Bawani Kaniapan | |
---|---|
Timbalan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia | |
Menyandang jawatan 2024 | |
Setiausaha Agung | Michael Jeyakumar Devaraj |
Didahului oleh | Sivarajan Arumugam |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Bawani a/p Kaniapan Kampar, Perak, Malaysia |
Tempat belajar | Universiti Utara Malaysia (BA) Universiti Kebangsaan Malaysia (LLB) |
Pekerjaan | Peguam |
Bawani a/p Kaniapan (Tamil: பவானி கனியாபன்) atau lebih dikenali sebagai Bawani KS, ialah seorang ahli politik dan peguam Malaysia yang dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM).[1]
Kehidupan awal dan pendidikan
Bawani Kaniapan dilahirkan di Kampar, Perak, Malaysia. Bawani mempunyai Ijazah sarjan muda dalam psikologi daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Ijazah sarjana muda dalam undang-undang daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Kerjaya politik
Bawani mempunyai latar belakang yang kuat dalam aktivisme mahasiswa dan pernah terlibat aktif dalam Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bawani juga memainkan peranan penting dalam memperjuangkan pendidikan percuma, bekerjasama dengan pelbagai gerakan mahasiswa dalam kempen tersebut.
Pada April 2025, PSM telah mengumumkan Bawani sebagai calon mereka untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.[2][3] Pilihan raya ini merupakan kali kedua beliau bertanding di kerusi yang sama setelah gagal dalam percubaan pertama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Keputusan Pilihan Raya
Tahun | Kawasan | Calon | Undi | Per | Lawan | Undi | Pct | Jumlah undi | Majoriti | Turun undi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | N48 Ayer Kuning | Bawani Kaniapan (PSM) | 586 | 2.50% | Ishsam Shahruddin (UMNO) | 9,088 | 38.73% | 23,466 | 2,213 | 74.85% |
Rujukan
- ^ "Profile Bhavani". psm. Parti Sosialis Malaysia. 2023. Dicapai pada 17 January 2023.
- ^ "PSM nominates Bawani KS as candidate for Ayer Kuning by-election பிஎஸ்எம் (PSM) ஐயர் குனிங் இடைத்தேர்தலுக்கு பவானி கே.எஸ். அவர்களை المرுமுறை வேட்பாளராக பரிந்துரைக்கிறது". The edge. The edge. 2024. Dicapai pada 4 September 2024.
- ^ https://malaysiagazette.com/2025/04/08/prk-ayer-kuning-bawani-ks-diumum-calon-psm