Cahaya Nilam | |
---|---|
چهاي نيلم | |
Kelahiran | Cahaya Nilam Puteri binti Noor Eddie Putera 8 Oktober 2001 |
Pekerjaan | Pelakon, Model |
Tahun aktif | 2020—kini |
Anak-anak | 1 |
Bapa | Noor Eddie Putera Noordin |
Cahaya Nilam Puteri binti Noor Eddie Putera atau lebih dikenali Cahaya Nilam merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.
Kehidupan awal
Cahaya Nilam dilahirkan pada 8 Oktober 2001 di Selangor. Beliau merupakan anak keempat dari enam adik beradik dan juga merupakan anak kepada seorang jurugambar profesional, Noor Eddie Putera Noordin yang berkecimpung dalam seni diorama iaitu pembikinan model mini yang menggambarkan suasana atau peristiwa tertentu dalam satu bingkai khas. Beliau mendapat pendidikan di Sri Utama International School.
Kehidupan peribadi
Cahaya Nilam telah mendirikan rumah tangga di usia muda iaitu 19 tahun pada tahun 2020. Hasil dari perkahwinan, beliau dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Azzreeq. Difahamkan ketika awal perkahwinannya, beliau pernah menyembunyikan statusnya sebagai isteri kerana bimbang akan menjejaskan kerjaya lakonannya.[1]
Filemografi
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2020 | Pink Smile | Mimi | TV3 | Drama pertama |
2021 | Kisah Cinta Rumi | Raihana | ||
Hello, Jangan Tapau Cintaku | Masniza | |||
Dia Isteriku | Intan | TV Alhijrah | ||
2022 | Harith Fayyadh | Vivy | TV3 | |
Kerana Aku Isteri Bidaan | Wardina | |||
Ku Punya Hati | Jess | |||
Skuad JPJ | TV1 | |||
2024 | Kelas Tahanan Cikgu Hiragi | Liyana | Astro Ria | |
2025 | Dzikir | Suhana Suraya | Astro Prima | |
Bukan Ipar Sempurna | Nadhia Sofia | TV3 |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | Mat Ri Ye Pak Din | Rokiah | Awesome TV | Telefilem pertama |
2025 | Rapun | Shasha | Astro Ria |
Rujukan
- ^ Reme, Syazwani (2025-04-10). "Cahaya Nilam Rahsiakan Perkahwinan? Takut Kurang Job?" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-06-17.