Benz | |
---|---|
Pengarah | Bakkiyaraj Kannan |
Lakon layar | Bakkiyaraj Kannan |
Cerita oleh | Lokesh Kanagaraj |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Goutham George |
Disunting oleh | Philomin Raj |
Muzik oleh | Sai Abhyankkar |
Syarikat penerbitan |
|
Negara | India |
Bahasa | Tamil |
Benz ialah sebuah filem aksi ngeri India dalam bahasa Tamil yang akan datang, diarahkan oleh Bakkiyaraj Kannan, yang turut menulis skrip filem ini bersama Lokesh Kanagaraj. Diterbitkan oleh Passion Studios, The Route dan G Squad, filem ini merupakan ansuran keempat dalam Lokesh Cinematic Universe (LCU).Ia adalah filempertama dalam LCU yang bukan diarahkan oleh Lokesh sendiri. [1] Filem ini dibintangi oleh Raghava Lawrence dalam peranan utama, bersama Nivin Pauly dan Samyuktha .
Filem ini diumumkan secara rasmi pada April 2024, dan penyertaannya dalam Lokesh Cinematic Universe (LCU) diumumkan pada Oktober tahun yang sama. Penggambaran utama bermula pada Mei 2025. Muzik digubah oleh Sai Abhyankkar, sinematografi dikendalikan oleh Goutham George, manakala penyuntingan dilakukan oleh Philomin Raj.
Barisan Pelakon
- Raghava Lawrence sebagai Benz
- Nivin Pauly sebagai Walter
- Samyuktha
Produksi
Pada September 2022, dua bulan selepas tayangan Gulu Gulu, dilaporkan bahawa pengarah Rathna Kumar akan bekerjasama dengan pelakon Raghava Lawrence untuk sebuah projek berpotensi, dan Lokesh Kanagaraj, yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Kumar dalam Master (2021) dan Vikram (2022), dilaporkan telah menulis skrip filem tersebut.Selepas tayangan Rudhran pada awal 2023, Lawrence mengesahkan bahawa beliau akan membintangi sebuah filem yang diarahkan oleh Kumar serta diterbitkan dan ditulis oleh Lokesh. [2]
Pada 14 April 2024, bersempena dengan sambutan Tahun Baru Tamil, Lokesh Kanagaraj secara rasmi mengumumkan produksi keduanya selepas Fight Club (2023) di bawah label produksinya G Squad, yang turut menerbitkan filem ini bersama Sudhan Sundaram dan Jagadish Palanisamy di bawah label Passion Studios dan The Route masing-masing [3] [4]
Penggambaran utama bermula pada 12 Mei 2025 di Chennai, dan Samyuktha diumumkan sebagai pelakon utama pada keesokan harinya. Pada 4 Jun 2025, melalui sebuah video promo, Nivin Pauly diumumkan sebagai sebahagian daripada barisan pelakon, memegang dua watak dengan salah satu watak bernama Walter, antagonis utama.. [5]
Runut Bunyi
Muziknya digubah oleh Sai Abhyankkar, yang sebelum ini merupakan seorang pemuzik bebas. Ini merupakan filem cereka pertama yang beliau tandatangani. [6] [7] Hak audio telah dibeli oleh Think Music India . [8] "
Promosi
Pada 29 Oktober 2024, bersempena dengan hari lahir Lawrence, Lokesh telah melancarkan sebuah video imbasan yang mengesahkan Benz sebagai tambahan terbaharu dalam Lokesh Cinematic Universe (LCU) selepas Kaithi (2019), Vikram dan Leo. Video imbasan tersebut memaparkan Lokesh menyambut kehadiran Lawrence ke dalam LCU, diikuti dengan babak pelakon itu memainkan watak sebagai seorang cef yang memegang pistol di sebelah tangan dengan kesan darah pada pakaian putihnya. [9] [10]
Tayangan
Hak penstriman pasca teater telah dibeli oleh Netflix . [11]
Rujukan
- ^ Kumar, Akshay (12 May 2025). "Raghava Lawrence's Benz goes on floors". Cinema Express (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 May 2025. Dicapai pada 12 May 2025.
- ^ "Lokesh Kanagaraj to produce Raghava Lawrence's next with Rathna Kumar". Cinema Express (dalam bahasa Inggeris). 16 April 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2024. Dicapai pada 7 November 2024.
- ^ Sundar, Anusha (14 April 2024). "Lokesh Kanagaraj's second production venture titled Benz, Raghava Lawrence to star as lead". OTTPlay (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 May 2024. Dicapai pada 30 October 2024.
- ^ "Lokesh Kanagaraj to produce Raghava Lawrence's next". Cinema Express (dalam bahasa Inggeris). 14 April 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 May 2024. Dicapai pada 30 October 2024.
- ^ Kumar, Akshay (10 June 2025). "Raghava Lawrence's Benz completes first schedule filming". Cinema Express (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 June 2025. Dicapai pada 10 June 2025.
- ^ Mullappilly, Sreejith (3 November 2024). "Sai Abhyankkar to make his debut as a composer with Lokesh Kanagaraj's Benz". Cinema Express (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2024. Dicapai pada 3 November 2024.
- ^ Radhakrishnan, Roopa (4 November 2024). "I'm happy to be the third music composer in LCU: Sai Abhyankkar". The Times of India. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2024. Dicapai pada 4 November 2024.
- ^ Think Music India (5 November 2024). Benz — Announcement Promo | Raghava Lawrence | Lokesh Kanakaraj | Bakkiyaraj Kannan | Sai Abhyankkar. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2024. Dicapai pada 11 November 2024.
- ^ Kumar, Vineeta (30 October 2024). "Actor Raghava Lawrence enters Lokesh Kanagaraj's cinematic universe with Benz". India Today (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2024. Dicapai pada 30 October 2024.
- ^ Sundar, Anusha (30 October 2024). "Benz teaser unveiled: Raghava Lawrence joins Lokesh Kanagaraj's LCU". OTTPlay (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2024. Dicapai pada 30 October 2024.
- ^ Kumar, Akshay (29 October 2024). "Raghava Lawrence's Benz is officially a part of LCU". Cinema Express (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2024. Dicapai pada 30 October 2024.