Majlis Perbandaran Kuala Langat |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 3.4 km2 (1.3 batu persegi) |
| Penduduk | |
| • Jumlah | 30,000 (anggaran) |
| Zon waktu | WPM |
| Poskod | 42610 |
| Laman sesawang | https://www.mpkl.gov.my |
| Lokasi Bandar Saujana Putra di Peta Google | |

Setakat ini, lebih daripada 6,000 unit kediaman dan komersial telah siap dan dijual dengan populasi perbandaran melebihi 30,000[1]. Diarkibkan 2018-01-02 di Wayback Machine.
Stesen minyak Petron dan Petronas terletak di sini. Stesen minyak Caltex akan berada di BSP pada masa hadapan.
Pada 21/9/2023, Masjid Bandar Saujana Putra telah dibuka secara umum kepada umat Islam di BSP.
Buku Rekod Malaysia (MBP)
BSP21, iaitu kondominium di Bandar Saujana Putra telah mendapat rekod dari 'The Malaysia Book of Records' sebagai 'bilangan fasiliti terbanyak dalam pembangunan kediaman' iaitu sebanyak 103 fasiliti.[1][2]
Akses
- Bandar Saujana Putra terletak kira-kira 30 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)( IATA : KUL ), 18 km ke Cyberjaya, dan 6 km ke Putra Heights melalui Plaza Tol ELITE Saujana Putra, dari
Lebuhraya Utara–Selatan Hubungan Tengah (ELITE). - Telok Panglima Garang terletak 21 km dari Bandar Saujana Putra melalui Plaza Tol SKVE Saujana Putra, dari
Lebuhraya Lembah Klang Selatan. Pusat bandar Daerah Kuala Langat, iaitu Banting boleh diakses dari Telok Panglima Garang melalui
Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).
Akses ke Bandar Saujana Putra
- Melalui Plaza Tol Bandar Saujana Putra (ELITE) dari 'Exit 606: Persimpangan Saujana Putra',
Lebuhraya Utara–Selatan Hubungan Tengah (ELITE). - Melalui Plaza Tol SKVE Saujana Putra dari 'Exit 2607',
Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE). - Melalui Persiaran Bayu dari Bandar Rimbayu, Kota Kemuning dan Kampong Jalan Kebun.
- Melalui Jalan Kampung Lombong dari Kampung Lombong, Bandar Bukit Puchong dan Puchong.
Kawasan di Bandar Saujana Putra


Bandar Saujana Putra mempunyai zon-zon kawasan iaitu dari Persiaran Saujana Putra, hingga ke Jalan SP7. Juga, SP 11 merupakan kawasan BSP walaupun berjauhan dari pusat bandar BSP.
- Persiaran Saujana Putra:
- SP 1
- SP 2
- SP 3
- Persiaran Saujana Putra Utama/Jalan Saujana Putra:
- SPU (Lot Perniagaan)
- SP 4
- SP 5 (BSP Village)
- SP 6
- Jalan SP7:
- SP 7
- SP 8
- SP 9
- SP 10 (BSP Avenue)
- Jalan SP 11/1:
- SP 11 (Idaman BSP, BSP Sutera)
Kemudahan asas
Pendidikan
- Sekolah Kebangsaan Saujana Putra
- Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Saujana Putra
- Universiti MAHSA
- Sekolah Antarabangsa MAHSA
Tempat beribadat
- Masjid Bandar Saujana Putra
- Surau An-Nur
- Surau Al-Hidayah
- Surau Al-Mukmin (Pangsapuri Seri Saujana)
- Surau Al-Hijrah (Rumah Pangsa Impian)
- Tokong Cina Sugata Dharma Vihara
- Gereja Bible Perkataan Rahmat
Kemudahan lain
- Dewan Serbaguna BSP
- Dewan Pangsapuri Seri Saujana
- Dewan Komuniti Rumah Pangsa Impian
- Balai Polis Bandar Saujana Putra
- Klinik Komuniti Bandar Saujana Putra
- Hospital Pakar MAHSA
- Petron Bandar Saujana Putra
- Petronas Bandar Saujana Putra[3]
Rujukan
- ^ Sakib, Erfan (2020-01-14). "20200114 INSPIRED BY THE NEEDS OF HOMEBUYERS, LBS SETS A NEW STANDARD IN THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS WITH BSP21". LBS Bina (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-20.
- ^ "BSP21 is Malaysia's housing project with the most facilities". Edgeprop.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-20.
- ^ "Google Maps". Google Maps. Dicapai pada 2025-09-19.









