Desa KEDA Semeliang
Latar Belakang
Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1991 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.
Desa KEDA Semeliang merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 1990an. Pada tahun 1991, penempatan ini mula diduduki dengan bilangan rumah sebanyak 73 buah rumah dan memberi manfaat kepada 251 orang penduduk Daerah Padang Terap Negeri Kedah.
Sejarah Kampung
Nama Desa KEDA Semeliang diambil dari Kampung Semeliang yang berasal daripada nama sejenis tumbuhan hutan liar iaitu satu spesis buluh yang dikenali Buluh Semeliang.
Info Desa
| Nama Desa | Desa KEDA Semeliang |
| Mukim | Belimbing Kanan |
| DUN | Kuala Nerang |
| Parlimen | Padang Terap |
| Daerah | Padang Terap |
| Negeri | Kedah Darul Aman |
Geografi
Desa KEDA Semeliang ini terletak di Mukim Belimbing Kanan dalam Daerah Padang Terap Negeri Kedah. Desa KEDA Semeliang berjarak 4.3km dari Pekan Kuala Nerang manakala dari Pekan Naka berjarak 25km.
Kepimpinan
Desa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 2, Padang Terap yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Semeliang. Penyelia kampung akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu pelaksanaan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 11 Biro yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Semeliang
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Semeliang bagi sesi 2024/2026 adalah seperti berikut :
| Jawatan | Penyandang |
| Pengerusi | ABDUL RAHMAN BIN MOHAMAD |
| Timbalan Pengerusi | ABD WAHAB BIN CHE LAH |
| Setiausaha | MAT ZENI BIN LAH |
| Bendahari | MD NOOR BIN ABDUL RAHMAN |
| Biro Kebersihan, Alam Sekitar & Keceriaan | ZAINORIN BIN MOHAMAD |
| Biro Keselamatan | MOHD GHAZALI BIN OTHMAN |
| Biro Pendidikan & Inovasi | SITI HASNAH BINTI ABDULLAH |
| Biro Sosial & Kebudayaan | YAHAWA BIN AWANG TEH |
| Biro Belia, Sukan & Rekreasi | HISHAM SHAHFANI BIN MOHD TAJUDIN |
| Biro Pembangunan Prasarana | AHMAD BAKRI BIN ARIFFIN |
| Biro Teknologi Maklumat & Komunikasi | SITI HASNAH BINTI ABDULLAH |
| Biro Kebajikan | MOHD RADZI BIN ABD RAHMAN |
| Biro Hal Ehwal Wanita | SUZAINA BINTI MAT |
| Biro Ekonomi | AZIMAH BINTI AHMAD ZAIN |
| Biro Agama & Sivik | MOHD NAZIR BIN ABD RAHMAN |
Maklumat Penduduk
Maklumat penduduk Desa KEDA Semeliang adalah seperti berikut :
| Perkara | Bilangan (Orang) |
| Jumlah Keseluruhan Penduduk | 251 |
| Jumlah Keluarga | 73 |
| Bilangan Penduduk Lelaki | 130 |
| Bilangan Penduduk Perempuan | 121 |
Pendidikan
Tahap pendidikan penduduk Desa KEDA Semeliang adalah seperti berikut :
| Kelulusan | Bilangan (Orang) |
| Ijazah / Diploma/ Sijil Kemahiran Bertauliah | 40 |
| Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | 65 |
| Jumlah | 105 |
Pendapatan Kasar Isi Rumah
Penduduk Desa KEDA Semeliang dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut :
| Purata Pendapatan (RM) | Bilangan Penduduk (Orang) |
| <RM530.00 | 150 |
| RM531.00 - RM790.00 | 68 |
| RM791.00 – RM1,319.00 | 27 |
| >RM1,319.00 | 6 |
Kegunaan Tanah
Secara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Semeliang ialah sebanyak 8 hektar yang merangkumi tapak kediaman seluas 6 hektar, tapak bangunan awam/ masyarakat seluas 2 hektar.
Hak Milik Penduduk
Bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk Desa KEDA Semeliang adalah seperti berikut :
| Jenis Kenderaan | Bilangan (Unit) |
| Kereta | 70 |
| Motosikal | 50 |
| Lori | 3 |
| Van | 0 |
Kemudahan Asas
Dari segi infrastruktur, jalan kampung berturap sedia ada 2.8 km, tidak berturap 0.5 km dan lampu jalan 10 unit.Sistem parit/longkang merangkumi 65% keluasan Desa KEDA Semeliang. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah iaitu 73 buah rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman. Sistem pembentungan menggunakan Tandas Sanitasi yang dilengkapi dengan rumah tandas, mangkuk tandas, slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air.
Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada dan tahap kepuasan kurang baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan kurang baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.
Dari segi infra, Desa KEDA Semeliang dilengkapi surau 1 buah, perpustakaan/ pusat sumber 1 buah, bilik gerakan I buah, dewan orang ramai 1 buah, hentian bas dan balai/pondok polis 1 buah dan padang bola.
Golongan Khas
Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Semeliang adalah seperti berikut :
| Perkara | Bilangan (Orang) |
| Orang Kurang Upaya (OKU) | 1(L) / 2(W) |
| Bapa Tunggal | 10 |
| Ibu Tunggal | 33 |
| Anak Yatim | Tiada |









