Didi & Friends Rescue Squad | |
---|---|
Genre | Animasi |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Khairul Ammar Jamal (Gecko) |
Pelakon suara |
|
Penggubah lagu tema |
|
Penggubah | Asyraf Azizi |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu Bahasa Inggris |
Bilangan musim | 2 |
Bilangan episod | 38 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Chedd Eddie Yusoff |
Penyunting | Redzwan Haziq Dzul Karnain |
Sinematografi | Amirul Arshad Abdullah |
Tempoh siaran | 4-5 minit |
Syarikat penerbitan | Warnakala Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV9 TV3 (Akan Datang) |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 11 Oktober 2014 – 12 Jun 2019 |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Didi & Friends Rescue Squad ialah sebuah siri animasi 3D Malaysia 2014 arahan Khairul Ammar Jamal (Gecko) dengan skripnya ditulis oleh Nur Shafiah Shafiee dan Ida Shaheera Azhar. Siri ini merupakan terbitan turunan baharu daripada francais Didi & Friends terbitan Warnakala Studios. Ia memulakan tayangan perdana di Astro Ceria bermula 11 Oktober 2014 dan versi Bahasa Inggerisnya juga telah diterbitkan. Ia merupakan karya pertama diterbitkan oleh Warnakala Studios sejak ditubuhkan pada 2013.
Premis
Didi & Friends Rescue Squad mengajar kanak-kanak cara untuk mengelak diri daripada keadaan yang berbahaya dan kaedah untuk bertindak dengan tenang semasa kecemasan.[1]
Pelakon suara
- Versi bahasa Melayu
- Nur Insyeerah sebagai Didi
- Adilia Myra sebagai Nana
- Adam Muqri sebagai Jojo
- Versi bahasa Inggeris
- Anika Partridge sebagai Didi
- Ramita Lotta sebagai Nana
- Lele Zhang sebagai Jojo
Episod
Catatan: Setiap episod bermula dengan awalan "Tolong!" (versi BM) dan "Help!" (versi BI).
Musim | Episod | Tarikh siaran pertama di TV9 | ||
---|---|---|---|---|
Episod pertama | Episod akhir | |||
1 | 26 | 11 Oktober 2014 | 27 Mei 2015 | |
2 | 12 | 23 Mac 2019 | 12 Jun 2019 |
Musim 1 (2014-15)
No. | Title | Tajuk dalam Bahasa Inggeris | Tarikh siaran asal | |
---|---|---|---|---|
1 | "Tolong! Api! Api!" | "Help! There's Fire!" | 11 Oktober 2014 | |
Ketika Bangau sedang membakar sampah sarap, separuh daripada ladang jagungnya dijilat api akibat ditiup angin. Dalam keadaan ketakutan, Bangau meminta bantuan Rescue Squad untuk memadamkan kebakaran. | ||||
2 | "Tolong! Tercekik Mainan!" | "Help! Papa Bear's Choking!" | 15 Oktober 2014 | |
Ketika sedang mengemas rumah, Pak Beruang tergelincir selepas terlanggar papan luncur dan tercekik patung itik getah. Anaknya, Joni meminta bantuan Rescue Squad untuk keluarkan patung itik getah menggunakan gerakan Heimlich. | ||||
3 | "Tolong! Lif Rosak!" | "Help! The Elevators Broken!" | 22 Oktober 2014 | |
Gara-gara menekan butang lif berulang kali sehingga rosak, Boon dan Roon terperangkap dalam lif. Mereka meminta bantuan Rescue Squad untuk keluarkan mereka dari lif tersebut. | ||||
4 | "Tolong! Tak Boleh Turun!" | "Help! I Can't Get Down!" | 29 Oktober 2014 | |
Dalam keadaan panik dan ketakutan, Encik Mole tidak dapat turun dari bumbung sebuah banglo setelah membaiki piring satelit. Encik Mole kemudian meminta bantuan Rescue Squad untuk membawanya turun dari bumbung banglo. | ||||
