![]() | |||||||||
Negara asal | Itali | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Cane paratore[a] ialah satu baka anjing gembala dari Itali. Baka ini terutamanya wujud dalam peranan tradisionalnya di Abruzzo, rantau bersejarah asalnya, sambil tidak mendapat kepopularan dari luar lingkungan peminat anjing.[1][2]
Sejarah dan asal usul
Nama cane paratore, yang kadang-kadang dipanggil cane toccatore, berasal daripada dialek Itali yang dalamnya "paratore" diterjemahkan kepada "berdiri di hadapan" ("menghias(i)", "menjadi hiasan", "menjadi pameran") atau "menyentuh". Maksudnya berakar daripada peranan penting baka ini dalam membantu amalan perladangan sebagai anjing gembala dengan menggerakkan haiwan ternakan melalui kaedah kurang agresif, seperti sentuhan ringan atau berdiri di laluan haiwan ternakan.[3]
Genetik dan keleluhuran
Pada tahun 2018, sebuah kajian genetik mendapati bahawa, sejurus sebelum tahun 1859, anjing gembala Eropah yang tertabur secara meluas telah membangkitkan anjing gembala Jerman, anjing gembala Picardie dari Perancis, dan lima baka anjing gembala Itali: anjing gembala Bergamo, cane paratore, anjing serigala Gigante, anjing gembala Oropa, dan anjing gembala Lessinia dan Lagorai.[1][4]
Ciri fizikal
Cane paratore ialah baka tegap bersaiz sederhana; anjing dewasa biasanya berukuran seberat 8–10 kg (18–22 lb) dan mempunyai panjang bahu 30–35 cm (12–14 in).[5] Secara morfologi, ia mempunyai penampilan mirip serigala. Ia mempunyai kepala lebar, telinga tegak atau separa tegak, dan lapis bulu tebal—yang dapat berwarna agouti, sabel, brindle kelabu, harimau bintang (merle), hitam, atau sawo matang dengan topeng hitam. Walaupun lapis bulu pendek dan lapis bulu separa panjang adalah popular, panjang lapis bulu baka ini dapat berbeza-beza.[3] Cane paratore ialah spesies defensif cepat matang yang kerap mempamerkan paras kebolehsuaian dan daya ketahanan luar biasa dalam pelbagai tetapan.
Kesihatan dan diet
Dari segi sejarah, cane paratore telah diberi diet ringkas berdasarkan makanan para gembala, termasuk dedak, air dadih, roti keras, dan sisa makanan.[3] Walaupun pada umumnya sihat, ia cenderung kepada keadaan seperti osteodistropfi, ataksia spinoserebelum, dan penyakit Legg–Calvé–Perthes.[5] Bukti anekdot tempatan menunjukkan bahawa ia mempunyai sistem imun kuat, berpotensi diwarisi daripada keleluhuran serigalanya.
Pemuliharaan dan status semasa
Kini, cane paratore ialah baka jarang yang sebahagian besarnya tidak terkenal di luar Itali. Usaha sedang dilakukan di Itali untuk memulihara susur galurnya, khususnya kerana bilangannya telah menurun kerana perubahan teknik pertanian. Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) tidak mengiktiraf baka ini, tetapi ia sedang dikekalkan oleh para penggemar di Abruzzo dan di kawasan berdekatan. Takungan gen kecil cane paratore kelihatannya telah menghasilkan pembiakbakaan silang semula jadi sekali-sekala dengan serigala liar, yang dianggap oleh ahli pemuliharaan tempatan sebagai satu cara untuk memelihara kepelbagaian genetik.[3]
Lihat juga
Catatan
Rujukan
- ^ a b Talenti, Andrea; Dreger, Dayna L.; Frattini, Stefano; Polli, Michele; Marelli, Stefano Paolo; Harris, Alexander C.; Liotta, Luigi; Cocco, Raffaella; Hogan, Andrew N.; Bigi, Daniele; Caniglia, Romolo; Parker, Heidi G.; Pagnacco, Giulio; Ostrander, Elaine Ann; Crepaldi, Paola (14 Februari 2018). "Studies of modern Italian dog populations reveal multiple patterns for domestic breed evolution" [Kajian-kajian populasi-populasi anjing Itali moden mendedahkan berbilang pola untuk evolusi baka bela jinak]. Ecology and Evolution (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 8 (5): 2911–2925. Bibcode:2018EcoEv...8.2911T. doi:10.1002/ece3.3842. hdl:2434/549849. ISSN 2045-7758. PMC 5838073. PMID 29531705. S2CID 3883023.
- ^ Dreger, Dayna L.; Davis, Brian W.; Cocco, Raffaella; Sechi, Sara; Di Cerbo, Alessandro; Parker, Heidi G.; Polli, Michele; Marelli, Stefano Paolo; Crepaldi, Paola; Ostrander, Elaine Ann (1 Oktober 2016). Nielsen, Rasmus (penyunting). "Commonalities in Development of Pure Breeds and Population Isolates Revealed in the Genome of the Sardinian Fonni's Dog" [Komonaliti dalam Perkembangan Baka Tulen dan Pencilan Populasi yang Terdedah dalam Genom Anjing Fonni Sardinia]. Genetics (dalam bahasa Inggeris). Genetics Society of America. 204 (2): 737–755. doi:10.1534/genetics.116.192427. hdl:11388/198654. ISSN 1943-2631. PMC 5068859. PMID 27519604. S2CID 9398585.
- ^ a b c d "The Dog of the Moor" [Anjing Mur] (dalam bahasa Inggeris). National Purebred Dog Day. 6 April 2022. Dicapai pada 17 Mei 2025.
- ^ Parker, Heidi G.; Dreger, Dayna L.; Rimbault, Maud; Davis, Brian W.; Mullen, Alexandra B.; Carpintero-Ramirez, Gretchen; Ostrander, Elaine Ann (25 April 2017). "Genomic Analyses Reveal the Influence of Geographic Origin, Migration, and Hybridization on Modern Dog Breed Development" [Analisis-analisis Genomik Mendedahkan Pengaruh Asal Usul Geografi, Migrasi, dan Penghibridan terhadap Perkembangan Baka Anjing Moden]. Cell Reports (dalam bahasa Inggeris). Cell Press. 19 (4): 697–708. doi:10.1016/j.celrep.2017.03.079. ISSN 2211-1247. PMC 5492993. PMID 28445722. S2CID 4572878.
- ^ a b "Cane Paratore" [Cane paratore] (dalam bahasa Inggeris). Koko Genetics. Dicapai pada 17 Mei 2025.
Pautan luar
- il cane pastore ed il suo gregge -Roncobello - Orobie - [anjing gembala dan kawanan ternakannya -Roncobello - Orobie -] (dalam bahasa Itali). YouTube. 31 Oktober 2009. Dicapai pada 22 Mei 2014.