Elvina Chua (lahir 10 November 1990) merupakan seorang pelakon, model dan bekas ratu cantik Malaysia yang berasal dari Klang, Selangor. Memulakan kerjaya awal sebagai model dan personaliti media sosial, beliau juga banyak membintangi filem, drama dan telefilem tempatan. Beliau terkenal menerusi watak Sasha lakonannya dalam filem Ada Hantu (2021) dan Ada Hantu 2 (2022).[1][2] Selain menceburi bidang lakonan, beliau juga merupakan seorang guru yoga yang bertauliah (RYT200).
Elvina Chua bergiat aktif di dalam bidang peragaan bermula pada tahun 2019. Pada tahun 2011, beliau mula menyertai pertandingan ratu cantik dan tersenarai di antara 10 teratas dalam pertandingan Miss Earth Malaysia yang dianjurkan pada tahun 2011 dan memenangi gelaran Ms. Charming.[3] Kemudian pada tahun 2013, beliau menyertai Miss Global International Malaysia pada tahun 2013,[4] dan tersenarai dalam enam teratas dan memenangi gelaran "Ms. Perfect Body" dan "Ms. Popularity" dan juga pada tahun yang sama, beliau telah dinobatkan sebagai "Miss Yachting International Pageant" dan mewakili Malaysia ke China dan tersenarai di antara 10 teratas daripada wakil dari seluruh dunia.[5]
Pada tahun 2017, beliau mula menyertai Metrowealth sehingga tahun 2020.