5 | "Tolong! Sakit Perut!" | "Help! My Belly!" | 6 November 2014 | |
Sewaktu bercuti di peranginan, Pak Atan mengalami keracunan makanan setelah termakan makanan yang telah tamat tempoh. Pak Atan kemudian meminta bantuan Rescue Squad untuk menerima rawatan. | ||||
6 | "Tolong! Tia Terjatuh!" | "Help! Tia's Fallen!" | 13 Mac 2015 | |
Tia terjatuh dari longkang dan dihanyutkan oleh arus deras. Ibunya kemudian menghubungi Rescue Squad untuk menyelamatkan anaknya. | ||||
7 | "Tolong! Roon Tersangkut!" | "Help! I'm Stuck!" | 24 Mei 2015 | |
Roon tersangkut kerusi selepas selesai membawa masuk kerusi dalam stor. Aunty Wendy kemudian menghubungi Rescue Squad untuk keluarkan Roon daripada kerusi. | ||||
8 | "Tolong! Mon Kena Serang!" | "Help! Bees Attack!" | 30 Mei 2015 |
Musim 2 (2019)
No. | Title | Tajuk dalam Bahasa Inggeris | Tarikh siaran asal | |
---|---|---|---|---|
9 | "Tolong! Ada Kala Jengking!" | "Help! There's a Scorpion!" | 23 Mac 2019 | |
Mumia terkejut mendapati ada kala jengking dijumpai di rumahnya, kemudian menghubungi Rescue Squad untuk meminta bantuan. | ||||
10 | "Tolong! Abang Kobi Tersekat!" | "Help! I'm Trapped!" | 29 Mac 2019 | |
Sofi dan Tatak sedang bermain di taman permainan sehingga Kobi datang menunjukkan kemahiran bermain dalam gelongsor. Kobi tersekat dalam gelongsor dan mereka berdua kemudian menghubungi Rescue Squad untuk meminta bantuan. | ||||
11 | "Tolong! Ada Budak Jatuh!" | "Help! A Baby's Falling!" | 2 April 2019 | |
Bel perlu menjaga adiknya yang masih kecil, namun terleka dengan permainan video sehingga tidak menyedari bahawa adiknya itu memanjat balkoni dan hampir terjatuh. Rescue Squad datang menyelamatkan keadaan. | ||||
12 | "Tolong! Happy Bear Hilang!" | "Help! Happy Bear's Lost!" | 30 April 2019 | |
Happy Bear, Tatak dan Paan berkhemah bersama-sama. Namun, semasa berjalan di sekitar hutan, Happy Bear hilang dan ini merisaukan Tatak dan Paan mengenai keberadaannya. Mereka berdua menghubungi Rescue Squad untuk mengesan Happy Bear. | ||||
13 | "Tolong! Virus Dah Merebak!" | "Help! The Virus Has Spread!" | 5 Jun 2019 | |
Kimi sedang menjalani kuarantin di hospital dan berada di bawah pemantauan doktor. Namun, dia menghilangkan diri untuk menonton sarkas. Doktor dan jururawat meminta bantuan Rescue Squad untuk mencari Kimi. | ||||
14 | "Tolong! Bas Terbabas!" | "Help! A Bus Accident!" | 10 Jun 2019 | |
Rudy dan Jax sedang bermain dalam bas dan menyebabkan Pakcik Zirafah hilang kawalan terhadap bas yang dipandunya. Mereka menghubungi Rescue Squad untuk meminta bantuan. | ||||
15 | "Tolong! Tanah Runtuh! (Bahagian 1)" | "Help! A Landslide! (Part 1)" | 11 Jun 2019 | |
Datuk Bandar dan pemandunya dalam perjalanan ke destinasi yang mereka tuju, namun mendapati ada tanah runtuh. Mereka terperangkap dalam kereta dan menghubungi Rescue Squad untuk meminta bantuan. | ||||
16 | "Tolong! Tanah Runtuh! (Bahagian 2)" | "Help! A Landslide! (Part 2)" | 12 Jun 2019 | |
Rescue Squad berjaya menyelamatkan Datuk Bandar dan pemandunya setelah menyedari ada satu lagi kejadian tanah runtuh dan batu besar yang cuba menghempap mereka. |
Rujukan
- ^ "SAKSIKAN 'DIDI & FRIENDS RESCUE SQUAD' SELAMATKAN PEKAN HOREY". Farhana Jafri. 5 September 2022. Dicapai pada 20 Mac 2023.