Bobby Kiran | |
---|---|
بوبي كيران | |
![]() | |
Kelahiran | Siti Nora binti Sukiran |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Kepujian Ekonomi |
Pusat pendidikan | Universiti Padjadjaran |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2000–kini |
Terkenal kerana | Watak "Kamala" dalam filem Senario Lagi [1] |
Ketinggian | 160 cm (5 ka 3 in) |
Ibu | Fatimah Abdul Latif |
Bapa | Sukiran Riman |
Saudara |
|
Siti Nora Sukiran atau lebih dikenali sebagai Bobby Kiran[2] ialah seorang pelakon, pengacara, pengarah, usahawan dan penerbit filem serta drama TV Malaysia. Beliau mula dikenali dengan watak Kamala menerusi filem Senario Lagi (2000) arahan Aziz M. Osman. Beliau juga pernah tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-16 untuk kategori Artis Baru Wanita Popular pada tahun 2002.[3]
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Kota Kinabalu, Sabah. Beliau merupakan seorang yang meminati bidang lakonan dan nyanyian sejak dari kecil. Bakat beliau terserlah dalam bidang nyanyian apabila memenangi pelbagai pertandingan nyanyian di sekitar Kota Kinabalu. Beliau juga aktif dalam bidang lakonan teater dan dari sana bakat lakonan beliau digilap. Bagi bidang keusahawanan, beliau membesar dalam keluarga pengusaha restoran. Kemahiran beliau meluas dalam bidang restoran dan kulinari sehingga mendapat jolokan anak "Seri Sempelang". Seri Sempelang merupakan sebuah restoran yang sangat berjaya dan popular di Sabah, khususnya di Kota Kinabalu. Restoran tersebut telah memenangi pelbagai jenis anugerah dan antara restoran yang pertama mempunyai 16 cawangan seluruh Sabah, pada zaman itu.
Kerjaya
Atas dorongan arwah ibunya, beliau pernah menceburi bidang nyanyian dan pernah ditawarkan untuk menjadi artis rakaman oleh Universal Music Malaysia. Namun, pada masa yang sama, satu tawaran untuk membawa watak "Kamala" dalam filem Senario Lagi telah mengubah nasibnya hingga ke hari ini.
Kamala & Senario Lagi
Sepanjang perjalanan kariernya, watak "Kamala" telah menjadi satu pesona kembar yang tidak dapat dipisahkan lagi. Namun, sekiranya beliau tidak menerima watak "Kamala" ketika itu, beliau bertegas untuk mengambil tawaran sebagai artis rakaman di Universal Music.
Satu kejadian semasa uji bakat untuk Universal Music telah mengubah nasib beliau. Profil beliau pada waktu itu telah sampai ke perhatian seorang pengarah tersohor pada ketika itu, Aziz M. Osman yang sedang mencari pelakon untuk membawa satu watak istimewa di dalam filem terbarunya, iaitu "Senario Lagi". Watak tersebut dinamakan sebagai "Kamala", seorang gadis kampung berbangsa India yang diculik oleh Wahid (Wahid Mohamad) secara tidak sengaja dan menjadi buah hati kepada watak yang diperan oleh Yassin (Yassin Senario).
Selepas Kamala & Senario Lagi
Kerjanya sebagai seorang pelakon mulai mendapat tempat di hati ramai pengarah. Beliau telah memeran pelbagai watak utama dalam drama TV dan filem serta menjadi duta untuk beberapa buah syarikat kosmetik dan elektronik di Malaysia. Sehingga kini, beliau masih aktif dalam bidang lakonan.
Berhenti Sementara
Perjalanan karier beliau tidak semudah yang dijangkakan. Dalam meniti dunia perfileman dan populariti, beliau telah diuji dugaan-dugaan yang mengakibatkan beliau berhenti sementara dari bidang lakonan. Salah satunya adalah menjaga arwah ibu bapanya selama hampir 10 tahun. Selain itu, beliau juga diuji sendiri dengan masalah kesihatan yang mengekang beliau dari aktif sepenuhnya dalam dunia seni.
Tirai Kirana Sdn Bhd & Kemunculan Semula
Bermula pada tahun 2018, beliau telah kembali aktif dalam dunia lakonan, pengacaraan dan pengiklanan. Beliau juga aktif menjalankan bengkel seni lakon, khususnya untuk pelakon-pelakon baharu. Beliau juga mulai aktif dalam bidang pengarahan dan penerbitan. Antara filem-filem pendek yang diterbitkan dan diarahkan oleh beliau dan telah memenangi beberapa anugerah.
