Duke Joseon | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Putera Goryeo | |||||||||
Secara anumerta Raja Goryeo | |||||||||
Didahului oleh | Raja Jeonggan | ||||||||
Keputeraan | Wang Do before 1054 Goryeo | ||||||||
Kemangkatan | 1099 Goryeo | ||||||||
Pasangan | Queen Yangheon | ||||||||
Anakanda | Wang Ja Wang Won Wang On | ||||||||
| |||||||||
Kerabat | Wangsa Wang | ||||||||
Ayahanda | Munjong dari Goryeo | ||||||||
Bonda | Suri Diraja Ingyeong daripada suku Yi Incheon | ||||||||
Nama Korea | |||||||||
Hangul | 조선후, 조선공 | ||||||||
Hanja | 朝鮮侯, 朝鮮公 | ||||||||
Perumian Semakan | Joseonhu, Joseongong | ||||||||
McCune–Reischauer | Chosŏnhu, Chosŏn'gong | ||||||||
Nama lahir | |||||||||
Hangul | 왕도 | ||||||||
Hanja | 王燾 | ||||||||
Perumian Semakan | Wang Do | ||||||||
McCune–Reischauer | Wang To | ||||||||
Nama anumerta | |||||||||
Hangul | 양헌 | ||||||||
Hanja | 禳憲 | ||||||||
Perumian Semakan | Yangheon | ||||||||
McCune–Reischauer | Yanghŏn |
Raja Yangheon (Korea: 조선공; Hanja: 朝鮮公; Jawi: راج يڠهيون atau دوك جوسون; mangkat 1099[a]), lahir Wang Do, ialah seorang putera diraja Goryeo, putera sulung dan yang tertua kepada Raja Munjong dan Suri Diraja Ingyeong, serta nenekanda kepada bakal Permaisuri Janggyeong, Permaisuri Uijeong, dan Permaisuri Seonjeong. Sepanjang hayatnya, beliau dikenali sebagai Marquis Joseon dan Duke Joseon.
Biografi
Kehidupan awal dan pertikaian tahun lahir
Baginda dilahirkan sebagai putera sulung kepada Raja Munjong dari Goryeo dan Puteri Suryeong, serta diberi nama Do (도; 燾, dan mempunyai dua adinda lelaki, Wang Su dan Wang Yu.[1] Walaupun tahun kelahiran baginda tidak diketahui, berdasarkan "Epitaf Yi Ja-yeon" (이자연 묘지명; 李子淵 墓誌銘), pada tahun 1061, ketika kemangkatan Yi, hanya tiga nama yang tercatat sebagai cucunda diraja baginda, iaitu Putera Mahkota, Marquis Gukwon, dan Wang Do. Dari situ, dipercayai bahawa baginda dilahirkan sebelum Sukjong pada tahun 1054 atau Uicheon pada tahun 1055.[2]
Kehidupan dan perkahwinan
Tahun-tahun di mana Wang Do dilantik sebagai Marquess Joseon (조선후; 朝鮮侯) tidak jelas, namun ia tercatat pada tahun 1061 (berdasarkan Goryeosa) atau pada tahun 1062 (berdasarkan Goryeosajeoryo). Baginda kemudiannya dianugerahkan gelaran Duke Joseon (조선공; 朝鮮公) pada tahun 1077, iaitu tahun ke-31 pemerintahan ayahanda baginda.[3] Pada tahun 1086, baginda dilantik sebagai Sutaebo (수태보; 守太保)[4] dan pada tahun 1094, semasa pemerintahan Raja Heonjong, baginda diangkat sebagai Sutaesa (수태사; 守太師).[5] Setahun kemudian, baginda dilantik sebagai Susado (수사도; 守司徒) serta menerima 5000 sik-eup dan 500 siksil-bong (식읍오천호식실봉오백호; 食邑五千戶食實封五百戶).[6]
Wang Do telah berkahwin dengan puteri kedua daripada salah seorang ayahanda saudaranya, Yi Jeong (이정),[7] dan mereka dikurniakan tiga orang putera. Putera kedua mereka kemudiannya berkahwin dengan Puteri Ansu (안수궁주), salah seorang puteri Raja Sukjong,[8] sementara putera ketiga mereka telah mengahwini putera-puteri Raja Injong (Permaisuri Janggyeong, Marquis Daeryeong, Permaisuri Uijeong, Permaisuri Seonjeong, Wang Yeong).[9]
Pada tahun 1099, iaitu tahun ke-4 pemerintahan Raja Sukjong, Duke Joseon mangkat[10] dan diberikan nama anumerta Yangheon (양헌; 襄憲) oleh Raja Sukjong sendiri. Berdasarkan "Epitaf Wang Won" (왕원 묘지명; 王源 墓誌銘), Duke Joseon yang telah mangkat itu kemudiannya dianugerahkan gelaran Raja Yangheon dari Negeri Joseon (조선국 양헌왕; 朝鮮國 禳憲王), dan selepas itu, isteri baginda, Puan Besar Yi, dihormati dengan gelaran "Raja Permaisuri Yangheon" (양헌왕비; 禳憲王妃).
