Laman Ini Mengenai Bendera dan Jata Kedah sahaja.
| Kegunaan | Bendera negeri |
|---|---|
| Nisbah | 1:2 |
| Diterima pakai | 1912 |
| Rekaan | Latar warna merah dengan simbol Padi Kuning + Anak Bulan sabit Hijau + Perisai Kuning di kanton bendera. |
| Jata Negeri Kedah | |
|---|---|
| Butiran | |
| Gencana | Anak Bulan. |
| Jabaran | Perisai Kuning. |
| Penopang/ penyokong | Padi Kuning. |
| Cogan kata | Negeri Kedah. |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Bendera Negeri Kedah

- Anak bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai kuning yang tanda negeri ini beragama Islam, dan dilingkungi oleh jambangan padi berwarna kuning di atas latar belakang merah.
- Merah adalah warna tradisional negeri Kedah yang turun-temurun dan juga melambangkan kemewahan, sementara bulan sabit adalah simbol agama Islam.
- Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya.
- Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan.
Bendera terdahulu
Ketika awal abad ke-18, bendera Kedah hanya berupakan bendera merah sepenuhnya. Pada awal abad ke-19, sebuah bendera baharu diguna pakai. Bendera itu gambaran menampilkan seekor harimau berwarna kuning berlatarbelakangkan warna merah seperti bendera sebelumnya. Gambaran bendera itu memperlihatkan harimau seolah-olah menerkam sesuatu, dan oleh itu, digelar sebagai bendera "harimau terkam" serta "harimau melompat". Bendera ini digunakan hingga bendera terkini mula digunakan pada awal abad ke-20.
Bendera Bandar dan Daerah
Bendera Zaman Dulu
-
Bendera Kedah sebelum tahun 1912.
-
Bendera Kedah sebelum tahun 1821.
Jata Negeri Kedah

Jambangan yang terdiri daripada lengkaran biji padi melambangkan komoditi pertanian utama negeri – beras. 17 biji benih di satu sisi jambangan melambangkan 17 rakaat dalam solat setiap hari.
Jata Versi Lain










