| Cara berlauk چارا برلاؤق | |
|---|---|
| Jenis | Snek |
| Tempat asal | |
| Kawasan/rantau | Kelantan |
| Suhu penghidangan | Panas atau Sejuk |
| 80 kcal (335 kJ) | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Kuih cara berlauk merupakan sejenis kuih tradisional [1] yang dibuat daripada tepung gandum dengan inti daging. Cara membuatnya mencerupai kuih cara tetapi terdapat tambahan inti/lauk daging di atasnya.
Tambahan daging dan rempah menjadikannya agak pedas tetapi enak dimakan. Bagaimanapun inti daging pada bahagian atas ini menjadikannya tidak tahan lama dan perlu dimakan pada hari yang sama. Kuih cara berlauk tidak tahan disimpan pada suhu bilik, dan hanya tahan 2 hari dengan disimpan dalam peti sejuk.
Asal
Negeri-negeri Pantai Timur, tapi banyak ditemui di Negeri Kelantan. Boleh dibeli di pasar Malam yang berdekatan di negeri itu.
Nama
Kuih cara berlauk digelar sedemikian kerana ia menyamai kuih cara tetapi mempunyai inti daging / lauk.
Penyebaran
Kuih cara berlauk banyak dibuat dan dijual di Malaysia. Ia biasanya banyak dijual secara harian dan tidak perlu ditempah lebih awal. [2]
Dalam budaya popular
Kuih cara berlauk amat digemari sebagai juadah minum petang.

Lihat juga
Rujukan










