Darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Perak Darul Ridzuan merupakan antara darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Perak pada setiap tahun kepada rakyat-rakyat Perak khususnya dan rakyat Malaysia amnya yang telah banyak berjasa kepada Paduka Seri Sultan, masyarakat dan Negeri Perak itu sendiri.[1]
Pengurniaan darjah kebesaran negeri diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar sebagai istana rasmi Sultan Perak untuk menganugerahkan anugerah darjah kebesaran tertinggi mahupun anugerah-anugerah lain negeri.
Senarai
Kumpulan I : Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati
- Pangkat Pertama Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK)
Kumpulan II : Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah Yang Dihormati
- Pangkat Pertama Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah (DKSA)
Kumpulan III : Darjah Kerabat Azlanii Yang Amat Dihormati
- Pangkat Pertama Darjah Kerabat Azlanii (DKA I)
- Pangkat Kedua Darjah Kerabat Azlanii (DKA II)
Kumpulan IV : Darjah Kebesaran Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Amat Dimulia
- Pangkat Pertama Darjah Paduka Sultan Azlan Shah (SPSA) - (Yang Mulia Dato' Seri Diraja untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Dato' Seri Diraja lelaki / wanita) dan (Yang Mulia Datin Seri Diraja untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin Seri Diraja isteri)
Kumpulan V : Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Nazrin Shah Perak Yang Amat Mulia
- Pangkat Pertama Darjah Seri Paduka Sultan Nazrin Shah (SPSN) - (Yang Mulia Dato' Seri Diraja untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Dato' Seri Diraja lelaki / wanita) dan (Yang Mulia Datin Seri Diraja untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin Seri Diraja isteri)
Kumpulan VI : Darjah Yang Amat Mulia Paduka Cura Si Manja Kini
- Pangkat Pertama Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) - (Yang Mulia Dato' Seri untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Dato' Seri lelaki / wanita) dan (Yang Mulia Datin Seri untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin Seri isteri)
- Pangkat Kedua Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) - (Yang Mulia Dato' untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Dato' lelaki / wanita) dan (Yang Mulia Datin untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin isteri)
- Pangkat Ketiga Ahli Paduka Cura Si Manja Kini (PCM)
- Pangkat Keempat Ahli Cura Si Manja Kini (ACM)
Kumpulan VII : Darjah Yang Amat Mulia Paduka Mahkota Perak
- Pangkat Pertama Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) - (Yang Mulia Dato' Seri untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Dato Seri' lelaki / wanita) dan (Yang Mulia Datin Seri untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin Seri isteri)
- Pangkat Kedua Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) - (Yang Mulia Dato' untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Dato' lelaki / wanita) dan (Yang Mulia Datin untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin isteri)
- Pangkat Ketiga Ahli Paduka Mahkota Perak (PMP)
- Pangkat Keempat Ahli Mahkota Perak (AMP)
Kumpulan VIII : Darjah Yang Amat Mulia Panglima Taming Sari
- Pangkat Pertama Darjah Dato' Seri Panglima Taming Sari (SPTS) -(Yang Mulia Dato' Seri Panglima untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Dato' Seri Panglima lelaki / wanita) dan (Yang Mulia Datin Seri Panglima untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin Seri Panglima isteri)
- Pangkat Kedua Dato' Pahlawan Taming Sari (DPTS) - -(Yang Mulia Dato' Pahlawan untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Dato' Pahlawan lelaki / wanita) dan (Yang Mulia Datin Pahlawan untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin Pahlawan isteri)
Kumpulan IX : Pingat-pingat negeri
- Pangkat Pertama Pingat Pekerti Terpilih (PPT)
- Pangkat Kedua Pingat Jasa Kebaktian (PJK)
- Pangkat Ketiga Pingat Lama Perkhidmatan (PLP)
Anugerah khas
- Darjah Dato' Seri Azlanii (DSA) -- Dato' Seri
Anugerah yang telah dihentikan
- Darjah Dato' Seri Azlanii (DSA) -- Dato' Seri
- Darjah Ahli Perwira Taming Sari (PTS)
- Darjah Ahli Hulubalang Taming Sari (HTS)
- Darjah Ahli Kesatria Taming Sari (KTS)
- Darjah Ahli Perajurit Taming Sari (ATS)
Susunan keutamaan
Berikut merupakan susunan keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat negeri Perak[2][3]
- Darjah Kerabat (DK)
- Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah (DKSA)
- Darjah Kerabat Azlanii (DKA I)
- Darjah Kerabat Azlanii (DKA II)
- Darjah Paduka Sultan Azlan Shah (SPSA) -- Dato' Seri Diraja lelaki / wanita
- Darjah Seri Paduka Sultan Nazrin Shah (SPSN) -- Dato' Seri Diraja lelaki / wanita
- Darjah Dato' Seri Panglima Taming Sari (SPTS) -- Dato' Seri Panglima lelaki / wanita
- Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) -- Dato' Seri lelaki / wanita
- Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) -- Dato' Seri lelaki / wanita
- Dato' Pahlawan Taming Sari (DPTS) -- Dato' Pahlawan lelaki / wanita
- Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) -- Dato' lelaki / wanita
- Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) -- Dato' lelaki / wanita
- Paduka Cura Si Manja Kini (PCM)
- Paduka Mahkota Perak (PMP)
- Darjah Ahli Perwira Taming Sari (PTS)
- Paduka Mahkota Perak (PMP)
- Ahli Cura Si Manja Kini (ACM)
- Ahli Mahkota Perak (AMP)
- Hulubalang Taming Sari (HTS)
- Kesatria Taming Sari (KTS)
- Perajurit Taming Sari (ATS)
- Pingat Keberanian Handal (PKH)
- Pingat Pekerti Terpilih (PPT)
- Pingat Jasa Kebaktian (PJK)
- Pingat Lama Perkhidmatan (PLP)
- Jaksa Pendamai (JP)