Billlie | |
---|---|
![]() Billlie pada bulan Mac 2022 Kiri–Kanan, Barisan belakang: Siyoon, Tsuki dan Suhyeon Kiri–Kanan, Barisan depan: Haruna, Sheon, Haram dan Moon Sua | |
Maklumat latar belakang | |
Asal | Seoul, Korea Selatan |
Genre | |
Tahun aktif | 2021 | –kini
Syarikat rakaman |
|
Subkumpulan/subunit | Moon Sua x Siyoon |
Anggota semasa |
|
Pautan berkaitan | |
Tapak sesawang | Laman sesawang rasmi |
Pautan lain | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Billlie (Korea: 빌리; RR: Billi; digayakan sebagai Bi11lie atau Billlǃə) adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh Mystic Story pada tahun 2021. Kumpulan ini pada asalnya terdiri daripada enam orang ahli: Moon Sua, Suhyeon, Haram, Tsuki, Siyoon dan Haruna. Ahli ketujuh, Sheon, kemudiannya menyertai kumpulan ini. Kumpulan ini debut pada 10 November 2021 dengan album mini pertama mereka The Billage of Perception: Chapter One.
Nama
Nama Billlie dieja dengan tiga L kerana fakta bahawa nama itu boleh dipecahkan kepada 'Bi' (perkataan Korea untuk hujan), '11' dan 'lie' — Bi11lie. Nombor '11' datang dari lagenda kumpulan mereka; "Apabila loceng 11 berbunyi di tengah-tengah hujan ungu, sesuatu yang aneh berlaku", di mana ahli berbohong tentang apa yang berlaku untuk merahsiakan peristiwa tersebut. Nama itu juga mencerminkan "sisi-B mereka, diri dalaman yang ada dalam diri setiap orang", yang mereka nyatakan dengan harapan dapat menjiwai penonton.[2][3]
Sejarah
Pra-debut
Ahli Billlie dikenali sebagai Mystic Rookies — program pembangunan rookie di bawah Mystic Story. Pada 14 September, Mystic Story mengumumkan rancangan untuk membuat debut Mystic rookies pada November 2021.[4] Pada 11 Oktober, Didedahkan bahawa kumpulan ini akan dipanggil 'Billie'.[5]
Sebelum debut, Moon Sua adalah pelatih YG Entertainment selama 10 tahun. Dia mengambil bahagian dalam program pertandingan muzik Unpretty Rapstar 2 menamatkan sebagai naib juara ketiga.[6][7] Suhyeon menyertai program survival Mnet Produce 101 yang menduduki tempat ke-69 dan tersingkir dalam episod 5. Dia juga menyertai program survival JTBC Mix Nine dan membintangi drama web A-Teen pada tahun 2018 dan sekuelnya A-Teen 2 pada tahun 2019.[8] Haram dan Tsuki ialah bekas pelatih SM Entertainment.[8] Selain itu, Tsuki bekerja sebagai model untuk majalah Popteen dan mengeluarkan single "Magic" dengan kumpulan model MAGICOUR pada tahun 2020.[9] Sheon mengambil bahagian dalam program survival Mnet Girls Planet 999 dan telah tersingkir dalam episod akhir setelah menduduki tempat ke-10.[10] Siyoon mengambil bahagian dalam rancangan bakat K-pop Star 5 dan juga bekerja sebagai model untuk majalah Popteen.[8]
2021–2022: Debut dengan The Billage of Perception: Chapter One, "Snowy Night", The Collective Soul and Unconscious: Chapter One dan The Billage of Perception: Chapter Two
Pada 28 Oktober, telah diumumkan bahawa album mini pertama mereka The Billage of Perception: Chapter One akan dikeluarkan pada 10 November. Lagu peminat bertajuk "Flowerld" yang akan ditampilkan pada album mini itu juga dikeluarkan pada hari yang sama.[11]
Pada 10 November, album mini pertama mereka The Billage of Perception: Chapter One telah dikeluarkan dengan menampilkan single utama "Ring X Ring" dan lima buah lagu B-Side.[12]
