Mohammad Fahmi Ngah | |
---|---|
محمّد فهمي ڠه | |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Hal Ehwal Islam, Industri Halal, Infrastruktur Digital & Akulturasi Sains, Teknologi dan Inovasi)[note 1] | |
Menyandang jawatan 21 Ogos 2023 | |
Raja | Sultan Sharafuddin Idris Shah |
Menteri Besar | Amirudin Shari |
Didahului oleh | Zawawi Mughni (Hal Ehwal Islam & Industri Halal) Portfolio ditubuhkan (Infrastruktur Digital & Akulturasi Sains, Teknologi dan Inovasi) |
Kawasan pilihan raya | Seri Setia |
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Seri Setia | |
Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Halimey Abu Bakar (PH–PKR) |
Majoriti | 11,331 (2023) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mohammad Fahmi bin Ngah |
Parti politik | ![]() |
Gabungan politik lain | ![]() |
Tempat belajar | Imperial College London (PhD) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Jurutera |
Mohammad Fahmi bin Ngah merupakan seorang rakyat Malaysia yang juga merupakan seorang ahli politik yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) dalam pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) di bawah Menteri Besar Amirudin Shari dan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Seri Setia sejak Ogos 2023. Beliau merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen dalam gabungan PH.
Kerjaya politik
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (sejak 2023)
Dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023, gabungan pemerintah Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memperoleh majoriti mudah dalam Dewan Undangan Negeri Selangor dan berjaya membentuk semula kerajaan. Susulan itu, ADUN Sungai Tua Amirudin daripada PH telah dilantik semula sebagai Menteri Besar. Mohammad Fahmi kemudiannya telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor dan diberikan portfolio merangkumi Hal Ehwal Islam, Industri Halal, Infrastruktur Digital serta Pengakaran Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) oleh Menteri Besar Amirudin masing-masing pada 21 dan 23 Ogos 2023.[1][2]
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (sejak 2023)
Pilihan raya negeri Selangor 2023
Dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023, Mohammad Fahmi telah membuat penampilan sulung dalam pilihan raya apabila beliau dicalonkan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di kerusi negeri Seri Setia. Fahmi memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Seri Setia untuk penggal pertama selepas menewaskan Mohd Zubir Embong daripada Perikatan Nasional (PN), Dobby Chew daripada MUDA, dan calon bebas Harindran Krishnan dengan majoriti sebanyak 11,331 undi.[3]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2023 | N32 Seri Setia | Mohammad Fahmi Ngah (PKR) | 32,367 | 58.37% | Mohd Zubir Embong (PAS) | 21,036 | 37.93% | 55,453 | 11,331 | 69.00% | ||
Dobby Chew (MUDA) | 1,357 | 2.45% | ||||||||||
Harindran Krishnan (BEBAS) | 693 | 1.25% |
Nota
- ^ Memegang portfolio bermula pada 23 Ogos 2023.
Rujukan
- ^ "10 sworn in as Selangor state excos, including one from Umno". Malaysiakini. 21 Ogos 2023. Dicapai pada 30 September 2023.
- ^ "Selangor MB announces 10 exco portfolios, takes on five". New Straits Times. 23 Ogos 2023. Dicapai pada 30 September 2023.
- ^ "Selangor polls: Official Results". New Straits Times. 13 Ogos 2023. Dicapai pada 30 September 2023.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15". Dicapai pada 5 Oktober 2023.