Mohd Fairuz bin Selamat | |
|---|---|
| Maklumat latar belakang | |
| Nama lahir | Mohammad Fairuz bin Selamat |
| Kelahiran | 23 Mei 1985 Batu Pahat,Johor, Malaysia |
| Warganegara | Malaysia |
| Genre | Pop |
| Pekerjaan | Penyanyi,Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara |
| Alat muzik | Vokal |
| Tahun aktif | 2000-2005, 2009–kini |
| Syarikat rakaman | FMC Music |
| Kegiatan berkaitan | Antz, Q-Face |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Fairuz Q-Face atau nama sebenarnya Mohd Fairuz bin Selamat (lahir 23 Mei 1985) ialah seorang penyanyi, penulis lagu dan penjawat awam Malaysia. Beliau merupakan bekas vokalis dan ahli kumpulan Q-Face yang terkenal dengan lagu Izinkanlah dan Cinta Tak Sehaluan suatu ketika dulu. Selepas pengundurannya dari kumpulan tersebut, beliau telah dilamar oleh Syarikat FMC. Pada tahun 2024, beliau kembali aktif di pentas seni dengan menyertai program realiti Gegar Vaganza Musim 11 (GV11). Di samping bidang nyanyian, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah di sebuah agensi kerajaan.
Filemografi
Televisyen
| Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2024 | Gegar Vaganza (musim 11) | Peserta | Astro Ria | Tersingkir di minggu ke-10 |
Kerjaya
Menurut Pengarah Eksekutif FMC C. F. Ho, Fairuz mempunyai suara yang unik dan sempurna tetapi sayang jika bakat yang ada pada dirinya dipersiakan begitu sahaja. Kontraknya dengan FMC telah dilakukan pada 9 Februari 2002 di Cheras dengan disaksikan oleh ibu bapa dan abang Fairuz. Dalam perjanjian itu Fairuz dan bapanya, Encik Selamat telah menandatangani kontrak bagi pihak Fairuz kerana ketika itu Fairuz masih belum cukup usia untuk menandatangani kontrak secara peribadi.
Fairuz yang mesra dengan panggilan Yuz dikalangan peminat-peminatnya begitu meminati bidang nyanyian. Beliau bukan sahaja hebat mendendangkan lagu-lagu yang berbentuk balada sahaja malah anak kelahiran Johor ini juga dapat mendendangkan lagu melayu asli dengan begitu baik sekali. Beliau sendiri telah banyak menjadi johan dalam pertandingan Bintang Asli yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Johor.
Beliau kini bertugas di Jabatan Kesenian Kebudayaan (JKK) dan memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kesenian Kebudayaan Negeri Perak
Diskografi
Single
Album mini
- Fairuz Selamat (2009)
Rujukan
Pautan luar
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.