Pada 19 November, telah diumumkan bahawa Kim Su-yeon, yang telah mengambil bahagian dalam Girls Planet 999 akan menyertai kumpulan ini di bawah nama pentas Sheon (션) sebagai ahli ketujuh, dan secara rasmi akan menyertai kumpulan ini untuk album seterusnya.[13] Pada 27 November, Sheon membuat penampilan mengejut dengan mempersembahkan lagu utama "Ring X Ring" bersama ahli lain di program muzik Show! Music Core, menandakan penampilan pertamanya bersama kumpulan ini.[14]
Pada 14 Disember, kumpulan ini mengeluarkan album single digital pertama mereka The Collective Soul and Unconscious: Snowy Night dengan single utama "Snowy Night". Single ini adalah perilisan pertama kumpulan ini yang menampilkan Sheon.[15][16]
Pada 23 Februari 2022, kumpulan ini mengeluarkan album mini kedua mereka The Collective Soul and Unconscious: Chapter One dengan single utama "GingaMingaYo (The Strange World)".[17] Pada 1 Mac, kumpulan ini mengeluarkan album runut bunyi pertama mereka The Collective Soul and Unconscious: Chapter One Original Soundtrack daripada "What is Your B?".[18]
Pada 8 Ogos 2022, telah diumumkan kumpulan ini akan mengeluarkan sekuel terus kepada album mini pertama mereka.[19] Pada 31 Ogos, kumpulan ini mengeluarkan album mini ketiga mereka The Billage of Perception: Chapter Two dengan single utama "Ring Ma Bell (What A Wonderful World)".[20]
2023–sekarang: The Billage of Perception: Chapter Three, Side-B: Memoirs of Echo Unseen dan Appendix: Of All We Have Lost
Pada 7 Februari 2023, telah diumumkan kumpulan ini akan mengeluarkan album mini keempat mereka.[21] Pada 6 Mac, telah diumumkan bahawa album mini keempat mereka The Billage of Perception: Chapter Three yang menampilkan single utama "Eunoia", akan dikeluarkan pada 28 Mac.[22]
Pada 20 April, Mystic Story mengumumkan bahawa aktiviti kumpulan ini telah dihentikan, berikutan kematian mengejut abang ahli Moon Sua iaitu Moonbin daripada Astro.[23] Selepas itu pada 24 April, Mystic Story mengumumkan bahawa promosi untuk album mini telah tamat dan ahli Moon Sua akan mengambil cuti, dengan baki 6 orang ahli untuk meneruskan aktiviti.[24] Pada 15 Jun, Telah diumumkan bahawa Suhyeon juga akan berehat, atas sebab kesihatan.[25]
Kumpulan ini akan mengeluarkan album single pertama mereka Side-B: Memoirs of Echo Unseen. Single album "BYOB (Bring Your Own Best Friend)", bersama-sama dengan versi bahasa Inggerisnya, telah dipra-keluarkan pada 27 September. Single utama "Dang! (Hocus Pocus)" bersama-sama dengan keseluruhan album akan dikeluarkan pada 23 Oktober.[26] Ahli Moon Sua dan Suhyeon tidak akan terlibat dalam keluaran ini kerana mereka hiatus kerana masalah kesihatan.[27]
Pada 12 April 2024, telah diumumkan bahawa ahli Moon Sua dan Suhyeon akan menyambung semula aktiviti selepas berehat kerana masalah kesihatan.[28] Pada 2 Oktober, telah diumumkan bahawa kumpulan itu akan mengeluarkan album mini kelima mereka Appendix: Of All We Have Lost pada 16 Oktober dengan single pra-keluaran "Trampoline" dikeluarkan pada 11 Oktober.[29] Teaser video muzik untuk single utama "Remembrance Candy" (Korea: 기억사탕; RR: Gieoksatang) menyertakan narasi istimewa oleh penyanyi-penulis lagu IU, yang turut menulis lirik untuk lagu itu.[30]
Pada 1 April 2025, kumpulan ini mengumumkan bahawa mereka akan membuat debut sub-unit pertama mereka yang terdiri daripada ahli Moon Sua dan Siyoon pada 7 April, dengan mengeluarkan single "Snap" yang menampilkan Sokodomo.[31][32]
