Cinta Di Langit Cardiff adalah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan Rahila Ali, dibintangi Amyra Rosli dan Amar Baharin, Hafeez Mikail, Marissa Yasmin dan Shakilla Khoriri. Siri drama ini mula disiarkan di Slot Selekta Prima, TV2 mulai 4 Julai. [1]
| Cinta Di Langit Cardiff | |
|---|---|
| Genre | Drama Cinta Keluarga Konflik |
| Pencipta | Rahila Ali |
| Ditulis oleh | Amy Raimi |
| Pengarah | Rahila Ali |
Dibintangi oleh | Amyra Rosli Amar Baharin Hafeez Mikail Marissa Yasmin Shakilla Khoriri |
| Lagu pembukaan | "Kisah Cinta Kita" oleh Amyra Rosli & Amar Baharin |
| Lagu penutup | "Kisah Cinta Kita" oleh Amar Baharin & Amyra Rosli |
| Negara asal | |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 13 |
| Penerbitan | |
| Tempoh siaran | 40 minit |
Syarikat penerbitan | Pena Kreatif Sdn. Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV2 (Slot Selekta Prima) |
| Siaran asal | 4 Julai 2017 – 1 Ogos 2017 |
Sinopsis
Impian Tasha yang ingin melayari bahtera alam rumahtangga bersama tunangnya Imran musnah apabila dihari majlis perkahwinan mereka, terbongkarlah rahsia bahawa Tasha hanyalah anak angkat. Pak Jalal, iaitu pemandu ayahnya mendedahkan bahawa Nordin bukanlah ayah kandung Tasha dan Nordin tidak layak untuk mewalikan Tasha dan perkahwinan tersebut tidak sah. Namun Imran tetap ingin mengahwini Tasha dan mereka ingin berkahwin di Siam. Natalia, iaitu adik angkat Tasha yang juga menaruh hati kepada Imran selama ini mencuba untuk mengagalkan rancangan perkahwinan Imran dan Tasha.
Natalia kemudian membuat rancangan jahat dengan memerangkap Imran agar segera mengahwininya. Imran yang terpedaya dengan rancangan Natalia tersebut akhirnya terpaksa mengahwininya setelah Natalia mendakwa bahawa dia kini hamil anak Imran. Tanpa Imran sedari, anak yang dikandung Natalia itu sebenarnya bukanlah anaknya, melainkan ia adalah anak hasil hubungan terlarang Natalia dengan bekas kekasihnya dahulu, Amri. Manakala Tasha yang kini berasa kecewa setelah mengetahui Imran kini sudahpun berkahwin dengan Natalia kemudian tekad membawa diri setelah dia mendapat maklumat daripada Pak Jalal yang mengatakan bahawa ibu kandungnya ada di Cardiff.
Setibanya di Cardiff, Tasha kemudian bertemu dengan Ashraf. Tasha kemudian menceritakan niat sebenarnya kepada Ashraf. Manakala Ashraf berjanji akan membantu Tasha untuk mencari ibu kandung Tasha. Dalam misi pencarian ibu kandung Tasha, Ashraf dan Tasha menjadi semakin akrab dan kemudian saling jatuh cinta. Namun, disaat hubungan mereka semakin mesra, Imran kini kembali menagih kasih daripada Tasha. Natalia yang mengetahui akan hal itu kemudian mencuba untuk memisahkan Imran daripada bersatu semula dengan Tasha. Berjayakah Tasha menemui ibu kandungnya?
Pelakon
Pelakon utama
- Amyra Rosli sebagai Tasha
- Amar Baharin sebagai Ashraf
- Hafeez Mikail sebagai Imran
- Marissa Yasmin sebagai Ruby
- Shakilla Khoriri sebagai Natalia
Pelakon pembantu
- Zack Idris sebagai Nordin
- Aman Shah sebagai Jalal
- Zarina Zainuddin sebagai Nelle
- Hafreez Adam sebagai Amri
- Sherie Merlis sebagai Puan Sri Aida
- Theera Alias sebagai Habibah
- Afique Hussain sebagai Rahim
- Laila Nasir sebagai Mimie
- Aishah Harith sebagai Azizah