Keluarga
- Ayahanda: Munjong dari Goryeo (고려문종, 29 Disember 1019 – 2 September 1083)
- Ibunda: Permaisuri Yangheon, daripada suku Yi Incheon
- Permaisuri dan anak-anak mereka:
- Permaisuri Yangheon, daripada suku Yi Inju ( 양헌왕비 인주이씨)
Nota
- ^ In the Korean calendar (lunisolar), he died on the 21st day of the 1st month of 1099.
Rujukan
- ^ 고려사 > 권88 > 열전 권제1 > 후비(后妃) > 문종 후비 인경현비 이씨. History of Goryeo (dalam bahasa Korea). Dicapai pada April 8, 2022.
- ^ 이자연 묘지명 - 국사편찬위원회. Our History Net (dalam bahasa Korea). Dicapai pada April 8, 2022.
- ^ 고려사 > 권9 > 세가 권제9 > 문종(文宗) 31년 > 3월 > 왕자들의 관작을 올려주다. History of Goryeo (dalam bahasa Korea). Dicapai pada April 8, 2022.
- ^ 고려사 > 권10 > 세가 권제10 > 선종(宣宗) 3년 > 2월 > 왕도 등을 수태보 등으로 삼다. History of Goryeo (dalam bahasa Korea). Dicapai pada April 8, 2022.
- ^ 고려사 > 권10 > 세가 권제10 > 헌종(獻宗) 즉위년 > 6월 > 왕도 등을 관직에 임명하다. History of Goryeo (dalam bahasa Korea). Dicapai pada April 8, 2022.
- ^ 고려사 > 권11 > 세가 권제11 > 숙종(肅宗) 즉위년 > 10월 > 조선국공 왕도 등에게 관작을 더하다. History of Goryeo (dalam bahasa Korea). Dicapai pada April 9, 2022.
- ^ 인천이씨(仁川李氏),인천이씨시조,이허겸,인천이씨조상인물. the Sung Clan News (dalam bahasa Korea). 4 May 2017. Dicapai pada April 8, 2022.
- ^ 고려사 > 권91 > 열전 권제4 > 공주(公主) > 숙종 소생 공주 > 안수궁주. History of Goryeo (dalam bahasa Korea). Dicapai pada April 8, 2022.
- ^ 고려사 > 권90 > 열전 권제3 > 종실(宗室) > 문종 왕자 조선공 왕도. History of Goryeo (dalam bahasa Korea). Dicapai pada April 8, 2022.
- ^ 고려사 > 권11 > 세가 권제11 > 숙종(肅宗) 4년 > 1월 > 조선공 왕도가 죽다. History of Goryeo (dalam bahasa Korea). Dicapai pada April 8, 2022.
Pautan luar
- Duke Joseon di Ensiklopedia Budaya Korea (dalam bahasa Korea).