Ahli
- Moon Sua (문수아)[2]
- Suhyeon (수현)[2]
- Haram (하람)[2]
- Tsuki (츠키)[2]
- Sheon (션)[13]
- Siyoon (시윤)[2]
- Haruna (하루나)[2]
Garis masa

Diskografi
Album mini
Tajuk | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta |
Jualan | |
---|---|---|---|---|
KOR [33] |
JPN [34] | |||
The Billage of Perception: Chapter One |
Senarai lagu
|
12 | — |
|
The Collective Soul and Unconscious: Chapter One |
Senarai lagu
|
5 | 18 | |
The Billage of Perception: Chapter Two |
Senarai lagu
|
3 | 23 | |
The Billage of Perception: Chapter Three |
Senarai lagu
|
5 | 26 | |
Appendix: Of All We Have Lost |
Senarai lagu
|
14 | — |
|
Jepun | ||||
Knock-on Effect |
Senarai lagu
|
— | 14 |
|
Album single
Tajuk | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta |
Jualan | |
---|---|---|---|---|
KOR [44] |
JPN [45] | |||
Track by Yoon: Patbingsu |
Senarai lagu
|
7 | — |
|
Side-B: Memoirs of Echo Unseen |
Senarai lagu
|
6 | — |
|
Jepun | ||||
GingaMingaYo (The Strange World) -Japanese ver.- |
Senarai lagu
|
— | 4 |
|
Album runut bunyi
Tajuk | Butiran album |
---|---|
The Collective Soul and Unconscious: Chapter One Original Soundtrack from "What Is Your B?" |
|
The Billage of Perception: Chapter Two Original Soundtrack from "The End of the World and the Awakening" |
|
Single
Tajuk | Tahun | Kedudukan tertinggi carta | Album | ||
---|---|---|---|---|---|
KOR Down. [49] |
JPN [50] |
JPN Heat. [51] | |||
"Ring X Ring" | 2021 | 167 | — | — | The Billage of Perception: Chapter One |
"Snowy Night" | — | — | — | Single bukan-album [A] | |
"GingaMingaYo (The Strange World)" | 2022 | 92 | 4 | 6 | The Collective Soul and Unconscious: Chapter One |
"Patbingsu" (팥빙수) (bersama Yoon Jong-shin) |
144 | — | — | Single bukan-album[B] | |
"Ring Ma Bell (What a Wonderful World)" | 32 | — | — | The Billage of Perception: Chapter Two | |
"Eunoia" | 2023 | 47 | — | — | The Billage of Perception: Chapter Three |
"Dang! (Hocus Pocus)" | 60 | — | — | Side B: Memoirs of Echo Unseen | |
"The Soul Savior: I Don't Need a Superman" | 197 | — | — | The Billlie's Odditorium' The First Edition | |
"January 0th (A Hope Song)" | 2024 | 75 | — | — | The Billlie's Odditorium' The Second Edition |
"Domino (Butterfly Effect)" (Japanese version) | — | — | — | Knock-on Effect | |
"Trampoline" | 72 | — | — | Appendix: Of All We Have Lost | |
"Remembrance Candy" (기억사탕) | 40 | — | — |
Videografi
Muzik video
Tahun | Tajuk | Pengarah | Ruj. |
---|---|---|---|
"Ring X Ring" | 2021 | Hwang Suah | [52] |
"Snowy Night" | Zanybros | [53] | |
"GingaMingaYo (The Strange World)" | 2022 | [54] | |
"Patbingsu" | [55] | ||
"Ring Ma Bell (What a Wonderful World) | [56] | ||
"Eunoia" | 2023 | Kwak Doori (Segaji Video) |
[57] |
"GingaMingaYo (The Strange World)" (Japanese version) | Tidak diketahui | [58] | |
"BYOB (Bring Your Own Best Friend)" | Kino, Lord, Won (Milpowder) |
[59] | |
"Dang! (Hocus Pocus)" | Zanybros | [60] | |
"Domino (Butterfly Effect)" (Japanese version) | 2024 | Kino, Lord, Won (Milpowder) |
[61] |
"Trampoline" | [62] | ||
"Remembrance Candy" (기억사탕) | Kino, Lord, Won, Jjirun (Milpowder) |
[63] |
Nota
Rujukan
- ^ Billlie | ビクターエンタテインメント. Diarkibkan daripada yang asal pada March 24, 2023. Dicapai pada March 24, 2023.
