Datuk Enchin Majimbun PGDK (Sabah); PPN | |
|---|---|
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Sepanggar | |
| Dalam jawatan 2004–2013 | |
| Didahului oleh | Kawasan baharu |
| Digantikan oleh | |
| Majoriti | 11,461 |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 7 Februari 1950 Inanam, Jesselton, Borneo Utara |
| Parti politik | Parti Maju Sabah |
| Pasangan | Datin Sylvia Lobimi Siap |
| Anak | Edna Jessica, Eric Shone Jr, Evina Brenda, Elsie Erica |
| Pekerjaan | Ahli Politik |
Datuk Enchin Majimbun (lahir 7 Februari 1950) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Kadazandusun. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Sepanggar selama dua penggal (2004-2013).
Politik
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari DAP, Ewol Bin Muji @ Edward Ewol Mujie dengan majoriti sebanyak 11,461 undi. Beliau memperolehi 16,884 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 3,709 undi. Seorang lagi calon, Mohd Ibrahim @ Paul Kuleling (Parti Keadilan Rakyat) mendapat 5,423 undi. Beliau mempertahankan kerusi terebut dan pernah menjadi Ahli Parlimen Sepanggar pada 2004 - 2008 menggunakan tiket BN-SAPP.








