![]() | |
Jenis | Kain Seni (Art Fabric) |
---|---|
Bahan | Kain, Sutera, Kapas |
Tempat asal | Jawa dalam Indonesia Moden[1][2] |
Pendidikan dan Latihan dalam Batik | |
---|---|
Museum Batik Pekalongan, Jawa Tengah | |
Negara | Indonesia |
Domain | Kemahiran pertukangan tradisional, tradisi lisan dan ekspresi, amalan sosial, ritual serta perayaan. (Traditional craftsmanship, oral traditions and expressions, social practices, rituals and festive events) |
Rujukan | [https://ich.unesco.org/en/RL/00318 [1]] |
Kawasan | Asia-Pasifik |
Sejarah inskripsi | |
Inskripsi | 2009 (sesi 4th) |
Senarai | Good Safeguarding Practices |
Batik Indonesia | |
---|---|
![]() Wanita melakukan kraf batik di Jawa. Ia melukis corak rumit menggunakan canting dan lilin yang disimpan panas dan cair dalam kuali kecil yang dipanaskan, 27 Julai 2011 | |
Negara | Indonesia |
Domain | Kemahiran pertukangan tradisional, tradisi lisan dan ekspresi, amalan sosial, ritual serta perayaan. (Traditional craftsmanship, oral traditions and expressions, social practices, rituals and festive events) |
Rujukan | [https://ich.unesco.org/en/RL/00170 [2]] |
Kawasan | Asia-Pasifik |
Sejarah inskripsi | |
Inskripsi | 2009 (sesi 4th) |
Senarai | Representative |
Batik ialah jenis kain yang lazim yang berasal daripada Jawa, dicorakkan dengan bahan lilin melalui pelbagai kaedah, antaranya termasuk kaedah tulis, skrin, celup, dan terap.[3][4][2] Di Nusantara, semua bahan untuk proses itu sedia ada – kapas dan lilin lebah serta tumbuhan yang menghasilkan pewarna sayuran yang berbeza.[5]
Seni ini mula-mula dikembangkan oleh masyarakat pulau Jawa yang menyebar ke pulau-pulau serantau. Sejak pemisahan oleh para penjajah Barat dan kemerdekaan bekas-bekas jajahan ini, negara-negara moden sinambungan Indonesia dan Malaysia meneruskan seni batik yang sedia ada berdasarkan unsur masyarakat tersendiri.[6]
Sesetengah saintis seperti G. P. Rouffaer dan Juynboll mencadangkan bahawa Batik mungkin atau boleh jadi berdasarkan teknik yang diperkenalkan pada abad ke-6 atau ke-7 dari India atau Sri Lanka.[7][8] Sesetengah sarjana bagaimanapun membantah bahawa persamaan corak tidak semata-mata buat kesimpulan bagi batik kerana ia boleh jadi dibuat dengan beberapa teknik yang tidak berkaitan.[9] Pada masa ini, terdapat corak-corak baru yang dikenali sebagai batik moden bagi memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa berubah-ubah, tetapi batik tradisi turut dihasilkan di samping itu.