- ^ a b c d e f g Choi, Ji-won (November 10, 2021). "Mystic Story's first girl group Billlie debuts with star-studded 'Ring X Ring'". The Korea Herald. Diarkibkan daripada yang asal pada November 22, 2021. Dicapai pada December 6, 2021.
- ^ "Meet Billlie: The K-pop Group with A Mystical Lore". EnVi Media. March 22, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada March 23, 2022. Dicapai pada March 23, 2022.
- ^ 미스틱스토리, 김수현·문수아 걸그룹 11월 론칭(공식) [Mystic Story, Kim Soo-hyun, Moon Soo-ah girl group launched in November (official)]. JoyNews24 (dalam bahasa Korea). September 14, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada December 4, 2021. Dicapai pada December 4, 2021.
- ^ 미스틱 첫 걸그룹, 그룹명 빌리..11월 6인조 데뷔[공식] [Mystic's first girl group, group name Billlie... Debut as a 6-member group in November [Official]]. Star News (dalam bahasa Korea). October 12, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada December 4, 2021. Dicapai pada December 4, 2021.
- ^ 강서정 (August 27, 2015). '언프리티2', YG 문수아 포함 래퍼 11인 단체포스터 공개 ['Unpretty 2' released a group poster with 11 rappers, including YG Moon Soo-ah]. Osen (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada December 4, 2021. Dicapai pada December 4, 2021.
- ^ '언프리티 랩스타 시즌2' 마지막회, 어차피 우승은 트루디, 최대의 수혜자는 예지, 성장은 수아-전지윤 (종합) [The last episode of 'Unpretty Rapstar Season 2', the winner is Trudy anyway, the biggest beneficiary is Yeji, and the growth is Sua, Jeon Ji-yoon (comprehensive)]. Sports Q (dalam bahasa Korea). November 14, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada December 4, 2021. Dicapai pada December 4, 2021.
- ^ a b c 빌리, '에이틴' 여보람 걸그룹 데뷔→문수아 12년 연습 빛보기까지 [N인터뷰] [Billlie, 'A-Teen' Yeo Bo-ram's girl group debut → Moon Soo-ah's 12-year practice shine [N Interview]]. News1 (dalam bahasa Korea). November 20, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada December 4, 2021. Dicapai pada December 4, 2021.
- ^ "元Popteenモデル福富つき&ASTRO妹が所属!6人組ガールズグループBilllieが11月10日にデビュー決定" [Former Popteen model with Fukutomi & ASTRO sister belongs! 6-member girl group Billlie will debut on November 10]. Kstyle. October 29, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada October 29, 2021. Dicapai pada December 4, 2021.
- ^ Baek, Ji-eun (November 19, 2021). [공식] '걸스플래닛999' 김수연, 미스틱 1호 걸그룹 빌리 합류...활동명 션 변경 [[Official] 'Girls Planet 999' Kim Soo-yeon joins Mystic's first girl group Billlie... Change the activity name]. Chosun. Diarkibkan daripada yang asal pada November 20, 2021. Dicapai pada November 20, 2021.
- ^ '미스틱 첫 걸그룹' 빌리, 데뷔 전 팬송 'FLOWERLD' 이색 선공개 ['Mystic's first girl group' Billlie, pre-debut fan song 'FLOWERLD', a unique pre-release]. Osen (dalam bahasa Korea). October 28, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada October 28, 2021. Dicapai pada October 31, 2021 – melalui Naver.
