Bercakap Dengan Jun ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2024 terbitan Anomalous Films Sdn. Bhd yang diarahkan oleh Syed Fariz dan Fairul Nizam Ablah. Drama ini dibintangi oleh Dini Schatzmann, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Kahoe Hon, Hilal Azman dan Jun Lojong. Siri drama ini memulakan tayangan di Slot DramaVaganza, Astro Ria pada 1 hingga 30 Mei 2024 menggantikan Khun-sa.
Bercakap Dengan Jun | |
---|---|
Genre | Drama Jenayah |
Berdasarkan daripada | Adaptasi novel Bercakap Dengan Jun karya Hasrul Rizwan |
Ditulis oleh |
|
Pengarah |
|
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan | Gelap - Satwo |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 10 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Sharifah Fatimahtuzzahraa' (Penerbit eksklusif ASTRO) |
Penerbit |
|
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Anomalous Films Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 1 Mei 2024 – 30 Mei 2024 |
Kronologi | |
Mengikuti | Khun-sa |
Diikuti oleh | Kiblat Ke Syurga |
Sinopsis
Mengisahkan tentang seorang pencopet yang berusaha membesarkan seorang anak luar nikah yang ditinggalkan ibunya. Bagaimana Jun sedaya upaya untuk membesarkan Ranum agar dia bahagia walau serba kekurangan.
Jun seorang penyeluk saku yang hidup tanpa tujuan di jalanan, membunuh masa dan mencari nafkah dengan mencuri. Aktiviti hariannya menjadi kacau apabila dia tanpa sengaja terpaksa menjaga seorang bayi yang baru lahir, dan itu mengubah arah hidupnya walaupun ia bermakna mengorbankan nyawanya sendiri.
Pelakon
Pelakon utama
- Dini Schatzmann sebagai Jun
Pelakon pembantu
- Qistina Rania sebagai Lily
- Fikry Ibrahim sebagai Sam
- Kahoe Hon sebagai Luth
- Sairish Elaria sebagai Baby Ranum
- June Lojong
- Hilal Azman
- Emelda Rosemila sebagai Dr. Dahlia Zakaria
- Azhar Sulaiman
- Nadiya Nisaa
- Musyi Mohtar
Pautan luar
Astro Ria: Slot DramaVaganza, Rabu-Khamis, 9:00 malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Bercakap Dengan Jun | Berikutnya |
Khun-sa | Kiblat Ke Syurga |