Serenia City | |
---|---|
Perbandaran | |
Bandar Serenia | |
Transkripsi lain | |
• Jawi | باندر سرنيا |
![]() Papan tanda Bandar Serenia di tepi tasik | |
Koordinat: 2.852348°N 101.704302°E | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Daerah | Sepang |
Mukim | Mukim Dengkil |
Ditubuhkan | 27 Mac 2018 |
Dibangunkan oleh | Sime Darby Property |
Keluasan | |
• Jumlah | 7.1 km2 (2.7 batu persegi) |
Zon waktu | WPM |
Poskod | 43900 |
Laman sesawang | https://www.simedarbyproperty.com/industrial/serenia-city |
Serenia City / Bandar Serenia (etimologi daripada "Serene" iaitu terjemahan Tenang dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah perbandaran di perbandaran Dengkil di Daerah Sepang, Selangor, Malaysia. Serenia terletak berhampiran Salak Tinggi. Kawasan itu dahulunya dikenali sebagai Ladang Ampar Tenang dan bermula sebagai ladang teh, getah dan kelapa sawit. Pada 2016, ladang itu mula bertukar menjadi perbandaran pegangan bebas yang dibangunkan oleh Sime Darby Properties. Perbandaran ini mempunyai keluasan 2370 ekar dan dibahagikan kepada 5 presint iaitu Cipta, Citra, Aman, Bayu dan Puncak, disasarkan untuk menampung 60,000 penduduk pada tahun 2035.
Akses
Kawasan ini mudah diakses ke KLIA 1 & KLIA 2 kerana kawasan ini dekat dengannya. Juga, mudah diakses ke lebuhraya seperti Lebuhraya ELITE, Lebuhraya Putrajaya-Dengkil-KLIA dll.
Akses ke Bandar Serenia
- Plaza Tol Bandar Serenia dari Lebuhraya ELITE.
LP 29 Lebuhraya Putrajaya-Dengkil-KLIA dari Putrajaya/Dengkil/KLIA/Kota Warisan.
- Jalan Dato Dagang Mondok dari Kampung Ampar Tenang/Jenderam Hulu/Jenderam Hilir.[1]
Residensi di Bandar Serenia
- Anira
- Adiva
- Amani
- Aqila
- Arina
- Aiora
- Ariya
- Anisa
- Amalia
- Baleria
Galeri


Rujukan
- ^ "Google Maps". Google Maps. Dicapai pada 2025-09-18.