- ^ Dong, Sun-hwa (November 11, 2021). "K-pop rookie Billlie arrives on music scene with 'Ring X Ring'". The Korea Times. Diarkibkan daripada yang asal pada March 6, 2022. Dicapai pada March 30, 2024.
- ^ a b '걸스플래닛999' 김수연, 빌리 합류+활동명 션으로 변경(공식입장) ['Girls Planet 999' Kim Soo-yeon joins Billlie + changes her activity name to Sheon (official position)]. Newsen (dalam bahasa Korea). October 28, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada November 19, 2021. Dicapai pada November 19, 2021 – melalui Naver.
- ^ '대세 신인' 빌리(Billlie), 션 합류→ '음악중심' 무대 깜짝 등장!. 열린뉴스통신 (dalam bahasa Korea). November 27, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada December 4, 2021. Dicapai pada December 4, 2021.
- ^ Song, Bong-seok (December 14, 2021). 신예 빌리(Billlie), 유니크한 세계관 담은 신곡 'snowy night' [Rookie Billie, new song 'snowy night' with a unique worldview]. Sports Kyunghyang (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada December 14, 2021. Dicapai pada December 14, 2021 – melalui Naver.
- ^ 빌리, 데뷔 1달 된 신인 맞아? 겨울 감성 한도초과한 'Snowy Night'('돌들의 침묵')[종합] [Billlie, are you a rookie who debuted a month ago? 'Snowy Night' ('Silence of the Stones'), which exceeded the limit of winter emotion [General]]. Osen (dalam bahasa Korea). December 16, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada December 17, 2021. Dicapai pada December 17, 2021 – melalui Naver.
- ^ 빌리, 23일 컴백 확정..탄탄한 세계관 확장 예고 [공식] [Billy confirms comeback on the 23rd..Solid worldview expansion notice [Official]] (dalam bahasa Korea). Osen . February 11, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada February 12, 2022. Dicapai pada February 11, 2022 – melalui Naver.
- ^ Lee, Jian (March 1, 2022). "Billlie set to drop original sound track album at 6 p.m." Korea JoongAng Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada March 2, 2022. Dicapai pada March 2, 2022 – melalui Naver.
- ^ Park, Ah-reum (August 8, 2022). 빌리, 8월 말 초고속 컴백..걸그룹 대전 합류[공식] [Billlie, a high-speed comeback at the end of August...[Official]]. Newsen (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada August 26, 2022. Dicapai pada August 26, 2022 – melalui Naver.
- ^ Yeo, Gladys (August 16, 2022). "Billlie announce release date for third mini-album 'the Billage of perception: chapter two'". NME. Diarkibkan daripada yang asal pada August 26, 2022. Dicapai pada August 26, 2022.
- ^ Ha, Su-jeong (February 7, 2023). '글로벌 대세' 빌리, 7개월만 돌아온다..3월 말 컴백 확정 [공식]. Osen (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada November 18, 2023. Dicapai pada November 18, 2023.
- ^ Yoon, Jun-ho (March 28, 2023). [종합] 빌리 "'빌리버스', 우리만의 무기...대중에게 몰입감 전하고 파". Ten Asia (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada June 2, 2023. Dicapai pada November 18, 2023.
- ^ "K-pop girl group Billlie temporarily halts activities following death of Astro's Moonbin". CNA Lifestyle. Diarkibkan daripada yang asal pada April 20, 2023. Dicapai pada April 20, 2023.
- ^ Chu, Seung-hyun (April 25, 2023). '故 문빈 동생' 문수아, 활동 일시 중단...빌리는 6인조로 재개. Seoul Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada April 25, 2023. Dicapai pada November 18, 2023.
- ^ 빌리 수현, 활동 중단 "건강상의 이유...빠른 회복 힘쓸 것" [공식입장]. June 15, 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada July 20, 2024. Dicapai pada April 12, 2024.
