Bersirih atau menginang adalah pemakanan sirih bersama bahan sampingan lain seperti pinang, gambir, tembakau, kapur dan cengkih setepak sebagai tujuan riadah dalam kalangan tidak sahaja masyarakat Nusantara (termasuk Melayu,[1][2] Aceh,[1] India dan sebagainya) Asia Tenggara tetapi juga meluas di Asia Selatan serata Bangladesh, Myanmar dan Thailand.[3][4] Barangan ini disediakan dalam kelengkapan tepak untuk tujuan ini. Adat ini memainkan peranan penting dalam pelbagai jenis tujuan adat istiadat Melayu terutamanya dalam perkahwinan dari saat merisik sehingga bersanding.[2]
Amalan ini diketahui dapat ditelusuri seawal lebih 3,000 bahkan juga 4000 tahun lampau berdasarkan kajian dilakukan terhadap barang peninggalan di Thailand, Indonesia dan Filipina.[5] Bukti tertua mengenai amalan ini ditemui di sebuah tapak perkuburan di Gua Duyong timur Palawan yang bertarikh sekitar 4,630±250 tahun dahulu. Penyebarannya berkait rapat dengan perluasan Zaman Neolitik oleh masyarakat Austronesia. Marco Polo dipercayai menyaksikan amalan pengunyahan daun ini oleh masyarakat setempat dalam catatan penjelajahannya; begitu juga dengan penulisan Tome Pires semasa berlabuh di Melaka antara 1512 dan 1515 dalam Suma Oriental.[3][4]
Penemuan dalam bidang perubatan kini mendapati amalan menginang boleh menyebabkan ketagihan malah membahayakan kesihatan lagi-lagi bila ditambah tembakau yang ditambah, terutamanya sebagai punca barah di mulut kerongkong serta penyakit kardiovaskular, strok, serta kesan buruk terhadap pembiakan termasuk Lahir mati, kelahiran pramatang, dan kurang berat badan dari biasa.[6]
Kepercayaan
Kerana asal-usul tradisi ini dengan persemahan nenek moyang, pengunyahan sirih sering disertakan pantang larang yang dipercayai mengelakkan lemahnya semangat menjejaskan keperibadian diri menjadi tidak tentu fikirannya.[4]
Risiko kesihatan
Kajian dilakukan Agensi Penyelidikan Barah Antarabangsa dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendapati bahawa amalan bersirih secara berterusan mampu mendatangkan bahaya barah mulut[7][8][9] yang berlanjutan dari fibrosis submukus oral terutamanya dari pengunyahan buah pinang;[10] risiko barah mulut diperhatikan dalam orang diselidik bertambah 8.4 kali tanpa tembakau, risiko barah bertambah 9.9 kali dengan tambahan tembakau.[11]
Lihat juga
- Tepak sirih, kelengkapan sirih pinang
Rujukan
- ^ a b "Tradisi Bersirih". Warisan Budaya Takbenda Indonesia. Direktorat Warisan dan Diplomasi Budaya Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2018. Dicapai pada 28 Jun 2021.
- ^ a b "Bersirih dan Adat". Sirih Pinang. Perpustakaan Negara Malaysia. 1999. Dicapai pada 28 Jun 2021.
- ^ a b Mahyudin Al Mudra (2001). "Tradisi Bersirih dan Nilai Budayanya". MelayuOnline. Yogyakarta: Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mei 2014. Dicapai pada 21 Mei 2014. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ a b c Wan Faizah Wan Yusoff (12–13 Oktober 2014), "Nilai dan simbolisme sirih dalam budaya serta perubatan tradisional masyarakat Melayu dan India", 4th International Conference on Local Knowledge, Kuching, Sarawak, Malaysia: Universiti Sains MalaysiaCS1 maint: date and year (link)
- ^ "Archaeological evidence from Thailand, Indonesia and the Philippines". Epistola. Dicapai pada 10 Jun 2014.
- ^ Vidyasagaran, A. L.; Siddiqi, K.; Kanaan, M. (2016). "Use of smokeless tobacco and risk of cardiovascular disease: A systematic review and meta-analysis" (PDF). European Journal of Preventive Cardiology. 23 (18): 1970–1981. doi:10.1177/2047487316654026. ISSN 2047-4873. PMID 27256827. S2CID 206820997.
- ^ WHO Report on the Global Tobacco Epidemic, 2008: the MPOWER package (PDF). Geneva: World Health Organization. 2008. ISBN 978-92-4-159628-2.
- ^ Warnakulasuriya, S.; Trivedy, C; Peters, TJ (2002). "Areca nut use: An independent risk factor for oral cancer". BMJ. 324 (7341): 799–800. doi:10.1136/bmj.324.7341.799. PMC 1122751. PMID 11934759.
- ^ Dave, Bhavana J.; Trivedi, Amit H.; Adhvatyu, Siddharth G. (1992). "Role of areca nut consumption in the cause of oral cancers. A cytogenetic assessment". Cancer. 70 (5): 1017–23. doi:10.1002/1097-0142(19920901)70:5<1017::AID-CNCR2820700502>3.0.CO;2-#. PMID 1515978.
- ^ Ray JG, Chatterjee R, Chaudhuri K (2019). "Oral submucous fibrosis: A global challenge. Rising incidence, risk factors, management, and research priorities". Periodontology 2000. 80 (1): 200–212. doi:10.1111/prd.12277. PMID 31090137.
- ^ Merchant, Anwar; Husain, Syed S. M.; Hosain, Mervyn; Fikree, Fariyal F.; Pitiphat, Waranuch; Siddiqui, Amna Rehana; Hayder, Syed J.; Haider, Syed M.; Ikram, Mubashir; Chuang, Sung-Kiang; Saeed, Shaikh A. (2000). "Paan without tobacco: An independent risk factor for oral cancer". International Journal of Cancer. 86 (1): 128–31. doi:10.1002/(SICI)1097-0215(20000401)86:1<128::AID-IJC20>3.0.CO;2-M. PMID 10728606.