David Cheong Kian Young | |
---|---|
张睷洋 | |
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Kajang | |
Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Hee Loy Sian (PH–PKR) |
Majoriti | 34,394 (2023) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | David Cheong Kian Young 1965 (umur 59–60) ![]() ![]() |
Kewarganegaraan | ![]() |
Parti politik | Parti Keadilan Rakyat (PKR) |
Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) |
Anak | 3 |
Kediaman | UEP Subang Jaya, Subang Jaya, Selangor, Malaysia |
Tempat belajar | Universiti Buddha Dharma (MA dalam penyelidikan agama Buddha & diploma dalam seni bina) |
Pekerjaan |
|
David Cheong Kian Young | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama Bahasa Cina | |||||||
Tulisan Cina Tradisional | 張睷洋 | ||||||
Tulisan Cina Ringkas | 张睷洋 | ||||||
|
David Cheong Kian Young (Cina ringkas: 张睷洋; Cina tradisional: 張睷洋; pinyin: Zhāng Jiānyáng; lahir 1965) merupakan seorang ahli politik dan ahli perniagaan Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Kajang sejak Ogos 2023. Beliau merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen dalam gabungan Pakatan Harapan (PH). Beliau juga telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Timbalan Ketua Bahagian Kuala Langat dan timbalan pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPRN) PKR serta Bendahari JPRN PH Selangor sejak tahun 2022.[1]
Kerjaya politik
Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) PKR bagi kawasan Sungai Jarom dari tahun 2008 hingga 2010, Timbalan Pengerusi Biro Kebajikan PKR Selangor dari 2010 hingga 2013, dan Bendahari Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPRN) PKR Selangor dari 2020 hingga 2022.
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (sejak 2023)
Pilihan raya negeri Selangor 2023
Dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023, Cheong membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya selepas dicalonkan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di kerusi negeri Kajang. Cheong memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor (ADN) bagi Kajang selepas menewaskan Allan Liew Sin Kim dari Perikatan Nasional (PN) dan Arutchelvan Subramaniam dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) dengan majoriti sebanyak 34,394 undi.[2]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2023 | N25 Kajang | David Cheong Kian Young (PKR) | 54,794 | 70.36% | Allan Liew Sin Kim (BERSATU) | 20,400 | 26.20% | 77,875 | 34,394 | 70.93% | ||
Arutchelvan Subramaniam (PSM) | 2,681 | 3.44% |
Rujukan
- ^ "Saudara David Cheong Kian Yong". Parti Keadilan Rakyat. Dicapai pada 31 Disember 2023.
- ^ "State polls: More than 50% new faces in PKR's candidate list for Selangor". The Star. 22 Julai 2023. Dicapai pada 31 Disember 2023.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15". Dicapai pada 5 Oktober 2023.