- ^ [공식] '10월 컴백' 빌리, 신곡 일부 틱톡 선공개...첫 영어곡 기대 [[Official] 'October comeback' Billlie, new song preview released on TikTok... anticipations for first English song] (dalam bahasa Korea). Sports Chosun. September 25, 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada October 3, 2023. Dicapai pada September 25, 2023 – melalui Naver.
- ^ 빌리, 10월 컴백...'활동중단' 문수아·수현 제외 5인 체제 [Billlie, comeback on October.. halted activities' Moon Sua, Suhyeon to be excluded, 5 members' comeback] (dalam bahasa Korea). Newsis. September 19, 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada September 19, 2023. Dicapai pada September 24, 2023 – melalui Naver.
- ^ 빌리, 다시 7인조...문수아·수현 활동 재개 [Billlie, 7-member group again... Moon Sua·Suhyeon to resume activities] (dalam bahasa Korea). Newsis. April 12, 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada July 20, 2024. Dicapai pada April 12, 2024 – melalui Naver.
- ^ Jang, Woo-young (October 2, 2024). 빌리, 11일 선행 싱글→16일 미니 5집 발매..'10월 컴백 대전' 출격 [Billlie, pre-release single on the 11th → 5th mini album released on the 16th..'October Comeback Battle' is on the way] (dalam bahasa Korea). Osen . Diarkibkan daripada yang asal pada October 2, 2024. Dicapai pada October 2, 2024 – melalui Naver.
- ^ Yoon, So-yeon (October 16, 2024). "Girl group Billlie returns with full lineup on fifth EP with lyrics by IU". Korea JoongAng Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada January 19, 2025. Dicapai pada October 16, 2024 – melalui Naver.
- ^ Go, Seung-a (April 1, 2025). 빌리 문수아X시윤, 4월 7일 유닛 데뷔...메인 래퍼 조합 [Billlie Moon Sua X Siyoon, unit debut on April 7th... Main rapper combination] (dalam bahasa Korea). News1 . Diarkibkan daripada yang asal pada April 4, 2025. Dicapai pada April 4, 2025 – melalui Naver.
- ^ An, Byeong-gil (April 4, 2025). 빌리 문수아X시윤 'SNAP' 기대 포인트 셋 [Billlie Moon Sua X Siyoon 'SNAP' 3 points to look forward to] (dalam bahasa Korea). Sports Kyunghyang. Diarkibkan daripada yang asal pada April 4, 2025. Dicapai pada April 4, 2025 – melalui Naver.
- ^ "Gaon Album Chart". Gaon (dalam bahasa Korea). Korea Music Content Association (KMCA). Diarkibkan daripada yang asal pada August 27, 2015. Dicapai pada June 30, 2016.
- "The Billage of Perception: Chapter One". Diarkibkan daripada yang asal pada August 12, 2021. Dicapai pada November 12, 2020.
- "The Collective Soul and Unconscious: Chapter One". Diarkibkan daripada yang asal pada March 3, 2022. Dicapai pada March 3, 2022.
- "The Billage of Perception: Chapter Two". Diarkibkan daripada yang asal pada September 8, 2022. Dicapai pada September 8, 2022.
- "The Billage of Perception: Chapter Three". Diarkibkan daripada yang asal pada April 6, 2023. Dicapai pada April 6, 2023.
- "Appendix: Of All We Have Lost". Diarkibkan daripada yang asal pada November 8, 2024. Dicapai pada October 24, 2024.
- ^ "The Collective Soul and Unconscious: Chapter One". Diarkibkan daripada yang asal pada March 9, 2022. Dicapai pada March 9, 2022.
- "The Billage of Perception: Chapter Two". Diarkibkan daripada yang asal pada September 14, 2022. Dicapai pada September 14, 2022.
- "The Billage of Perception: Chapter Three". Diarkibkan daripada yang asal pada April 19, 2023. Dicapai pada April 19, 2023.
- ^ "Circle Chart" 2021년 12월 Album Chart [December 2021 Album Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada January 7, 2022. Dicapai pada January 6, 2022.
