"Berkorban Apa Saja" | |
---|---|
![]() Poster filem Hang Tuah terbitan Malay Film Productions pada 1956 | |
Lagu oleh P. Ramlee | |
daripada album Hang Tuah | |
Dilancarkan | 1956 |
Panjang | 2:36 |
Syarikat | Malay Film Productions |
Penulis | Jamil Sulong |
Penerbit | P. Ramlee |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
"Berkorban Apa Saja" ialah sebuah lagu gubahan P. Ramlee yang ditampilkan dalam filem Hang Tuah pada 1956. Lagu ini dinyanyikan oleh watak Hang Tuah dalam filem tersebut dan mengisahkan tentang perjuang dalam mempertahankan negara. Ia menjadi salah satu lagu patriotik yang popular di Malaysia.
Ia kemudian dimuatkan dalam beberapa album popular termasuk 4 Lagenda Terunggul Vol 1, Lagenda Hit dan sebagainya. Lagu ini pernah dinyanyikan semula oleh beberapa penyanyi terkenal seperti Herman Tino dan Jamal Abdillah dan dimuatkan dalam beberapa album berasingan.
Versi lain
"Berkorban Apa Saja" | |
---|---|
![]() Sampul album Sepi Seorang Perindu yang diterbitkan pada 1989 | |
Lagu oleh Jamal Abdillah | |
daripada album Sepi Seorang Perindu | |
Dilancarkan | 1989 |
Panjang | 4:04 |
Syarikat | WEA Records |
Penulis | Jamil Sulong |
Penerbit | Ahmad Nawab |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Lagu ini telah dinyanyikan sekali lagi oleh Dato' Jamal Abdillah dalam filem Tuah pada 1989. Ia kemudian dimuatkan dalam album Sepi Seorang Perindu yang terbit pada tahun yang sama. Ia kemudian dimuatkan pula dalam album beliau yang bertajuk Raja Cinta (Raja Pop: Vol. 2) yang terbit pada 2006.
Lagu ini turut dinyanyikan oleh Herman Tino dipertengahan kerjaya beliau dan dimuatkan dalam beberapa album antaranya album 28 Koleksi Terbaik yang juga dilancarkan pada 2006.