Bobby mengorak langkah lebih jauh dalam industri perfileman apabila beliau bersama kakaknya yang merupakan seorang usahawan, Dora Kiran, menubuhkan Tirai Kirana Sdn Bhd. Fokus utama penubuhan Tirai Kirana Sdn Bhd ialah untuk menghasilkan karya-karya yang memberi manfaat dan teladan kepada penonton dalam masa yang sama bersifat komersil. Beberapa projek perfileman telah pun memasuki fasa pra-penerbitan untuk menghasilkan drama-drama berprofil tinggi untuk stesen-stesen TV tempatan & platform OTT.
Aktivisme
Selain aktif dalam bidang perfileman, Bobby merupakan seorang filantropis. Beliau aktif menjalankan kerja-kerja amal yang melibatkan bantuan derma seperti bantuan kilat untuk mangsa-mangsa banjir di negeri Sabah dan Kedah, sumbangan anak-anak yatim khususnya di bulan Ramadhan untuk Hari Raya Aidilfitri serta bantuan-bantuan keperluan asas kepada orang-orang tua.
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2000 | Senario Lagi | Kamala | Filem pertama |
2006 | Misteri Dendam Balan Balan The Movie | Ramona | |
2011 | Toyol Nakal | Nisa | |
2022 | Jaga-Jaga Senariounion | Datin Nora | |
2024 | Mantera | ||
TBA | Oyen Balik Kampung | Melissa | |
Saka Bersiong | Murni |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2004 | Skuad Elite | TV1 | Drama pertama | |
2005 | Mega Kinabalu | TVi | ||
2007 | Anugerah Cinta | |||
2025 | Ustaz Detektif | Aishah | TV3 |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2001 | Sepasang Kasut Raya | Alisya | Telefilem pertama | |
2018 | Langit Nabila | Syahira | TV Okey | |
2019 | Audrey | Lisa | TV1 | |
5 Hari Kita Bertemu | TV2 | |||
2022 | Buka Mata | Nabila | ||
Pawang Nong | Cempaka | TV2 | ||
Ayahku Adiwira | Sue | |||
2024 | Rentak Seri | Aishah | TV1 | |
Cikguku Paling Ohsem! | Fiona | TV Okey | ||
2025 | Air Mata Terakhir | Siti | ||
Kaki Langit Toboh | Lora | TV Okey |
Program TV
Tahun | Tajuk | Musim | Tayangan |
---|---|---|---|
2005 | Aramaitii | Musim 1 | RTM |
2008 | Musim 2 | ||
2022 | Immortelle Creative | ||
2024 | Menyempurnakan Selera Sabahan bersama Sazarice | Musim 1 | Youtube |
2025 | Kopi Seteguk Latte | Musim 1 | RTM |
Drama web
Tahun | Tajuk | Watak | Aplikasi | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018–2020 | The Bridge | Mona | HBO; Viu | Musim 2 |
Iklan TV
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2022 | Khind | Khind Rice Cooker |
2023 | Splat | Splat toothpaste |
VAsia | Hair Henna Shampoo | |
2024 | PERKESO | Caruman SKSSR (sebagai Kavitha) |
Green Life Drink | Moderator | |
Durian Belanda Premium Plus | Moderator |
Filem pendek
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2018 | A Day in KK | ||
2023 | I Think You're Great | Joey | |
Racun Pusaka | Melur | ||
Integriti |
Anugerah & pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2002 | Anugerah Berita Harian Bintang Popular (ABPBH) | Artis Baru Wanita Popular | Tercalon |
2023 | Filem Pendek Terbaik Kategori Terbuka Negeri Sabah | Filem Pendek Terbaik - Integriti | Menang |
Rujukan
- ^ "'Kita kan dalam hujan', masih ingat Kamala Senario Lagi? Tak sangka dah jadi 'pesilat' lepas lama menyepi". Majoriti.com.my. 2024-09-04. Dicapai pada 2024-09-30.
- ^ Sianjey Steven (February 29, 2020). "Bobby Kiran Kembali Mewarnai Industri". FHMedia.com.my. FH Media. Dicapai pada 2024-10-01.
- ^ "Pemenang ABPBPH ke 16". https://web.archive.org/web/20110423215056/http://abp.bharian.com.my/Entertainment/ABP/arkibpemenangABP#2002. 23 April 2011. External link in
|website=
(bantuan)