- ^ Cumulative Sales of The Collective Soul and Unconscious: Chapter One
- "Album Chart First Half 2022". Circle Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada July 8, 2022. Dicapai pada July 8, 2022.
- "Circle Album Chart – Week 37, 2022". Circle Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada September 15, 2022. Dicapai pada September 25, 2022.
- ^ オリコン週間 アルバムランキング 2022年02月28日~2022年03月06日 [Oricon Weekly Album Ranking February 28, 2022 – March 6, 2022]. Oricon. Diarkibkan daripada yang asal pada March 9, 2022. Dicapai pada March 9, 2022.
- ^ Cumulative Sales of The Billage of Perception: Chapter Two:
- "Circle Album Chart – Week 36, 2022". Circle Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada September 8, 2022. Dicapai pada September 8, 2022.
- "Circle Album Chart – Week 37, 2022". Circle Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada September 15, 2022. Dicapai pada September 22, 2022.
- "Circle Album Chart – Week 38, 2022". Circle Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada September 22, 2022. Dicapai pada September 22, 2022.
- "Circle Album Chart – Week 40, 2022". Circle Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada October 6, 2022. Dicapai pada October 6, 2022.
- "Circle Album Chart – Week 42, 2022". Circle Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada October 20, 2022. Dicapai pada October 19, 2022.
- ^ 週間 アルバムランキング 2022年09月05日~2022年09月11日 [Weekly Album Ranking September 5, 2022 to September 11, 2022] (dalam bahasa Jepun). Oricon. Diarkibkan daripada yang asal pada September 14, 2022. Dicapai pada September 14, 2022.
- ^ Cumulative Sales of The Billage of Perception: Chapter Three:
- "Circle Album Chart – Week 13, 2023". Circle Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada April 6, 2023. Dicapai pada April 6, 2023.
- "Circle Album Chart – Week 14, 2023". Circle Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada April 13, 2023. Dicapai pada April 12, 2023.
- "Circle Album Chart - Week 16, 2023". Circle Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada July 7, 2022. Dicapai pada April 26, 2023.
- ^ オリコン週間 アルバムランキング 2023年04月24日付(2023年04月10日~2023年04月16日) [Oricon Weekly Album Ranking April 24, 2023 (April 10–16, 2023)] (dalam bahasa Jepun). Oricon. Diarkibkan daripada yang asal pada April 19, 2023. Dicapai pada April 19, 2023.
- ^ Cumulative Sales of Appendix: Of All We Have Lost
- "Circle Album Chart – Week 42 of 2024". Circle Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada November 8, 2024. Dicapai pada October 24, 2024.
- "Circle Album Chart – Week 43 of 2024". Circle Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada November 8, 2024. Dicapai pada October 31, 2024.
- "Circle Album Chart – Week 44 of 2024". Circle Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada November 7, 2024. Dicapai pada November 7, 2024.
- "Circle Album Chart – Week 45 of 2024". Circle Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada November 14, 2024. Dicapai pada November 14, 2024.
- ^ オリコン週間 アルバムランキング 2024年02月05日~2024年02月11日 [Oricon Weekly Album Ranking February 5, 2024 – February 11, 2024] (dalam bahasa Jepun). Oricon. Diarkibkan daripada yang asal pada February 14, 2024. Dicapai pada February 14, 2024.
- ^ "Circle Album Chart". Circle Chart (dalam bahasa Korea). Korea Music Association (KMCA). Diarkibkan daripada yang asal pada July 7, 2022. Dicapai pada July 8, 2022.
- "Side-B: Memoirs of Echo Unseen (2023)". Circle Chart (dalam bahasa Korea). Korea Music Association (KMCA). Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2023. Dicapai pada November 2, 2023.
- ^ ""GingaMingaYo (The Strange World) – Japanese ver". Oricon. Diarkibkan daripada yang asal pada May 24, 2023. Dicapai pada May 24, 2023.
- "Knock-On Effect". Oricon. Diarkibkan daripada yang asal pada February 14, 2024. Dicapai pada February 14, 2024.
