Dia Dari Syurga ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2024 arahan Pali Yahya terbitan Mache All Star United Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Aliff Aziz dan Ummi Nazeera. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di TV1 dari 11 Mac hingga 14 April 2024.
Dia Dari Syurga | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Adaptasi novel Dia Dari Syurga karya Aulia Iman |
Ditulis oleh | Farhana Fauri |
Pengarah | Pali Yahya |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Ku Dikirimkan" - Aqeesh Aleeya & Ahmad Syafiq |
Lagu penutup | "Berhenti Mencinta" - Amir Masdi |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 30 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Kolonel Bersekutu (PA) Arisz Ab Rahman J.P |
Penerbit | Norley Aimi Nadiah Shaari |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Mache All Star United Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV1 RTMklik |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 11 Mac 2024 – 14 April 2024 |
Sinopsis
Raisha merupakan seorang wanita hebat yang diuji dengan kematian suami yang dikasihi. Atas dasar kasihkan menantu, mentuanya Farizah berharap Raisha yang yatim piatu terus tinggal di rumah mereka.
Segalanya berjalan lancar sehinggalah kembar kepada suaminya, Khalil muncul lalu memutuskan untuk tinggal di rumah yang sama. Kata Khalil, dia mahu berbakti dan merasai kasih sayang seorang ibu kandung. Namun, kewujudan Khalil membuatkan Raisha tidak selesa untuk terus tinggal di situ.
Berura-ura untuk pindah, Puan Farizah tiba-tiba sahaja jatuh sakit. Keadaan bertambah kucar kacir apabila Puan Farizah didiagnosis dengan satu penyakit hingga memaksa Raisha dan Khalil untuk bernikah.
Pelakon
- Aliff Aziz sebagai Ahmad Kalil
- Ummi Nazeera sebagai Raisha
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Farizah
- Nina Smith sebagai Jannah
- Nafiz Muaz sebagai Kamil
- Ryun Ryry sebagai Tengku Maira
- Shazia Rozaini sebagai Razimah
- Sefik sebagai Shahrizal
- Nada Nur Syuhada sebagai Khadijah