
Robert James Fischer (9 Mac 1943 – 17 Januari 2008) ialah seorang grandmaster catur Amerika Syarikat dan Juara Catur Dunia yang kesebelas. Fischer pertama kali memenangi kejohanan pertamanya di AS pada usia 14 tahun. Pada tahun 1964, dia menang dengan mata 11–0, satu-satunya perfect game dalam sejarah kejohanan itu. Mara ke Kejohanan Dunia 1972, Fischer menyapu bersih perlawanan menentang Mark Taimanov dan Bent Larsen dengan mata 6–0. Selepas memenangi satu lagi perlawanan kelayakan menentang Tigran Petrosian, Fischer memenangi perlawanan kejohanan menentang Boris Spassky dari Sosialis Soviet, di Reykjavík, Iceland. Dipublikasikan sebagai konfrontasi Perang Dingin antara AS dan Soviet, perlawanan itu menarik lebih banyak penonton di seluruh dunia daripada mana-mana kejohanan catur sebelum atau sejak itu.
Fischer membuat beberapa karya dan teknik baharu dalam permainan catur. Bukunya bertajuk My 60 Memorable Games, diterbitkan pada tahun 1969, dianggap sebagai bacaan penting dalam sastra catur. Pada tahun 1990-an, Fischer membuat paten dalam sistem pemasaan catur. Dia merubah suai masa increment selepas setiap pergerakan. Kini menjadi tetapan formal dalam kejohanan dan permainan perlawanan. Dia juga mencipta varian baharu. Catur rawak Fischer, juga dikenali sebagai Catur960. Satu varian di mana kedudukan awal raja, menteri, kuda, gajah dan benteng dibalik.
Pautan luar
- (Inggeris) Cold War icon Fischer passes away - CNN Website (http://edition.cnn.com/2008/WORLD/europe/01/18/fischer.dies.ap/index.html Diarkibkan 2008-01-21 di Wayback Machine), diakses tanggal 18 Januari 2008.
- (Inggeris) 65 posisi penting dari permainan Fischer
- (Inggeris) Rincian permainan-permainan catur Fischer
- (Jerman) Berita kematiannya
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.