- ^ "Album Chart 2022.07". Circle Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada August 11, 2022. Dicapai pada August 11, 2022.
- ^ "Circle Album Chart – November 2023". Circle Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada December 7, 2023. Dicapai pada December 7, 2023.
- ^ オリコン週間 シングルランキング 2023年05月15日~2022年05月21日 [Weekly Single Ranking May 15, 2023 – May 21, 2023]. Oricon. Diarkibkan daripada yang asal pada May 24, 2023. Dicapai pada May 24, 2023.
- ^ Peaks on the Circle Download Chart:
- "Ring X Ring": 2021년 46주차 Download Chart [Week 46 of 2021 Download Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada November 20, 2021. Dicapai pada November 20, 2021.
- "GingaMingaYo (The Strange World)": 2022년 11주차 Download Chart [Week 11 of 2022 Download Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada March 17, 2022. Dicapai pada March 17, 2022.
- "Patbingsu": "Week 29 of 2022 Download Chart". Circle Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada July 21, 2022. Dicapai pada July 21, 2022.
- "Ring Ma Bell (What a Wonderful World)": "Week 36 of 2022 Download Chart". Circle Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada September 8, 2022. Dicapai pada September 8, 2022.* "Eunoia": "Download Chart 2023 Weeks 13". Circle Chart. Dicapai pada April 6, 2023.
- ^ "Billlieのシングル売上" (dalam bahasa Jepun). Oricon. Diarkibkan daripada yang asal pada May 24, 2023. Dicapai pada May 24, 2023.
- ^ "Heatseekers Songs (2022-04-06)". Billboard Japan. March 28, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada August 14, 2022. Dicapai pada August 14, 2022.
- ^ Billlie | 'RING X RING' M/V (Music video). Mystic Story. November 10, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada December 29, 2021. Dicapai pada December 29, 2021 – melalui YouTube.
- ^ Billlie | 'snowy night' M/V (Music video). Mystic Story. December 14, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada December 30, 2021. Dicapai pada December 29, 2021 – melalui YouTube.
- ^ Billlie | 'GingaMingaYo (the strange world)' M/V (Music video). Mystic Story. February 23, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada March 7, 2022. Dicapai pada March 10, 2022 – melalui YouTube.
- ^ [track by YOON] Billlie, 윤종신 '팥빙수' M/V (Music video). Mystic Story. July 14, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada July 14, 2022. Dicapai pada July 14, 2022 – melalui YouTube.
- ^ Billlie | 'RING ma Bell (what a wonderful world)' M/V (Music video). Mystic Story. August 31, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada September 1, 2022. Dicapai pada September 1, 2022 – melalui YouTube.
- ^ @segajivideo (March 28, 2023). "Billlie - Eunoia MV". Diarkibkan daripada yang asal pada April 10, 2023. Dicapai pada April 10, 2023 – melalui Instagram.
- ^ Billlie - GingaMingaYo (the strange world) - Japanese ver. - (Music Video) (Music video). Victor Entertainment. May 16, 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada May 16, 2023. Dicapai pada June 23, 2024 – melalui YouTube.
- ^ Billlie | 'BYOB (bring your own best friend)' M/V (Music video). Mystic Story. September 27, 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada September 27, 2023. Dicapai pada September 27, 2023 – melalui YouTube.
- ^ Billlie | 'DANG! (hocus pocus)' M/V (Music video). Mystic Story. October 23, 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada October 23, 2023. Dicapai pada October 23, 2023 – melalui YouTube.
- ^ Billlie 'DOMINO ~ butterfly effect - Japanese ver. -' MV (Music video). Victor Entertainment. February 6, 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada February 6, 2024. Dicapai pada February 6, 2024 – melalui YouTube.
- ^ Billlie | 'trampoline' M/V (Music video). Mystic Story. October 11, 2024. Dicapai pada October 11, 2024 – melalui YouTube.
- ^ Billlie | '기억사탕' M/V (Music video). Mystic Story. October 16, 2024. Dicapai pada October 16, 2024 – melalui YouTube.
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Billlie |