Keseluruhan teknik, teknologi, dan perkembangan motif dan budaya batik di negara Indonesia termasuk industri tempatan telah ditetapkan pihak UNESCO sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara sejak 2 Oktober 2009.[1]
Etimologi
Perkataan ini berasal daripada bahasa Jawa: ꦲꦩ꧀ꦧꦛꦶꦏ꧀, translit. ambathik hasil lakuran kata ꦲꦩ꧀ꦧ amba bererti "lebar" atau "luas" (merujuk kepada kain dicanting) dan ꦤꦶꦛꦶꦏ꧀ nithik yang bererti "membuat titik"[1][10][11] selanjutnya membawa maksud "menghubungkan titik-titik menjadi gambar tertentu pada kain yang luas atau lebar".[12]
Pembudayaan

Di Indonesia
Batik meluas di Indonesia. Batik tulis mempunyai dimensi budaya yang mengandungi dan beragam.[13] Ramai pereka muda memulakan kerjaya mereka dalam bidang fesyen dengan menjadikan batik sebagai sumber inspirasi. Kreativiti mereka telah melahirkan busana batik moden.[14]
Indonesia meraikan Hari Batik Nasional pada 2 Oktober setiap tahun sejak 2009 selepas batik mendapat pengikitrafan daripada UNESCO.[15]
Di Malaysia
Mulai 17 Januari 2008, semua kakitangan awam lelaki di Malaysia dikehendaki memakai baju batik Malaysia pada setiap hari Khamis. Sebelum ini peraturan memakai baju batik hanya pada hari Sabtu sahaja. Hari pemakaian baju batik ini kemudiannya diubah kepada 1 hari bulan dan 15 hari bulan. Akan tetapi, orang ramai mudah lupa menyebabkan pengembalian semula kepada sistem lama berdasarkan hari.[16]
Malaysia meraikan Hari Batik Malaysia pada 3 Disember setiap tahun sejak 2021 sebagai penghargaan atas inisiatif yang dilakukan Datin Paduka Seri Endon Mahmood yang melancarkan gerakan Batik Malaysia: Dibuat Untuk Dunia pada 3 Disember 2003 untuk membawa batik Malaysia ke arena antarabangsa.[17]
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b c "Indonesia Batik". UNESCO. Dicapai pada 21 October 2019.
- ^ a b "Batik". Merriam-Webster. Dicapai pada 2 January 2021.
- ^ Sucheta Rawal (4 October 2016). "The Many Faces of Sustainable Tourism – My Week in Bali". Huffingtonpost.
- ^ "Batik". Cambridge. Dicapai pada 2 January 2021.
- ^ "Batik in Java". The Batik Guild. Dicapai pada 29 April 2014.
- ^ Syed Shaharuddin, Sharifah Imihezri; Shamsuddin, Maryam Samirah; Drahman, Mohd Hafiz; Hasan, Zaimah; Mohd Asri, Nurul Anissa; Nordin, Ahmad Amri; Shaffiar, Norhashimah Mohd (Jul 2021). "A Review on the Malaysian and Indonesian Batik Production, Challenges, and Innovations in the 21st Century". SAGE Open (dalam bahasa Inggeris). 11 (3): 215824402110401. doi:10.1177/21582440211040128. ISSN 2158-2440.
- ^ Rouffaer & Juynboll 1899.
- ^ Pullen 2021, m/s. 58.
- ^ The Jakarta Post Life team. "Batik: a cultural dilemma of infatuation and appreciation". The Jakarta Post.
- ^ "Pengertian Batik". Primus Supriono. Dicapai pada 2 January 2021.
- ^ Poerwadharminta, WJS. Bausastra.
- ^ "Batik : Sebuah Konsepsi Estetika Seni Jawa yang Adiluhung, Indah bagai di Awang". kebudayaan.kemdikbud.go.id. 16 April 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 September 2021. Dicapai pada 12 March 2021.
- ^ "Batik patterns hold deep significance". thejakartapost.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 May 2014.
- ^ Muhtar (2023-10-02). "Ini Sejarahnya Hari Batik Nasional Diperingati Setiap 2 Oktober". UICI (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-02.
- ^ Peraturan baru pakaian batik bagi kakitangan awam, Bernama
- ^ SHAMSURI, AHMAD SHAHERMAN (2021-12-01). "3 Disember diisytihar Hari Batik Malaysia". Kosmo Digital. Dicapai pada 2023-10-02.
- Pogadaev, Victor (2002). "The Magic of Batik" in "Vostochnaya Kollektsiya" (Oriental Collection), Spring 2002, p. 71-74.
Pautan luar
- Katalog Tapak Web Batik Indonesia Diarkibkan 2007-09-28 di Wayback Machine
- (Inggeris) Batik-batik bersejarah
- Luwes Group Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine
- Warisan Budaya Malaysia Diarkibkan 2006-09-01 di Wayback Machine
- Arsitek Punca Cipta Diarkibkan 2006-07-10 di Wayback Machine
- Batik Belanda Diarkibkan 2006-08-10 di Wayback Machine
- Model Baju Batik