![]() | Ini merupakan laman bantuan bagi panduan bagaimana di Wikipedia Bahasa Melayu. Laman ini menjelaskan proses atau tatacara bagi beberapa aspek norma dan amalan di Wikipedia. Laman ini bukanlah salah satu daripada dasar dan garis panduan di Wikipedia dan mungkin mencerminkan pelbagai tahap sepersetujuan dan pemeriksaan. |
![]() | Laman ini bukanlah kotak pasir. Laman ini tidak seharusnya digunakan untuk ujian penyuntingan. Untuk berbuat demikian, sila gunakan kotak pasir Wikipedia, kotak pasir anda sendiri, atau kotak pasir lain. |
Kotak pasir saya ialah suatu ciri yang memberi anda tempat untuk berlatih menyunting, sama ada untuk membuat draf untuk penerbitan kemudian di ensiklopedia utama, atau hanya untuk berlatih memformat dengan sintaks penanda wiki. Jika anda mempunyai akaun, anda akan melihat suatu pautan di penjuru kanan sebelah atas layar (dalam menu lungsur turun jika anda menggunakan WP:VECTOR2022) yang menyatakan "Kotak pasir"; ini akan membawa anda ke kotak pasir anda.
Pautan itu akan membawa anda ke sublaman pengguna Khas:Laman saya/Kotak pasir. Jika sublaman itu tidak wujud, maka ia akan dibuka untuk disunting dengan {{Kotak pasir peribadi}} ditambah ke bahagian atas tetingkap penyuntingan. Templat ini memberitahu pembaca bahawa laman itu merupakan kotak pasir, bukannya rencana, dan ia menghalang laman daripada diindeks oleh enjin carian.
Menamakan semula laman kotak pasir sedia ada
Jika anda ingin menamakan semula (memindahkan) kotak pasir anda, lihat Wikipedia:Menamakan semula kotak pasir anda.
Menyesuaikan
Mengalih keluar
Pautan kotak pasir sebelum ini adalah suatu alat tetapi kini merupakan ciri yang terbina dalam. Ia tidak boleh dilumpuhkan dalam keutamaan tetapi ia boleh dialih keluar dengan meletakkan ini di dalam laman CSS anda:
li#pt-sandbox { display: none !important; }
Ciri ini tidak mempunyai tetapan ciri untuk menyokong penyesuaian; walau bagaimanapun, ia boleh dialih keluar dan versi JavaScript dicipta di ruang pengguna.
Beralih ke bar alat
Untuk mencipta pautan bar alat ke Khas:Laman saya/Kotak pasir.
mw.util.addPortletLink(
'p-personal',
'/w/index.php?title=Khas:Laman_saya/Kotak_pasir&action=edit&preload=Templat:Kotak_pasir_peribadi/preload&editintro=Templat:Kotak_pasir_peribadi',
'My sandbox',
'pt-mysandbox',
'Go to your sandbox',
null,
'#pt-preferences'
);
Untuk mengalih keluar autosunting:
var NoEditSandbox = $('#pt-mysandbox a').slice(0,1).attr('href', '/wiki/User:' + wgUserName + '/sandbox');
Sublaman saya
Jika anda mempunyai berbilang kotak pasir atau sublaman pengguna lain, mungkin lebih berguna untuk menunjukkan senarai sublaman anda:
- Pastikan anda menggantikan nama_pengguna dengan nama pengguna anda.
mw.util.addPortletLink(
'p-personal',
'/wiki/Khas:Indeks_awalan/Pengguna:nama_pengguna',
'My subpages',
'pt-mysubpages',
'Show my subpages',
null,
'#pt-preferences'
);