| Cinta Antara Kita | |
|---|---|
| Genre | Drama Cinta Konflik Dendam |
| Ditulis oleh | Sharifah Abu Salem |
| Pengarah | Mohd Feroz Kader |
Dibintangi oleh | Puteri Sarah Liyana Siti Elizad Zain Hamid |
| Lagu pembukaan | "Kebahagiaan Dalam Perpisahan" oleh Shahir AF8 |
| Lagu penutup | "Kebahagiaan Dalam Perpisahan" oleh Shahir AF8 |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Bahasa Malaysia |
| Bilangan episod | 24 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Puteri Julia Nabilah Megat Jufri Nasrullah |
| Penerbit | Ziela Jalil |
Syarikat penerbitan | Pena Creative Pictures Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV3 |
| Siaran asal | 28 Mac 2011 – 5 Mei 2011 |
| Mengikuti | Begitukah Cinta |
| Diikuti oleh | Nora Elena |
Cinta Antara Kita sebuah siri drama televisyen Malaysia 2011 arahan Feroz Kader, dibintangi oleh Puteri Sarah Liyana, Siti Elizad dan Zain Hamid. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 bermula 28 Mac 2011 menggantikan Begitukah Cinta.
Sinopsis
Suria (Watie Elite) yang melahirkan anak kembar tidak seiras hasil hubungannya dengan Johan (Hairi Othman) sebenarnya mempunyai dua anak perempuan, Aliya (Puteri Sarah Liyana) yang dibesarkannya sendiri dan Dania (Siti Elizad Sharifuddin) yang disangka mati ketika lahir tetapi rupa-rupanya telah dijual oleh neneknya, Maimunah (Hamidah Wahab), kepada Jamilah (Azizah Mahzan), ibu Johan; setelah 23 tahun, Aliya bertemu semula dengan Jufri (Zain Ruffedge) yang pernah diselamatkannya semasa kecil dan mereka jatuh cinta, manakala Aliya dan Dania yang belajar di kolej yang sama menjadi sahabat tanpa mengetahui mereka adik-beradik sehingga kebenaran terbongkar, menyebabkan kedua-duanya bermusuhan kerana turut mencintai Jufri yang lebih menyayangi Aliya.
Pelakon
Pelakon Utama
- Puteri Sarah Liyana sebagai Alia
- Siti Elizad sebagai Dania
- Zain Hamid sebagai Zufri
Pelakon Pembantu
- Watie Sadali sebagai Suria
- Hairie Othman sebagai Johan
- Dynas Mokhtar sebagai Irma
- Azizah Mahzan sebagai Jamilah
- Khaty Fauziah sebagai Ramlah
- Jalaluddin Hassan sebagai Halimi
- Norish Karman sebagai Puan Anita
- Jehan Miskin sebagai Adam
- Shakilla Khoriri sebagai Moly
- Hamidah Wahab sebagai Maimunah
- Iqram Dinzly sebagai Rusdi
- Alex Yanz sebagai Leo








